0
DENDENG PARU 3 RASA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Asalnya dendeng ni menggunakan campuran paru, daging dan hati lembu.
Memandangkan saya tak makan hati lembu, jadi guna paru sahaja.
Walaupun penyediaan agak remeh, tapi berbaloi... hilang segala penat.
Dendeng Paru 3 Rasa yang sedap!
Seakan rasa rendang pun ada...
Makin diperangatkan, warna jadi semakin gelap dan yang penting... Makin sedapp

Jika guna paru sahaja, follow as recipe.
Tapi jika mahu campuran paru, hati dan daging... portion yang diperlukan boleh refer Note di bawah.


::Note::
- untuk campuran paru, daging dan hati... guna 300gm Paru + 250gm Daging + 250gm Hati Lembu
- jika guna kicap masin, tambah garam jika perlu dan gula pasir secukup rasa
- jika guna kicap manis, tak perlu garam & gula
- untuk lebih pedas, tambah lagi 2 sdm cili kisar semasa menumis


DENDENG PARU 3 RASA
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 700 gm Paru
BAHAN B:
  • 1/2 cwn Kicap Manis
  • 1/2 cwn Cili Kisar
BAHAN C :
  • 3 sdb Sos Tomato
  • 3 sdb Sos Cili
  • 3 sdb Sos Tiram
  • 2 sdb Madu
BAHAN KISAR :
  • 1 labu Bawang Besar
  • 10 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 cm Halia
  • 2 cm Kunyit
  • 2 btg Serai
BAHAN LAIN :
  • 1/2 cwn Minyak
  • 1 cwn Santan
  • 1 btg Kulit Kayu Manis
  • 3 sdb Kerisik
  • Garam
  • 2 sdb Air Asam Jawa
  • 1 cwn Bawang Goreng

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Rebus Bahan A hingga lembut.
❀  Toskan dan hiris nipis. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1/2 Bahan B, 1/2 Bahan C dan 1/2 Bahan Kisar. Perap selama 30 minit.
❀  Selepas 30 minit, goreng hingga garing. Ketepikan.
❀  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis dan lebihan Bahan Kisar, lebihan Bahan B serta lebihan Bahan C hingga naik bau dan pecah minyak.
❀  Masukkan air asam jawa, kerisik dan santan. Kacau rata hingga mendidih.
❀  Masukkan paru yang digoreng tadi. Kacau balikkan dan tabur dengan bawang goreng. Kacau lagi sekali hingga rata.





0 sweet comments: