0
PUDING AISKRIM OREO

SALAM AIDILFITRI, 10 Syawal 1438H

Terlebih dahulu SSK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin kepada semua followers dan pengunjung SSK

Bersua kita kembali...
Dah hampir setahun menyepi, namun SSK masih terus dikunjungi pengunjung
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih SSK di atas sokongan anda semua

Selepas berdepan episod-episod yang berlakunya bukan atas kemahuan sendiri, cuma berharap diri ini diberikan kekuatan dan semangat. Tak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan. Tapi akan terasa indah ketika menyedari.. Bahawa Dia telah meminjamkan kepada kita beberapa saat. Setiap yang ada di dunia ini tak akan kekal dan hanya pinjaman. Tak perlu bimbang bila hilang kasih sayang manusia kerana Allah tetap kasih jika sering merayu dan memohon kekuatan daripadaNya. Hanya perlu lebihkan sabar, bertenang dan tabah serta percaya setiap kehendakNya bersebab dan pastinya juga berhikmah...


Berbalik pada entri, maaf ya... gambar agak blur.
Dalam setahun duk senyap banyak resipi dicuba
Macam biasa setiap resipi yang dah dicuba tentunya selepas tu capai kamera dan shoot
Beratus gambar dah simpan baik-baik dalam laptop...
Sudahnya abis hilang gara-gara laptop buat hal
Mana yang sempat backup, selamat... yang tak sempat hmmm... tak nampak bayang dah
Apa nak di kata tak ada rezeki.

Gambar puding ni pun nasib baik ada simpan snap dengan hp
Hp plak hp cap ayam... kira boleh laa kan dari takde
Kalau nak buat lain, snap yang baru... entah bila-bila


Puding oreo ni sememangnya tidak mengecewakan
Puding yang pastinya sedap dan memenuhi citarasa sesiapa saja.

Gula ikut kesesuaian rasa kerana aiskrim dan biskut oreo telah sedia manis
Untuk puding ni, saya guna 6 scoop aiskrim wall's perisa vanila (anggaran 200gm)
Biskut oreo saya blend bersama krimnya sekali (14 pcs)
Dengan tambahan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak pada puding


PUDING AISKRIM OREO
by IzaAkma SSK
source : Mommy Ryan Kitchen


BAHAN-BAHAN :
  • 25 gm Agar-Agar Bertali (dipotong kecil)
  • 1250 ml Air
  • 1 tin Susu Cair
  • 1 cwn Gula
  • 1 sdt Esen Vanila
  • 1 biji Telur
  • 1 bungkus Biskut Oreo (dikisar halus)
  • 1 cwn Aiskrim (5-6 scoop ice cream ~ apa-apa perisa pun boleh)


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Masak agar-agar dengan air hingga larut.

❀  Masukkan gula, kacau sebati.

❀  Blendkan telur, susu cair, aiskrim dan esen vanila. Kemudian satukan dengan larutan agar-agar (iza masukkan secubit garam). Kacau rata.

❀  Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Kacau lagi biar sebati dan serata. Dah elok serata, tutup api

❀  Tuangkan ke dalam loyang/acuan pilihan dan sejukkan dalam petisejuk




0 sweet comments: