0
DAGING DENDENG HITAM MANIS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Menambah koleksi dendeng.
Part tumbuk sekeping demi sekeping daging cerewet sikit. Tapi jika skip part tumbuk maka tidaklah ia dinamakan dendeng. Dendeng ini saya tak masak kering sangat sebab mahukan basah-basah untuk makan dengan nasi. Ada lebih... petang tu saya hangatkan balik sampai kering untuk makan malam. Lagi diperhangatkan, semakin kering... semakin bertambah sedap. Nak pula bila campuran bahan-bahan rempahnya dah berpadu mesra... lagi terasa sedap. Boleh sajikan bersama apa saja... nasi putih, nasi berperisa, pulut kuning, lemang, ketupat, roti atau ratah begitu pun sedap.



DAGING DENDENG HITAM MANIS
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 400 gm Daging
  • 15 tangkai Cili Kering, direbus & kisar halus (B)
  • 10 ulas Bawang Merah }
  • 4 ulas Bawang Putih }
  • 2 cm Halia } dikisar halus (A)
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Manis
  • 1 sudu teh Serbuk Ketumbar
  • 2 cm Lengkuas, ditumbuk
  • 2 sudu besar Kicap Pekat
  • 2 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Asam Jawa, diambil airnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Minyak

CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Potong daging, bersihkan dan rebus hingga empuk.
❀ Kemudian asingkan air rebusannya dan ketepikan. Potong daging kecil-kecil.
❀ Menggunakan batu lesung, tumbuk daging sekeping demi sekeping.
❀ Panaskan minyak di dalam kuali.
❀ Tumis bahan kisar (A) bersama serbuk jintan putih, jintan manis, ketumbar dan lengkuas hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar (B), tumis sehingga pecah minyak.
❀ Masukkan daging serta air rebusannya sekali.
❀ Masukkan kicap pekat. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
❀ Barulah dimasukkan air asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati.
❀ Apabila kuah menjadi pekat, bolehlah diangkat.





0 sweet comments: