0
NASI GORENG CILI KERING

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Semalam pagi lagi dah start satu projek dengan merujuk sepenuhnya daripada satu sumber. Selepas siap masak dan dibedah siasat, emm... tak kesampaian harapan. Dengan gigih dan sesungguh hati buat, hasilnya... Tu yang frust sesangat. Tak ada la sampai tak boleh makan, boleh makan. Dapatlah ahli rumah ni merasa sepotong dua seorang. Cuma jadinya kurang molek. Rasa macam terbazir bahan pun ada. Sampai hari ni masih terasa lagi frust tu. Tak apa lah tak ada rezeki. Gantung dulu. Nanti bila-bila free try balik.

Pagi ni tengok ada balance nasi semalam. Untuk pujuk hati, kita pun buat nasi goreng cili kering. Simple je buat ni semua orang pun tau buat. Tapi sebelum mula goreng kena buat kerja extra dulu... menumbuk. Part ni wajib, jangan mengelat guna blender... satgi rasa dia kureng tak sama macam guna lesung. Bila pekena nasi goreng cili kering tumbuk ni terimbau nostalgia. Kalau lah boleh diputarkan balik masa...




NASI GORENG CILI KERING
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 6 cwn Nasi
  • 2 biji Telur
  • Kubis
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Sedikit Air
BAHAN TUMBUK A :
  • 15 tangkai Cili Kering, rendam dalam air panas (tak mau pedas, kurangkan)
  • 1 inci Belacan
BAHAN TUMBUK B :
  • 8 ulas Bawang Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • Segenggam penuh Ikan Bilis

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak
❀   Tumiskan bahan tumbuk B dahulu sehingga naik bau
❀   Masukkan bahan tumbuk A dan tumis lagi sehingga garing. Jika nampak kering tambah air sikit supaya tak cepat hangus dan tumis lagi sehingga cili betul betul garing
❀   Dah nampak terbit minyak, masukkan kubis dan kacau
❀   Tolakkan tumisan ketepi kuali, pecahkan telur dan biarkan tanpa dikacau seketika
❀   Kacau dan perasakan dengan garam dan gula
❀   Masukkan nasi dan gaul rata
❀   Siap untuk dihidangkan





0 sweet comments: