0
DAGING PALEMBANG

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Wahai sang hitam menawan, Daging Palembang...
Biarpun rupa mu legam pada panahan mata, namun kau cukup istimewa.
Dah rasa... emmm boleh terkunci mulut tak terkata apa.
Pasangan Nasi Beringin @ Serai sehati sejiwa.
Hitam pada rupa... 5-Star pada rasa!



DAGING PALEMBANG
by IzaAkma SSK
rcp : Kak Maria Hakem



BAHAN-BAHAN :
  • 700 gm Daging, potong lebar & nipis
  • 2 btg Serai, dititik
  • 500 ml Santan Pekat
  • 1 cwn Kicap Pekat Lemak Manis
  • Minyak untuk menumis
BAHAN B (Kisar):
  • 1 labu Bawang Besar
  • 5 ulas bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Halia
  • 3 cm Lengkuas
  • 15 tangkai Cili Kering
BAHAN C (Tumis):
  • 3 cm Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak, tumis bahan tumis sebentar. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
❀  Masukkan daging, gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging. Masak seketika lagi.
❀  Masukkan kicap diikuti dengan santan (atau kerisik). Gaul dan masak hingga daging benar-benar lembut, kacau sesekali.
❀  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa sahaja. Masak hingga kuah agak pekat dan naik minyak. Tutup api.


Terima kasih kepada empunya dan semua yang berkongsi resipi.




0 sweet comments: