0
SAMBAL TERUNG KOMBINASI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jenuh cari gambar, satu satu folder buka... rupanya terselit.
Masak nya lama dah... tengok lah watermark pun watermark lama, 2015...

Tercetus idea selepas menjamu selera di Bangi sekitar dua tahun lepas.
Selepas direalisasikan ini lah dia... my own style sambal terung.


Sambal terung iza style ni, selain bahan asas terung... ada udang segar bersaiz besar untuk memberi rasa manis dan juga petai untuk aroma yang lebih menggoda.

Makan nasi panas berlaukkan ini saja pun dah cukup menyelerakan... tak pandang lauk lain dah.


SAMBAL TERUNG KOMBINASI Iza Style
by IzaAkma SSK


BAHAN- BAHAN :
  • 3 biji Terung (bersaiz kecil), potong serong
  • 4 tangkai Kacang Panjang, potong 1 inci panjang
  • 4 papan Petai, dibelah 2
  • 10 ekor Udang Segar 
  • 8 ulas Bawang Merah, dihiris
  • 7 biji Cili Merah*
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 1 cm Kunyit Hidup*
  • 1 sdm Udang Kering*
  • 2 biji Buah Keras*
  • 1/2 inci Belacan*(*tumbuk/blend halus)
  • 3 sdm Cuka
  • 1/4 cwn Air
  • Garam & Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak.
❀   Goreng udang, sekejap saja jangan lama dan angkat.
❀   Goreng kacang panjang, sekejap dan angkat.
❀   Goreng petai, juga sekejap dan angkat.
❀   Untuk terung, lumurkan terlebih dahulu dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng. Bila dah nampak cantik kekuningan, angkat.
❀   Dengan minyak yang sama, masukkan hirisan bawang merah.
❀   Setelah gorengan bawang harum dan kekuningan, masukkan bahan tumbuk/kisar. Tumis sehingga bangkit bau dan pecah minyak.
❀   Perisakan dengan garam, gula secukup rasa dan cuka. Selepas dimasukkan garam, gula dan cuka, tumisan akan kelihatan berkilat. Teruskan menumis anggaran seminit sambil dikacau selalu supaya tumisan tak hangit.
❀   Kemudian masukkan air. Tujuan dimasukkan air supaya sambal tak kering dengan cepat dan membolehkan tumisan dapat dimasak lebih lama. Bila dah nampak terbit minyak kali kedua, masukkan sayuran dan udang yang digoreng tadi. Kacau-kacau hingga serata dan terus tutup api.
❀   Siap dan bolehlah dihidangkan.





0 sweet comments: