0
KURMA TELUR

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Saya tertarik untuk mencuba kurma ni sebab ada sesuatu special yang perlu digali. Ia tidak hanya guna serbuk kurma macam selalu kita masak, tapi ada tambahan lain yang pasti akan menyedapkan lagi rasa. Pernah tengok satu rancangan tv... ada sorang tu... lahai lupa pulak siapa... masak kurma buh kerisik pastu dengan akar ketumbar sekali dia terjunkan... dah masak adoii mengancam sungguh nengok kurma dia... terancam selera...

Itu lah secret dan kreativiti dalam masakan. Bila ditambah dengan bahan semulajadi rasa masakan akan lebih berperisa. Begitu juga dengan kurma ni...


Kuah kurma nampak pekat melekat kan... bersalut habih kat telur dengan kentang. Yang buat ia jadi pekat bukan sebab santan tapi sebab pes. Saya tambah juga kentang... dah terbiasa baik kurma ke kari kentang mesti tak tinggal.

Okaylah... ini saja untuk hari ni. In shaa Allah jumpa esok, Adios...


KURMA TELUR
by IzaAkma SSK
source : Chef Adu Amran



BAHAN-BAHAN :
  • 4-6 biji Telur (direbus, sejukkan, kupas dan goreng)
  • 2 helai Daun Pandan, disimpul
  • 1 liter air
  • Santan secukupnya (drp 1 biji kelapa)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
BAHAN A (Kisar menjadi pes kurma):
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 5 sdb Serbuk Kurma
  • 2 inci Halia
  • 5 biji Cili Besar Hijau, dibuang biji
  • 1 sdb Biji Ketumbar, disangai
  • 1 biji Bawang Besar
  • 100 gm Daun Ketumbar, ambil batangnya sekali
  • Sedikit air untuk mengisar

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak dalam periuk.
❀   Masukkan bahan (A) dan tumis sehingga rempah kurma masak. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan tumisan pes tidak hangus.
❀   Masukkan baki air dan daun pandan. Masak hingga didih.
❀   Masukkan santan, garam dan telur rebus yang digoreng tadi dan biarkan merenih sahaja. Angkat dan hidangkan.





0 sweet comments: