0
NASI PANDAN SUSU & SALSA TOMATO

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Cerita semalam.
Melayan selera di hujung minggu...
Sajian nasi bersama lauk iringan.


Untuk nasi terpaksa try n error beberapa kali. Resipi yang saya dapat kurang tepat. Cubaan pertama dan kedua sebelum ni, hasilnya tak seperti yang diharap. Ini cubaan kali ketiga. Baru boleh snap gambar dan letak resipi.

Waktu tengah mengelegak, tudung periuk menari-nari... dia punya wangi macam masak nasi lemak. Time nak makan pula buka saja penutup periuk, wallah... harum pandan dengan minyak sapi... aprikot dengan kismis... campuran semua bahan memberi nilai tambah kepada perisa dan aroma nasi.


::My Note::
- guna cawan penyukat beras rice cooker
- timbangan 1 cwn beras = 140gm
- timbangan 1 cwn air = 165gm
- nisbah beras dengan air, 1 : 1.5 (melalui bacaan lain ada tips... jumlah cawan beras yang diguna, lebihkan air dua cawan... tapi belum try lagi)
- guna kismis kuning (yang ni guna hitam, stok kuning tak ada)



NASI PANDAN SUSU
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 300 gm Jus Pandan (blend 4 helai daun pandan + 300 gm air, tapis)
  • 200 gm Susu Cair
  • 1 sdt Susu Pekat Manis
BAHAN B (Kisar):
  • 5 biji Cili Padi Hijau
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
BAHAN C :
  • 2 cwn Beras Basmathi (basuh, rendam 20 minit dalam air + 1 sdm cuka & tos)
  • 1 inci Kulit Kayu Manis
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 2 sdm Minyak Sapi
  • 4 biji Aprikot Kering, dihiris*
  • 3 sdm Kismis* (*untuk tabur setelah nasi hampir kering)
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Campurkan bahan (A), kacau sebati, ketepikan.
❀   Panaskan minyak sapi dalam kuali.
❀   Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan (B) hingga harum.  Masukkan garam dan masak hingga pecah minyak. Padamkan api.
❀   Masuk bahan (A), beras dan rasakan garam. Kacau rata. Pindahkan ke dalam rice cooker. Tanak seperti biasa.
❀   Bila hampir kering tabur aprikot dan kismis dan masak lagi hingga nasi kering.
❀   Sajikan bersama lauk kegemaran





Salsa tomato sebagai sampingan.

Ikutkan guna 100% buah tomato. Tapi saya masukkan juga timun sikit. Kemudian hiris-hiris bawang merah. Cili jalapeno dengan serano ganti dengan capsicum. Cilantro ataupun daun ketumbar, cincang dan gaul sekali dengan semua bahan. Then buh jus limau, oregano, blackpepper dan garam secukup rasa.

Inilah jadinya bila salsa dimelayukan... dah tak ada mexico dah... hehe..
Saya sertakan resipi asal supaya senang nak rujuk kemudian hari... mana tau esok-esok teringin lagi


FRESH TOMATO SALSA
by IzaAkma SSK
source : simplyrecipes.com



INGREDIENTS :
  • 2-3 medium sized Fresh Tomatoes, stems removed & finely diced
  • 1/2 Red Onion, finely diced
  • 1 Jalapeno Chili Pepper (stems, ribs, seeds removed), finely diced
  • 1 Serano Chili Pepper (stems, ribs, seeds removed), finely diced
  • Juice of one Lime
  • 1/2 cup Chopped Cilantro
  • Salt & Pepper to taste
  • Oregano and or Cumin to taste (optional)

METHOD :
❀   Star with chopping up 2 medium size fresh tomatoes. Prepare the chilies. be very careful while handling these hot peppers. If you can. avoid touching them with your hands. Use fork to cut up the chilies over a small soap and hot water after handling and avoid touchinh your eyes for several hours. Set aside some of the seeds from the peppers. If the salsa isn't hot enough. you can add a few for heat.
❀   Combine all of the ingredients in a small sized bowl. Taste. If the chilies make the salsa too hot, add some more chopped tomato. if not hot enough, carefully add a few of the seeds from the chilies or add some ground cumin.
❀   Let sit for an hour for the flavors to combine.
❀   Makes approximately 3-4 cups.





0 sweet comments: