1
NASI BADAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di musim raya ni jika hadiri rumah terbuka, sajian nasi yang seangkatan macam ni mesti tak ketinggalan. Timbul idea selepas tengok ada stock badam dalam petisejuk. Jadi saya manfaatkan lah bahan yang dah sedia ada untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dicuba. Baru baca resipi belum buat lagi... dah seakan dapat bayangan betapa lemaknya rasa nasi yang dihasilkan nanti.

Memang sengaja saya biarkan nasi plain tanpa warna, cuma ada sikit-sikit yang diwarnakan kuning. Saya sajikan Nasi Badam bersama Kerutuk Daging dan juga salad ringkas timun dengan tomato.


Seperti biasa sebelum ke resipi saya catatkan juga some notes for my own reference.
Catat di sini lebih mudah, akan datang nak cari balik senang... tak payah pening-pening

::My Note::
- untuk semua jenis masakan nasi berperisa, rendam beras basmathi dalam air yang bercampur sedikit cuka supaya nasi jadi lebih gebu (tips ni saya dapat dari rancangan Lesung Pipit)
- abaikan Rempah Kulit Buah Pala, sebab tak ada
- guna pewarna kuning gantikan saffron... caranya, bila nasi dah hampir nak kering buat beberapa lubang pada nasi mengguna chopstick secara rawak dan masukkan pewarna kuning... biarkan nasi kering... dah betul-betul kering gemburkan dengan garfu atau senduk kayu berupa garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah
- untuk hiasan, jika tak ada gajus gantikan dengan almond flake yang digoreng sekejap dengan minyak sapi


NASI BADAM
by IzaAkma SSK
source : Chef Joha Hassan


BAHAN-BAHAN :
  • 1 kg Beras Basmathi (dicuci & direndam bersama garam selama 20 minit)
  • 2 biji Bawang Besar (1 dikisar, 1 dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih, dikisar
  • 1/2 mangkuk Badam, dikisar
  • 1 pokok Daun Ketumbar bersama akarnya, dikisar
  • 1 genggam Daun Pudina, dikisar
  • 1 sdt Rempah Kulit Buah Pala @ Mace
  • 1 biji Buah Tomato, dipotong dadu kecil
  • 1/4 sdt Serbuk Buah Pala
  • Sedikit Rempah Kuma2 @ Saffron (direndam dengan air suam panas)
  • Minyak Sapi/Canola/Mentega
  • Bawang Merah Goreng, Gajus Goreng & Daun Ketumbar untuk hiasan


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, tomato, rempah kulit buah pala.
❀  Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, kacau rata.
❀  Bubuh sedikit serbuk buah pala.
❀  Bila aroma bawang dan rempah sudah bangkit, masukkan beras, garam secukup rasa dan air. Tutupkan kuali dengan tudung periuk, dan perlahankan api. Boleh alihkan rempah yang sudah sedia di periuk letrik. Kalau berasnya 1/2 kilo saja, kurangkan sedikit badamnya
❀  Biarkan ia tanak hingga masak.
❀  Taburkan bawang goreng, gajus dan daun ketumbar. Sajikan bersama lauk pauknya





1 sweet comments:

adda syuhada said...

nampak sangat sedap....