0
STRAWBERRY FILLING HOMEMADE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika ada yang perasan watermark ssk2016 di gambar, ni bukan entri ulangan ye... cuma entri tertunggak. Buatnya tahun lepas... baru hari ni nak entri. Nasib baik gambar strawberry filling ni selamat. Sempat upload and save dalam blog sebelum laptop problem. Kalau tak... entah bila lagi nak buat.

Punya lah lama berangan nak buat filling strawberi sendiri. Bila ke pasaraya, asal nampak je strawberi, filling lah yang pertama terlintas di fikiran. Kaki pun apalagi melangkah tuju ke rak strawberi... tangan lama membelek-belek memilih... tiga kali pegang tiga kali letak... last habis kat situ je tak beli sambil hati berbisik, tak apa lain kali.

Dan akhirnya boleh tersenyum puas... yang diangankan menjadi nyata. Pokoknya kena usaha, ye tak... bak kata peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak ada yang datang bergolek, turun dari langit kalau tak diserta usaha. Mahu seribu cara, tak mahu seribu alasan... If there is a will, there is a way!


Saya puashati dengan kejadian filling. Kepekatan dan masam manis semua secukup rasa. Buat sapuan pada roti pun sedap.

Filling ni juga saya gunakan sebagai topping Cheese Cake dan untuk Bahulu Gulung. Cuma sayang gambar untuk dua-dua tu tak dapat dikongsikan di sini... semua dah ghaib. Maybe next time... sebab saya sendiri pun perlu akan gambar dan resipi simpan di sini sebagai rujukan di samping platform diari projek dapur.

Ada rezeki mungkin selepas ni akan cuba pula dengan buah blueberry, kiwi atau buah-buah lain.


Strawberi saya tak blend sebab tak nak filling jadi halus sangat. Cuma potong kecil supaya bila makan masih boleh terasa ketulan-ketulan strawberi dalam filling. Bila tergigit tu yang buat rasa lagi umphh. Lagipun bila dimasakkan strawberi dengan sendirinya akan hancur.

::Note::
# guna cawan dan sudu sukatan metrik.
# perisa dan pewarna boleh disesuaikan


STRAWBERRY FILING HOMEMADE
source: IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 200 gm Strawberry ~ potong kecil
  • 1/2 cawan Air
  • 1 1/2 tbsp Tepung Jagung
  • 5 tbsp Gula Pasir (boleh tambah jika mahu lebih manis)
  • 1/8 tsp Pewarna Merah
  • Sedikit (1/2 drp 1/8 tsp) Perisa Strawberi
  • Secubit Garam

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Masuk semua bahan kecuali tepung jagung.
❀  Masak campuran tersebut dengan api sederhana sambil dilecek-lecek potongan strawberi supaya hancur.
❀  Ambil beberapa sudu campuran, bancuhkan dengan tepung jagung. Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam campuran strawberi. Teruskan masak hingga pekat.
❀  Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum digunakan





0 sweet comments: