0
APAM BERAS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Tengok nasi semalam ada lebih, terus decide buat apam. Apam beras kalau kena gaya dengan lembutnya, manis yang tak manis sangat, sekali hadap sepiring pun boleh abih. Tak payah kelapa pun tak apa... tapi ada kelapa lagi baguih. Meh layan apam kaler maler yang sedap, ringan dan lembut nih...



APAM BERAS
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 240 gm Nasi Sejuk
  • 500 gm Air
  • 200 gm Tepung Beras
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 250 gm Gula Pasir
  • 2 tsp Yis Kering Mauripan
  • Pewarna ~ orange red, lemon yellow, purple, hijau
  • Sedikit Kelapa Parut Putih

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Kisar nasi bersama air sehingga hancur.
❀   Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan kisar lagi sehingga halus.
❀   Dalam bekas berasingan, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau rata.
❀   Masukkan bahan kisar ke dalam tepung dan kacau sebati.
❀   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
❀   Perap adunan anggaran 2 1/2 jam sehingga kembang (adunan kelihatan berbuih).
❀   Didihkan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
❀   Isi adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
❀   Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

yang senyum tak rupa senyum... yang mahal senyum pun ada :))




0 sweet comments: