0
PUDING CHEESE

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Selepas menghasilkan Kuih Talam Cheese menggunakan biskut saltcheese, kali ini memuding pula. Selalu kalau puding atau agar-agar saya lebih suka guna agar-agar tali berbanding agar-agar serbuk. Jika diamati betul-betul ada beza puding yang dibuat dengan serbuk dan tali. Sebab jarang guna serbuk jadi saya tak simpan stok. Hanya beli bila perlu saja.

Tapi untuk Puding Cheese AlongRoz ini saya guna agar-agar serbuk. Nanti lah ada masa free lain try dengan agar-agar tali pula. Untuk ceria-ceriakan hati si tukang buat dan hati hati yang menikmatinya, saya marblekan sikit supaya rupa puding tak plain sangat. Puding selembut sehalus sutera dengan rasa cheezz...




PUDING CHEESE
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 13 gm Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese (iza guna biskut saltcheese)
  • 1 sdb Tepung Kastad
  • 400 gm Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat Manis
  • 50 gm Butter
  • Pewarna Pink & Purple (iza tambah)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih, kacau selalu
❀   Masukkan gula, kacau sehingga sebati & mendidih
❀   Blend halus biskut + telur + tepung kastad + susu pekat + susu cair
❀   Masukkan ke dalam agar-agar, kacau sehingga mendidih
❀   Padamkan api. Masukkan butter, kacau hingga rata dan butter mencair
❀   Untuk marble, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
❀   Sudukan setiap bahagian warna berselang seli ke dalam acuan
❀   Biarkan sejuk dahulu di suhu bilik kemudian masukkan dalam peti sejuk





0 sweet comments: