0
NASI GORENG CILI KERING

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Semalam pagi lagi dah start satu projek dengan merujuk sepenuhnya daripada satu sumber. Selepas siap masak dan dibedah siasat, emm... tak kesampaian harapan. Dengan gigih dan sesungguh hati buat, hasilnya... Tu yang frust sesangat. Tak ada la sampai tak boleh makan, boleh makan. Dapatlah ahli rumah ni merasa sepotong dua seorang. Cuma jadinya kurang molek. Rasa macam terbazir bahan pun ada. Sampai hari ni masih terasa lagi frust tu. Tak apa lah tak ada rezeki. Gantung dulu. Nanti bila-bila free try balik.

Pagi ni tengok ada balance nasi semalam. Untuk pujuk hati, kita pun buat nasi goreng cili kering. Simple je buat ni semua orang pun tau buat. Tapi sebelum mula goreng kena buat kerja extra dulu... menumbuk. Part ni wajib, jangan mengelat guna blender... satgi rasa dia kureng tak sama macam guna lesung. Bila pekena nasi goreng cili kering tumbuk ni terimbau nostalgia. Kalau lah boleh diputarkan balik masa...




NASI GORENG CILI KERING
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 6 cwn Nasi
  • 2 biji Telur
  • Kubis
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Sedikit Air
BAHAN TUMBUK A :
  • 15 tangkai Cili Kering, rendam dalam air panas (tak mau pedas, kurangkan)
  • 1 inci Belacan
BAHAN TUMBUK B :
  • 8 ulas Bawang Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • Segenggam penuh Ikan Bilis

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak
❀   Tumiskan bahan tumbuk B dahulu sehingga naik bau
❀   Masukkan bahan tumbuk A dan tumis lagi sehingga garing. Jika nampak kering tambah air sikit supaya tak cepat hangus dan tumis lagi sehingga cili betul betul garing
❀   Dah nampak terbit minyak, masukkan kubis dan kacau
❀   Tolakkan tumisan ketepi kuali, pecahkan telur dan biarkan tanpa dikacau seketika
❀   Kacau dan perasakan dengan garam dan gula
❀   Masukkan nasi dan gaul rata
❀   Siap untuk dihidangkan





0
SOS CILI CHEF WAN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Terjumpa balik resipi sos cili ni masa tengah geledah satu persatu folder dalam lappy. Tak ingat masa bila save tapi rasanya dah lama juga sampai terlupa. Macam tu la selalunya, pas save save... simpan dah tu lupa. Dah terlanjur jumpa terus usahakan, tak mau lengah-lengah. Kebetulan masa tu memang dah plan nak buat cucur bilis viral. Emmm... cantik sangat timing. Boleh juga sos dengan cucur teman berteman.

Lepas masak sampai pekat, rupanya sama sangat macam sos cili thai yang selalu kita duk beli dalam botol tu. Tak makan dengan cucur boleh je guna untuk masak sweet sour ke... masak padprik ke... atau apa apa masakan thai yang guna sos cili. Usahkan thai, goreng mee atau mihun pun boleh guna sos homemade ni. At least ada kegunaannya untuk lain, tak lah membazir kan.


Bila dah siap masak banyak juga dapatnya. Saya suka sangat rasa sos cili thai ni. Rasa dia dah hampir hampir menyamai sos cili hat jual. Kalau lah tahu sedap, lama dah buat... tak ada nyer biarkan lelama simpan dalam lappy. Pasni kena selongkar balik segala khazanah dalam lappy... mana tau jumpa lagi yang sedap sedap.

Suram je hari ni. Sang suria seakan hilang ceria dari pagi sampai petang. Shooting sehari dua ni banyak tergendala... cahaya tak cukup. Ok lah waktu pun dah menginjak lewat petang, nak uruskan kerja lain pula. Undur diri dulu, Adios...



SOS CILI CHEF WAN
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 8 biji Cili Merah, kisar halus
  • 2 ulas Bawang Putih, tumbuk halus  (iza guna 1 tsp pes bawang putih)
  • 1 cawan Gula Halus  (sebab iza guna campuran gula pasir dgn gula perang sikit jadi mulakan dengan 1/2 cwn dulu, takut termanis... pas rasa baru tambah lagi sampai dapat manis yang diingini)
  • 1/4 cwn Air
  • 1/4 cwn Cuka
  • 4 sdb Sos Nampla
  • 4 sdb Kacang Tumbuk

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Masak semua bahan kecuali kacang tumbuk sampai pekat umpama memasak sirap gula  (iza masukkan juga setangkai dua daun ketumbar yang kecil dengan batangnya sekali + 1 akar dan masakkan sekali bersama sos)
❀   Sebelum hidang taburkan kacang  (kacang tanah tumbuk tak ada jadi iza tabur hirisan daun ketumbar)


Sos yang dah sejuk boleh masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Oleh kerana sos telah dimasak lama dan ada cuka di dalam maka ia dapat disimpan lama sebab cuka dalam sos juga berperanan sebagai pengawet. Namun jangkamasa lama itu tidaklah selama macam sos cili komersial yang dijual di pasaran.





0
CUCUR IKAN BILIS VIRAL Katanya...

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Tak daya lagi menolak. Asyik lalu lalang mundar mandir aje dalam news feed fb. Sudahnya terjebak juga. Terbuat sebab teringin nak tahu apa yang dikatakan viral sangat tu. Cucur Bilis ni sama je macam cucur bilis yang lain. Cuma kaedahnya lain sikit... guna air panas mendidih.

Saya tumbuk kasar ikan bilis, hiris 1 labu bawang merah besar, kucai, cili merah... pastu tambah bawang goreng anggaran 3 sudu besar. Air panas saya masukkan secukupnya saja... tak habis pun 3 cawan. Langkah membulatkan doh seperti arahan resipi tak ikut. Hanya basahkan jari, jemput-jemputkan doh sambil bulatkan ala kadar dengan hujung jari dan terus goreng. Rasa cucur ni di luarnya rangup dalam lembut. Pencicahnya saya buatkan Sos Cili Chef Wan yang entrinya akan menyusul kemudian. Sementara tu layan cucur dulu ya...




CUCUR IKAN BILIS VIRAL
by IzaAkma SSK
source : Facebook



BAHAN-BAHAN :
  • 3 cwn Tepung Gandum
  • 3 cwn Air Panas Mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
  • 1 genggam Ikan Bilis (tumbuk halus)
  • Kucai/Daun Sup
  • Lobak Merah
  • Bawang Besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah, daun kucai/sup & garam.
❀   Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah bergaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas dan buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas besar.
❀   Tuang air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ke tepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian (buat sikit-sikit)
❀   Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan tepung digaul menggunakan sudu atau senduk kayu.
❀   Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan
❀   Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng
❀   Hidangkan dengan sos kegemaran


Tips :
- boleh tambah udang atau apa-apa yang anda suka
- basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh, tujuannya supaya doh dapat dibentuk dengan mudah dan cantik
- 3 cawan tepung dapat banyak boleh makan seisi keluarga, kalau berdua atau keluarga kecil buat satu cawan je cukup


saya suka macam ni... potong pastu siram sos
bila makan lebih terasa sebab sos serap habis dalam cucur



Ahad, 24/09/17 10:23
CUCUR IKAN BILIS VIRAL ~ UPDATED

Pagi ini mencucur Cucur Bilis Viral lagi. Apa yang saya perasan cucur viral ni tak ubah macam cucur mak mak kita dahulu yang tidak langsung guna agen pelembut mahu pun agen pengembang seperti baking powder, soda, telur atau yis. Kelembutan cucur adalah daripada penggunaan air panas mendidih. Di sini diselitkan juga cucur bilis viral versi saya untuk panduan sendiri akan datang.


  • Tumbuk kasar segenggam penuh ikan bilis
  • Hiris 1 labu bawang merah besar, 3 biji cili merah, daun sup, daun bawang (lebihkan daun bawang daripada daun sup)
  • Sediakan 3 cwn tepung gandum
  • Satukan tepung dengan semua bahan hiris, 1 sdk puri bawang putih@2 ulas, 1/2 kiub pati ikan bilis, 3 sdm bawang goreng (diramas hancur), garam dan gaul rata
  • Sediakan 1 cwn + 1/2 cwn air panas mendidih
  • Masukkan dahulu 1 cwn air panas sikit-sikit ke dalam sebahagian tepung, kacau rata dengan sudu
  • Teruskan mengacau sebahagian tepung lagi sehingga habis air tersebut
  • Jika belum menjadi doh guna air panas yang extra 1/2 cwn lagi, tuang sikit sambil kacau lagi sampai jadi doh (saya tak habiskan air 1/2 cwn ni... cuma tuang sikit je)
  • Dah jadi doh stop air (lain jenis tepung lain daya serapan air), biarkan sejuk
  • Basahkan jari, jemput-jemputkan doh & bulatkan dengan jari (jari kena selalu dibasahkan dengan air supaya doh mudah dibentuk)
  • Goreng dalam minyak yang panas





0
LOMPANG PANDAN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kuih tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Walaupun membuatnya nampak mudah tapi tak semudah disangka. Kalau kuih kaswi senang... dah bancuh curah dalam acuan terus kukus. Tak payah risau lesung pipit ada ke idak.

Tapi kuih lompang silap silap tak jadi lompang. Sebab orang tua tua kata kuih lompang yang sebenarnya, setelah siap dikukus mesti ada lesung pipit (lubang ditengah). Jika tiada bermakna lompang tak menjadi.

Satu lagi petua orang tua-tua yang saya tahu... kalau mahu lompang menjadi cantik berlesung pipit... sebelum mengisi adunan ke dalam acuan, sapu sikit minyak pada acuan dan kukuskan sebentar dalam kukusan yang dah betul-betul panas. Lepas tu baru isikan acuan dengan adunan dan kukuslah sehingga masak.

Hari ni kalau buat lompang tak menjadi lesung pipit, cuba lagi dan lagi. Belajar daripada kesilapan. Kalau takut gagal kita tak belajar. Termasuklah diri yang menulis ini, kena practise lagi untuk hasil yang lebih baik... untuk lesung pipit yang lebih dalam.

Hmmm sedapnyer hai layan kuih lompang petang-petang hari. Cuaca hujan pulak tu. Wangi pandan dia menangkap selera. Bubuh kelapa banyak-banyak... memang tak cukup satu. Mai mai join sekali...




LOMPANG PANDAN
by IzaAkma SSK
source : Surianti Ramli



BAHAN-BAHAN :
  • 1 1/2 cwn Tepung Beras
  • 1 sdb Tepung Ubi Kayu
  • 1 sdk Air Kapur
  • 3/4 cwn Gula Pasir
  • 2 1/2 cwn Jus Pandan (7 helai daun pandan dikisar dengan air & tapis)
  • 1 sdb Pes Pandan untuk memberikan warna hijau
HIASAN ATAS LOMPANG :
(gaul rata kelapa dengan garam & kukuskan sekejap bersama daun pandan)
  • Kelapa Parut Putih
  • Secubit Garam Halus
  • 1 helai Daun Pandan

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Satukan gula pasir dengan jus pandan
❀   Masak sehingga gula larut, sejukkan (pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
❀   Satukan tepung beras, tepung ubi, air kapur, pes pandan dan jus pandan yang telah sejuk tadi. Gaul sebati
❀   Panaskan kukusan
❀   Sendukkan bacuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10-12 minit atau sehingga masak
❀   Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan kuih dari acuan. Atau cara lain untuk senang keluar, sapu acuan terlebih dahulu dengan sedikit minyak.
❀   Keluarkan kuih daripada acuan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati
❀   Letakkan kelapa parut di atasnya





0
CREAMY BUTTER CHICKEN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Menu femes yang selalu ada di restoran cina muslim.

Ayam Butter yang lemak berkrim dengan rasa kari sikit. Kalau suka lagi pedas tambah cili padi... suka lebih kuah tambah susu. Tapi selepas tambah itu ini jangan lupa sesuaikan rasanya.

Dalam gambar nampak kuah macam banyak kan. Sebenarnya tak. Gambar dishoot sejurus selepas masak. Waktu tengah panas nampak macam banjir tapi lepas seketika dah suam-suam sendirinya kuah akan memekat kerana gorengan ayam menggunakan tepung jagung dan kuahnya pula tiada campuran air... hanya susu cair semata.

Enak disaji ketika masih hangat bersama nasi putih panas.



CREAMY BUTTER CHICKEN
by IzaAkma SSK


BAHAN PERAPAN AYAM :
  • 250 gm Ayam (bahagian isi, potong kecil)
  • 1 sdt Garam
  • 1/2 sdt Gula
  • 1 sdt Serbuk Kari Ayam
  • 1 sdb Tepung Jagung
  • 1 biji Telur
BAHAN TUMIS :
  • 2 sdb Butter
  • 2 biji Cili Padi (jika mahu pedas lebihkan)
  • 1-2 tangkai Daun Kari
  • 1/2 cwn Susu Cair
  • Secubit Pati Ayam
  • Garam, Gula & Lada Sulah secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Gaul ayam dengan bahan perapan dan perap sekurang-kurang 1 jam.
❀   Goreng ayam hingga masak, ketepikan
❀   Panaskan kuali, cairkan butter
❀   Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
❀   Masukkan susu cair diikuti bahan-bahan lain
❀   Masak sehingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa
❀   Tuang atas ayam yang digoreng tadi atau gaul terus ayam ke dalam kuah hingga rata
❀   Hidang segera ketika masih panas





0
PUDING CHEESE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Selepas menghasilkan Kuih Talam Cheese menggunakan biskut saltcheese, kali ini memuding pula. Selalu kalau puding atau agar-agar saya lebih suka guna agar-agar tali berbanding agar-agar serbuk. Jika diamati betul-betul ada beza puding yang dibuat dengan serbuk dan tali. Sebab jarang guna serbuk jadi saya tak simpan stok. Hanya beli bila perlu saja.

Tapi untuk Puding Cheese AlongRoz ini saya guna agar-agar serbuk. Nanti lah ada masa free lain try dengan agar-agar tali pula. Untuk ceria-ceriakan hati si tukang buat dan hati hati yang menikmatinya, saya marblekan sikit supaya rupa puding tak plain sangat. Puding selembut sehalus sutera dengan rasa cheezz...




PUDING CHEESE
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 13 gm Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese (iza guna biskut saltcheese)
  • 1 sdb Tepung Kastad
  • 400 gm Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat Manis
  • 50 gm Butter
  • Pewarna Pink & Purple (iza tambah)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih, kacau selalu
❀   Masukkan gula, kacau sehingga sebati & mendidih
❀   Blend halus biskut + telur + tepung kastad + susu pekat + susu cair
❀   Masukkan ke dalam agar-agar, kacau sehingga mendidih
❀   Padamkan api. Masukkan butter, kacau hingga rata dan butter mencair
❀   Untuk marble, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
❀   Sudukan setiap bahagian warna berselang seli ke dalam acuan
❀   Biarkan sejuk dahulu di suhu bilik kemudian masukkan dalam peti sejuk





1
BISKUT LIDAH KUCING ARORA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Memenuhi permintaan anak-anak. Depa lama duk suruh buat Biskut Black Mamba. Black Mamba lebih kurang macam ni juga cuma bahan dan caranya ada beza sikit. Oleh sebab Black Mamba dah selalu buat kali ini try pula Lidah Kucing Pelangi Kak Wan sebagai ganti.

Jangan ditanya kenapa layer pelangi dah bertukaq jadi bola-bola api. Mulanya memang plan nak buat layer macam pelangi. Tapi entah tangan ni duk pi ubah jadi lagu ni... terima ja seadanya... hah ha. Saya separuhkan resipi, tambah vanila dan kurangkan gula sedikit. Depa kata yang ini pun sedap... rangup!



BISKUT LIDAH KUCING ARORA
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 125 gm Butter
  • 85 gm gula kastor
  • 50 gm Putih Telur
  • 100 gm Tepung Gandum
  • 25 gm Tepung Jagung
  • 1/2 tsp Esen Vanila
  • 1/8 tsp Emplex
  • Pewarna Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru, Purple
  • Loyang khas lidah kucing digris dengan sedikit butter

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
❀   Dalam mixer pukul butter dan gula hingga berkrim
❀   Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
❀   Masukkan esen vanila, putar rata.
❀   Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
❀   Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian
❀   Masukkan dalam piping bag atau plastik untuk setiap warna berlainan
❀   Potong hujung muncung piping bag atau plastik kecil
❀   Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki
❀   Bakar dalam oven pada suhu 130C menggunakan api bawah sahaja + fan selama 15-20 minit (suhu mengikut oven masing-masing kerana suhu 130C ni adalah setting untuk oven iza). Jika guna api atas warna biskut tak cantik dan jika terkurang bakar pula biskut tak rangup sebab tu kena bakar api bawah saja... kalau kurang garing bakar lama sikit tapi jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
❀   Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ni cepat lemau jika dibiar terdedah lama pada udara. Jika lemau boleh dipanaskan semula sekejap dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.





0
DAGING GORENG JINTAN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Siang tadi kesibukan sikit. Dah malam camni, saat sang suria dah hilang dari pandangan... saat sang burung dah lena beradu... baru lah dapat mencelah sekejap mengadap dapur maya kesayangan. Menu pengiring nasi lemak ni saya tukil daripada dapur Ayu S'pore. Simple n easy tapi sedapp. Resipi asal tak ada kicap cair tapi saya tambah. Saya guna dua jenis kicap, kicap manis dan cair. Jadi garam dengan serbuk perasa saya abaikan.



DAGING GORENG JINTAN
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 300 gm Daging, dipotong nipis
  • 1 tsp Biji Jintan Manis*
  • 1/2 tsp Biji Lada Hitam*
  • 1 tsp Biji Jintan Putih*
  • 1 tsp Biji Ketumbar* (*tumbuk/blend)
  • Sedikit Kunyit
  • Air untuk merebus daging
BAHAN B :
  • 5 biji Cili Padi, hiris
  • 1 biji Cili Merah, hiris
  • 1 labu Bawang Besar, potong bulat
  • 1 tangkai Daun Sup
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • 2 sdb Minyak untuk menumis
  • Secukupnya :
    - Cuka
    - Kicap (iza guna kicap manis)
    - Kicap Cair (iza tambah)
    - Garam
    - Serbuk Perasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Daging digaul bersama bahan (A), rebus sehingga empuk dan air kering.
❀   Dalam kuali yang sama masukkan minyak. Tumis bawang besar, cili padi, cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
❀   Akhir sekali masuk kicap manis, kicap cair dan cuka untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.





1
SAMBAL HITAM IKAN BILIS NASI LEMAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Hari ni baru sempat masukkan resipi sambal hitam bilis geng nasi lemak kuning haritu. Sambal ni pun daripada Ida Shahida. Dah alang-alang bawa balik nasi bawa balik sambal sekali... senang satu pakej. Disertakan juga beberapa tips daripada kak ida cara penyediaan sambal yang sempurna dan sedap.


Tips sambal sedap :

Jika nak masukkan ikan bilis dan kacang yang telah digoreng ke dalam sambal pastikan sambal betul-betul dah sejuk sebab ini akan membuatkan ikan bilis anda tetap rangup walaupun sudah bercampur dengan sambal.

Untuk sambal yang pekat dan berwarna gelap masukkan air 1/2 cawan. Kalau nak sambal berkuah dan warna merah, tak perlu masukkan gula sebanyak dalam resipi, masuk dalam 3 sudu/secukup rasa dan tak perlu masak lama. Tambah air 1-2 cawan supaya ia berkuah dan warna sambal akan jadi kemerahan. Warna merah sambal juga bergantung pada banyak gula dan semakin lama dimasak semakin merah dan gelap kuah sambalnya. Hendaklah selalu dikacau sampai pekat sikit supaya tak hangus. Boleh dimakan dengan nasi lemak biasa atau nasi lemak kuning

Kalau nak masukkan petai dalam sambal ikan bilis atau sambal udang, masukkan setelah sambal masak atau setelah tutup api sebab petai cepat layu. Biar petai tetap nampak hijau segar. Buat kuah sambalnya pekat dan maniskan sikit.

Ada orang suka ikan bilis goreng kuah taruh atas dan ada yang suka sambal ikan bilis yang dimasak sekali dengan kuahnya. Kedua-duanya sedap tapi kena betul-betul tahu teknik membuat sambal. Sambal perlu dimasak lama baru sedap. Jika kering tambah air sedikit supaya tidak hangus. Untuk sambal yang sempurna, jangkamasa memasak antara 40-60 minit. Nak berganda sedap lagi ambil minyak gorengan ikan bilis 3-4 sudu atau kesemuanya masukkan ke dalam sambal ikan bilis serta masukkan juga ikan bilis goreng yang dikisar dalam 1 sudu... memang marvellous.


SAMBAL HITAM IKAN BILIS NASI LEMAK
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 8 sdm Cili Kisar
  • 2 labu Bawang Besar
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 1 batang Serai
  • Air Asam Jawa
  • Sedikit Belacan
  • Garam secukupnya
  • 8 sd Gula
  • 3 genggam Ikan Bilis digoreng garing, ambil 20 ekor dan kisar halus

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Kisar bawang merah, bawang besar, belacan, garam dan serai.
❀   Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
❀   Masukkan cili kisar, tumis dengan api perlahan supaya cili betul-betul masak (kena masak lama).
❀   Setelah tumisan cili pecah minyak masuk air asam jawa, gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak lagi sampai jadi pekat likat dan kental (sampai air kering) baru sambal akan jadi warna hitam.
❀   Bila dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis yang dikisar tadi dan sebatikan. Angkat dan hidangkan.





0
NASI LEMAK KUNING

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Ingat lagi awal 90an dulu pergi rumah opah saudara ada perjumpaan keluarga, pastu sessi makan-makan. Macam-macam juadah dia hidang sampai penuh satu meja. Dia kalau bab masak memasak, menjahit, menyulam memang mahir. Dalam banyak-banyak juadah, mata tertumpu kat satu tu. Nampak macam nasi minyak sebab warna kuning. Tapi kalau nasi minyak kenapa ada sambal tumis bagai macam set nasi lemak. Ishh... takkan nasi lemak kot... biasa jumpa nasi lemak warna putih.

Tiba time makan, yang itu capai dulu. Lepas rasa... sebiji rasa nasi lemak tapi lagi wangi dan sedap. Walaupun dah rasa tapi tetap tak puas hati lagi. Tanya dia... dia cakap itulah nasi lemak kuning. Terus teman kecek resipi. Dia pula bukan jenis kedekut resipi, ringan je mulut beritahu. Teliti teman dengar satu persatu. Semua input simpan dalam kepala. Berbulan selepas itu barulah memberanikan diri mencuba... recall balik. Teman masak ikut sedap tangan sebab sukatan dia tak bagi detail cuma bagitau nama bahan saja.

Dah siap masak, punya lah happy sengih sampai ke telinga... nasi lemak kuning pertama teman menjadi. Mana tak happynya... waktu tu tak pernah lagi jumpa orang buat nasi lemak kuning even di kedai makan pun tak jumpa. Tak tau lah kalau tempat lain, negeri lain nasi lemak kuning ni perkara biasa sebab di Tg. Malim kampung teman dan KL memang tak ada. Tambah lagi masa tu internet pun tak kenal... berjalan ke negeri orang pulak jarang sangat... so kurang info pasal makanan kat tempat orang.

Aduhaii... sedar tak sedar terpanjang pulak bebelnya. Hari pun dah usai petang nak masuk senja. Jadi sebelum kome mula menguap baca baiklah teman stop dulu kisah purba lama teman ni iyer... heheh

Ok berbalik kita pada resipi, jomm...


Nasi lemak kuning ini saya ambil daripada Fb Ida Shahida. Bila Kak Ida ceritakan nasi lemak ni sangat sedap... rasanya lain dari yang biasa... boleh dimakan pagi atau malam dengan lauk seperti sambal ayam/ikan bilis/tempe goreng sambal/dalca/gulai/ayam goreng... dan menjadi kesukaannya, terus melompat teman cuba pula resipi orang utara.

Menurut beliau lagi, nasi boleh dimasak dengan 2 cara... masak macam nasi lemak biasa tanpa tumis atau pun ditumis terlebih dahulu bawang bersama rempah 4 sekawan supaya nasi jadi lebih sedap dan lebih wangi.


Bila scroll fb kak ida ada juga jumpa di posting lain ditulis boleh guna susu cair 1/2 tin ganti santan, 2 titik pewarna kuning telur ganti serbuk kunyit dan tambahan ajinomoto.

Saya pilih untuk guna santan, serbuk kunyit dan cara tumis dengan marjerin Planta... ajinomoto tak bubuh.

Tepat seperti kata kak ida, nasi lemak yang sangat sedap, lembut dan wangi. Aroma kunyit dan rempahnya bangkit bila ditumis menjadikan rasanya lain daripada lain. Saya gandingkan dengan sambal hitam bilis dengan lauk simple, daging goreng jintan disamping aksesori lain.


NASI LEMAK KUNING
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 3 cwn Beras
  • 1 sdt Serbuk Kunyit (untuk rendam beras)
BAHAN B :
  • 1 kotak @ 200 ml Santan
  • 2 1/2 kotak Air atau ikut kesesuaian beras yg diguna (kurangkan sikit dari masak nasi biasa sebab beras akan lembut kerana ada santan)
  • 2 sdb Gula 
  • 1 sdt Garam
BAHAN TUMIS :
  • 4 ulas Bawang Merah, hiris
  • 2 ulas Bawang Putih, hiris
  • 3 Bunga Lawang
  • 2 Kulit Kayu Manis
  • 5 Pelaga
  • 10 biji Lada Hitam
  • 2 sdb Minyak / Marjerin
  • 2 helai Daun Pandan

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Rendam bahan (A) selama 10-15 minit, tos & ketepikan .
❀   Tumis bahan tumis sehingga wangi.
❀   Masukkan air. Bila dah didih masukkan bahan (B) yang lain (nasi mesti manis sedikit)
❀   Dah mendidih masukkan beras dan kacau. Pastu masaklah seperti biasa sama ada dalam rice cooker ataupun periuk biasa.





0
KUIH TALAM CHEESE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika anda masih ingat lagi saya ada janji sesuatu dalam entri lepas. Saya tak lupa sebab bila dah berjanji kena tunaikan... walaupun janji itu sekadar dalam kanvas bisu ini. Dengan terentrinya Kuih Talam Cheese petang ini maka terlunas sudah hutang saya pada anda semua. Alhamdulillah...

Tercetus idea untuk menghasilkan Talam Cheese ini bila lihat biskut saltcheese ada berbaki banyak lagi selepas my daughter guna buat Cheesekut. Sementara tengah ada kita gunakan sebaiknya. Bukan senang nak dapat biskut saltcheese di sini... di Sarawak je ada. Itu pun kebetulan jumpa masa gi bakery di Bandar Baru Ampang. Saya olah daripada Talam Krakers sebelum ini dan beri penampilan baru.

Kuih ni sedap... lembut... manisnya just nice sesuai dengan citarasa saya.
Mungkinkah akan ada versi dan penampilan lain?
In shaa Allah... jika ada akan saya share dalam entri akan datang.




KUIH TALAM CHEESE
by IzaAkma SSK


BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 105 gm Serbuk Biskut Saltcheese
  • 100 gm Susu Segar
  • 100 gm Susu Cair
  • 50 gm Whipping Cream (Anchor UHT Dairy)
  • 3 sdb Susu Pekat Manis
  • 2 sdb Gula Pasir
  • 1 biji Telur (B)
  • 1/8 sdt Garam
  • 1 tsp Pes Pandan
  • Pewarna Hijau & Lemon Yellow
BAHAN LAPISAN ATAS :
  • 50 gm Tepung Beras
  • 100 gm Santan Pekat
  • 200 gm Air
  • 1/4 sdt Garam/secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Untuk lapisan bawah, blend halus semua bahan.
❀   Bahagikan kepada 2 bahagian :
      - 1 bahagian.. pes pandan + warna hijau
      - 1 bahagian.. warna lemon yellow
❀   Untuk lapisan atas, sebatikan semua bahan dan masakkan sekejap sehingga naik wap sahaja (jangan sampai pekat). Ketepikan.
❀   Setelah kukusan mendidih tuang adunan hijau ke dalam acuan 6"sq (alas dengan plastik tahan panas dan sapukan sedikit minyak di dasar dan keliling acuan), kukus 10 minit.
❀   Lapisan hijau dah masak, lapiskan adunan kuning. Kukus lagi 10 minit.
❀   Tuang pula adunan lapisan atas perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi 12-15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
❀   Biar kuih benar-benar sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.





2
KEK APAM MADU

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Ada lagi rupanya terselit gambar masakan yang dah dicuba. Lihat pada tarikh gambar diambil... haa lamanya. Sepatutnya setahun lalu dah post. Tapi sebab keadaan waktu tu tak mengizinkan... kadang update kadang tidak... kadang tu pulak lebih lama tak ada daripada ada... sehinggalah perjalanan blog beransur perlahan dan terus terhenti... memaksa saya untuk simpan dahulu. Selepas lena panjang hampir setahun, kini bangkit semula menyambung kembali yang terhenti.

Ada kisah disebalik sebelum terhasilnya kek apam madu ni dulu. Saya kalau minum madu terus macam tu saja memang tak boleh. Entah kenapa... mungkin sebab tak tahan rasa manisnya kot. Jadi saya cari alternatif lain menmanfaatkan dalam masakan. Mulakan pencarian di google. Mencari yang simple tapi menepati citarasa dan bersesuaian dengan bahan sedia ada. Berselisih dengan macam-macam resipi menggunakan madu tapi tak jumpa yang berkenan. Suatu hari sedang scroll facebook, pucuk dicita ulam mendatang... melintas resipi Apam Madu Chef Azli Razali. Lepas baca bahan-bahannya terus jatuh berkenan... jap jap tu juga capai pen capai buku salin. Lepas dapat resipi, tak terus buat... tunggu dulu sambil cari idea versi sendiri.


Apam ini agak istimewa pada saya kerana ada dua kombinasi rasa... rasa apam dengan kek kukus. Kerana itu saya namakan Kek Apam Madu.
Selepas diolah dan diterjemah, begini lah paras rupanya. Jika ikut asal warna apam keseluruhannya coklat kerana menggunakan coklat emulco. Oleh sebab saya tak gemar dengan baunya maka saya skip emulco dan ganti dengan serbuk coklat. Versi olahan saya berserta penyediaan dalam resipi di bawah.



KEK APAM MADU
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 4 biji Telur (B)
  • 170 gm Tepung Gandum
  • 7 sdb Madu
  • 110 gm Gula Kastor
  • 50 gm Marjerin, dicairkan & sejukkan
  • 3 sdb Susu Cair
  • 1 sdt Ovalet
  • 20 gm Chocolate/Cocoa Powder
  • Pewarna Lemon Yellow

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Mixer telur + gula kastor hingga sedikit berbuih
❀   Masuk ovalet dan mixer lagi hingga kembang, pekat dan putih.
❀   Masuk 130gm tepung dan mixer hingga rata. (masukkan dahulu 130gm, asingkan selebihnya)
❀   Masuk susu cair, madu dan marjerin cair. Mixer rata.
❀   Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak :
      - 1 bahagian.. masuk 20gm tepung (drp baki tepung yang diasingkan tadi) + pewarna lemon yellow
      - 1 bahagian.. masuk 20gm tepung (drp baki tepung yang diasingkan tadi), biarkan plain
      - 1 bahagian.. masuk 20gm chocolate/cocoa powder
❀   Tuang ke dalam acuan 7"sq yang telah dialas. Jika mahu kek lebih tinggi acuan 6"sq
❀   Tutup acuan dengan foil dan kukus dalam kukusan yang mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak (iza kukus 30 minit) dengan api sederhana besar.





0
PENGAT NANGKA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Masa membeli keperluan dapur di pasaraya semalam betul-betul langkah kanan. Macam tau-tau kita ni tengah tercari-cari nangka gara-gara teringin bebenor. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, tiga pek sekaligus kita rembat.

Jadi sajian petang hari ni ialah pengat nangka campur sagu dengan jagung manis. Jagung tu saya beli dua tongkol je... satu buat pengat satu lagi ingat nak buat kuih lain. Memang saya lebihkan pada nangka... jagung cuma tambah-tambah aje.

Petang petang macam ni dengan cuaca mendung hujan lagi layan pula pengat... emmm memang sedap.


Pengat ni saya guna gula melaka sahaja. Tak ada campuran gula pasir langsung. Itu pun dah rasa manis. Next time kena kurangkan sikit gula melaka dan tambah lagi sagu.


PENGAT NANGKA
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 14 ulas Nangka, potong memanjang
  • 1 tongkol Jagung, hiris isi
  • 5 sdm Sagu, basuh & tos
  • 200 gm Gula Melaka, potong kecil supaya cepat larut
  • 3 cwn Air
  • 1 cwn Santan Pekat (kotak)
  • 1 helai Daun Pandan, disimpul
  • Secubit Garam

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Rebus isi jagung dengan air.
❀   Masukkan gula melaka. Masak hingga gula larut.
❀   Masukkan sagu dan daun pandan. Masak hingga sagu jernih.
❀   Masukkan santan dan garam. Setelah hampir didih masuk nangka, kacau.
❀   Masakkan sekejap untuk beberapa minit dan padam api.