0
KUIH LAPIS LABU

Buatnya semalam... lewat tengahari baru siap
Sementara tunggu kuih betul-betul sejuk 4 jam hari pun dah mula gelap dan hujan
Nak tak nak terpaksa simpan dulu kuih tundakan dulu sessi bergambar

Nampak hari ini cuaca ok boleh lah sambung balik yang tertunda semalam
Kalau cuaca tak ok jugak macam semalam dah tak boleh simpan lagi dah kuih... kena tunggu hari lain lah jawabnya buat balik semula

Kuih Lapis Labu ini hasil pencarian saya di Cookpad
Suka sangat kuih ni... teksturnya begitu lembut dengan manis yang secukup rasa
Cuma melapisnya perlukan sedikit kesabaran tapi berbaloi...
Rasa puas tatkala kuih dipotong dan melihat lapisan kuih yang terhasil




KUIH LAPIS LABU
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 300 gm Labu Kuning  |  rebus hingga empuk  &  toskan
  • 250 gm Tepung Beras
  • 75 gm Tepung Sagu
  • 800 gm Santan  |  campuran 300 gm santan kotak + 500 gm air
  • 3 helai Daun Pandan
  • 1/2 tsp Garam
  • 200 gm Gula Pasir  /  sesuai selera
  • 1 tsp Dark Cocoa Powder *
  • 1 tsp Air Panas *
  • 1/2 tsp Browning *  |  * satukan sebagai paste

CARA PENYEDIAAN :
❀  Didihkan santan , daun pandan , gula  &  garam sehingga gula larut
❀  Kisar sebahagian santan dengan labu sehingga halus
❀  Dalam bekas lain campurkan tepung beras dan tepung sagu
❀  Masukkan sebahagian lagi santan ke dalam tepung dan kacau rata dengan whisk
❀  Kemudian tuang bahan kisar sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
❀  Asingkan 1/4 bahagian.. tambahkan paste , kacau rata  &  bahagikan kepada 6
❀  Baki adunan tambah pewarna lemon yellow  &  bahagikan kepada 6
❀  Alas loyang 7"sq dengan plastik tahan panas  &  sapukan minyak di dasar dan sekeliling loyang
❀  Setelah kukusan mendidih , letakkan loyang dalam kukusan
❀  Tuang adunan kuning kukus 5 minit dengan api sederhana
❀  Cucuk permukaan dengan garfu , tuang adunan coklat kukus 5 minit
❀  Ulangi sehingga adunan habis... 6 lapisan kuning  &  6 lapisan coklat
❀  Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit
❀  Selepas tamat tempoh mengukus buka penutup kukusan , kecilkan api dan biarkan kuih dalam kukusan untuk 10 minit lagi
❀  Angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong



puashati dengan hasil... puashati dengan rasa




0
DAGING GORENG KAPRAU

Skodeng kat dapur Kjee katanya Daging Goreng Paste TomYam ini tersangat sedap
Tengok bahan mudah , cara masak simple...
Lagipun tomyam paste kaw kaw sedap beli di Padang Besar masa gi Kedah haritu pun masih ada lagi... boleh lah cuba
Betul bagai dikata , sedap sangat... layan nasi putih lauk ni saja pun dah cukup menyelerakan
Kena ada pedas-pedas baru kick



DAGING GORENG KAPRAU
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 250 gm Daging Batang Pinang  |  hiris nipis , atau boleh ganti dengan ayam
  • 2 sdb Paste TomYam  (iza guna seperti dalam gambar)
  • 10 biji Cili Api Hijau *
  • 2 biji Cili Merah *  |  * tumbuk kasar
  • 2 labu Bawang Besar  |  belah lapan  &  ceraikan
  • 1 sdb Kicap Manis
  • 1 sdb Sos Cili Thai
  • Segenggam Daun Selasih  |  petik daun

CARA PENYEDIAAN :
❀  Perap daging yang telah dihiris bersama paste tomyam selama ½ jam
❀  Tumis dahulu 1 labu bawang besar yang dibelah
❀  Kemudian masukkan cili yang ditumbuk kasar
❀  Setelah agak garing , masukkan hirisan daging yang diperap
❀  Goreng hingga daging kecut
❀  Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili
❀  Goreng lagi
❀  Masukkan daun selasih  &  baki 1 labu bawang besar
❀  Setelah bawang layu , padamkan api  &  hidang


 Note :
- mesti kena pedas
- daun selasih jadikan rasa lebih sedap





1
KERABU JANTUNG PISANG Kelantan Style

Masakan Kelantan ada keistimewaan sendiri
Salah satu juadah kelantan yang menambat saya ialah kerabu... satu lagi masak lemak sayur
Kerabu atau lemak sayur di kelantan dan trengganu tak sama macam di pantai barat sebab depa campur isi ikan dalam kuah santan
Campuran inilah sebenarnya yang bagi rasa lemak-lemak dan manis
Oleh kerana sangat menepati & melepasi piawaian citarasa maka saya simpan di sini resipi supaya senang cari bila-bila masa nak..



KERABU JANTUNG PISANG Kelantan Style
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 1 biji Jantung Pisang  |  rebus bersama sedikit garam  &  cuka , toskan air , perah  &  hiris halus
  • 200 gm  (4 ekor kecil)  Ikan Selayang  |  rebus campur garam , tos  &  ambil isi
  • 400 gm  (2 cwn)  Pati Santan 
  • 1 labu Bawang Merah Besar  |  hiris *
  • 10 biji Cili Api Hijau + Merah  |  hiris * 
  • 1 sdb Kerisik
  • 3 sdb Jus Limau Nipis @ Kasturi  / secukupnya
  • 2 sdt Garam  / secukup rasa
  • 3 sdt Gula Pasir  / secukup rasa
BAHAN B (Tumbuk) :
  • Sebesar ibu jari Belacan Bakar
  • 2 batang Serai 
  • 1/2 sdb Biji Lada Hitam


CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumbuk dahulu biji lada hitam + 1 sdt garam + 1 sdt gula + belacan + serai
❀  Diikuti kerisik ulekkan dengan anak lesung hingga sebati
❀  Masuk pula isi ikan dan tumbukkan kasar
❀  Masak bahan tumbuk bersama pati santan dalam periuk
❀  Didihkan seketika menggunakan api kecil
❀  Perasakan lagi dengan garam & gula
❀  Bila kuah santan hampir pekat masuk hirisan jantung pisang , hirisan cili api dan hirisan bawang merah
❀  Terus padamkan api
❀  Masukkan jus limau
❀  Gaul sebati
❀  Jika ada rasa yang kurang ,  tambah
❀  Ingin lebih pedas tambahkan dengan hirisan cili api


Note :
Bahan bertanda * jika tak nak hiris boleh juga ditumbuk sekali dengan bahan B.. tapi kurangkan cili , selebihnya tambah dengan cili padi hiris

sedap sebagai pembuka selera...




0
KASWI LAPIS TEPUNG PULUT

Cubaan membuat kaswi 2 in 1...
Dengan cara begini dapat lah merasa dua perisa dalam sepotong kuih
Mengikut piawaian citarasa saya kaswi ini jenis lembut dan tak berapa kenyal
Rasa memang sedap... saya tak nafikan... cuma tak temu kriteria yang dicari
Yela tak semua orang seleranya sama kann...
Selagi belum berjumpa si idaman selagi itu pencarian dan percubaan diteruskan

Sambil taip entri sambil layan kaswi kala langit di luar sana sedang menangis...




KASWI TEPUNG PULUT
by IzaAkma SSK
source : Kak Fida MyResipi


BAHAN A :
  • 2 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Tepung Pulut
  • 1/2 sdk Air Kapur Pekat
  • 2 cwn Air
BAHAN B (Sirap Gula) :
  • 3/4 cwn Gula Merah / Gula Melaka  (165 gm)
  • 1/4 cwn Gula Pasir
  • 1/2 sdk Garam
  • 2 cwn Air
  • 2 helai Daun Pandan , disimpul
BAHAN C (Dikukus) :
  • Kelapa Parut
  • Daun Pandan
  • Sedikit Garam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Campur bahan A dalam sebuah bekas dan kacau rata , ketepikan
❀  Campur semua bahan B dalam periuk , masak hingga mendidih
❀  Tuangkan ke dalam bekas berisi bahan A
❀  Kacau rata dan tapis
❀  Tuang adunan ke dalam loyang / acuan yang bergris dan dipanaskan terlebih dahulu
❀  Kukus selama 30-40 minit jika mengguna loyang dan 15 minit jika acuan lompang
❀  Biar kuih benar-benar sejuk
❀  Potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus


KASWI LAPIS TEPUNG PULUT
by IzaAkma SSK


Bahagikan resipi di atas kepada dua :
- 1/2 untuk Lapisan Pandan
- 1/2 untuk Lapisan Gula Merah

Lapisan Pandan :
- 1/2 cwn Gula Pasir  (bahan untuk sirap.. 1 rcp guna 1 cwn gula pasir , maka 1/2 rcp = 1/2 cwn & iza buat 90 gm)
- 1/2 sdk Air Kapur
- 1/2 sdb Pandan Paste
- 1/2 sdk Pewarna Hijau
- hanya 4 bahan ini saja yang tukar manakala bahan lain sama seperti di atas & separuhkan

Lapisan Gula Merah :
- separuhkan semua bahan


Cara Penyediaan :
- sediakan acuan pilihan & sapukan minyak
- isikan separuh acuan dengan adunan gula merah
- pastikan pengukus dah betul-betul mendidih
- kukus lapisan gula merah selama 8 min
- lapiskan pula adunan pandan
- kukus lagi 8 minit
- sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada acuan





1
BIKA AMBON PANDAN

Tak ada angin tak ada ribut , tup tup terbuat juga kuih ini untuk minumn petang gara-gara terlihat Aznie Khasri up resipi bika ambon yang menjadi cantik
Walaupun yang saya buat ni parasnya tak ayu kasar macam sarang kerengga tapi dari segi rasa ayu sangat...
Manis secukup rasa , lembut , kenyal-kenyal & wangi aroma pandan


Gambar je yang tinggal , kuihnya dah habis
Tak apa lah nanti cuba lagi , kena perbaiki sampai jadi bersarang halus macam sarang semut
Sementara tu park dulu resipi kat sini


BIKA AMBON PANDAN
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 450 ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Serai
  • 3 helai Daun Limau Purut

    - Masak hingga mendidih dengan menggunakan api sederhana
    - Sentiasa dikacau supaya tak pecah santan
    - Sejukkan
    - Sukatkan santan 400ml untuk dicampurkan ke dalam adunan
BAHAN B :
  • 200 gm Tepung Ubi
  • 100 gm Tepung Gandum
  • 200 gm Gula Pasir
  • 4 biji Telur A , pukul sikit sebatikan
  • Pandan Paste & Pewarna Hijau  (asal pewarna kuning dimasak sekali bersama bahan A)
BAHAN C :
  • 100 ml Air Suam
  • 1 sdb Gula Pasir
  • 1 bungkus @ 11 gm Yis Mauripan

    - Campur semua bahan C
    - Biarkan selama 10 minit hingga berbuih
BAHAN D :
  • 2 sdb Butter @ Marjerin , cairkan & sejukkan



CARA PENYEDIAAN :
❀  Campurkan tepung ubi , tepung gandum , gula , bahan A juga bahan C
❀  Kacau sebati
❀  Masukkan telur , pandan paste , pewarna hijau & kacau lagi hingga sebati
❀  Perap selama 1 jam
❀  Masukkan pula butter cair ke dalam adunan , gaul hingga rata
❀  Panaskan oven pada suhu 250'C api bawah selama 10 minit
❀  Panaskan loyang yang telah disapu dengan butter di dasar loyang.. bahagian tepi tak payah sapu
❀  Pastikan loyang betul-betul panas sebelum adunan dituangkan ke dalam loyang
❀  Bakar di rak paling bawah
❀  Bila loyang dah betul-betul panas masukkan adunan tepung ke dalam loyang
❀  Bakar selama 40 minit apa bawah sahaja dengan pintu oven tidak ditutup rapat.. sendal la dengan apa-apa
❀  Bila dah nampak permukaan kuih sudah sedikit kering , tukarkan pula api atas sahaja
❀  Bakar sekejap je ye nak bagi permukaan kuih perang sikit.. masa ni pintu oven boleh ditutup
❀  Siap.. sejukkan dahulu sebelum dihidang




0
BAHULU TOASTER

Selalunya jumpa resipi bahulu di internet ataupun fb berkira-kira nak buat paling habis pun baca pastu simpan
Pjj bahulu pun sama , simpan...
Tapi lain pula hari ini... terus ringan otot-otot tangan nak membahulu lepas jumpa di feed fb pagi tadi
Dulu pernah buat pancake guna sandwich toaster , kali ni cuba bahulu pula
Hasilnya not bad... menjadi... sangat gebu , lembut & halus
Sambil layan cerita hindustan sambil layan bahulu... tak sedar berkeping-keping habis



BAHULU TOASTER
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji Telur A
  • 1 cwn Gula Kastor  (180gm)
  • 1 sdt Esen Vanila
  • 1 1/4 cwn Tepung Gandum  (125gm)

CARA PENYEDIAAN :
❀  Mixer telur + gula hingga kembang
❀  Masukkan esen vanila dan mixer lagi hingga kembang dan pekat
❀  Masukkan tepung & kaupbalik sampai sebati
❀  Panaskan toaster sebentar
❀  Griskan toaster dengan sedikit minyak dan isikan adunan
❀  Tutup toaster dan hidupkan suis
❀  Bila dah masak lampu toaster akan padam dan bolehlah keluarkan
❀  Ulangi proses yang sama sehingga adunan habis digunakan


Note :  Dalam bracket & cara penyediaan adalah mengikut timbangan & cara iza





1
CUCUR NASI LEMAK MANIS

Dalam tak sihat tak sihat pagi tadi bangun tetiba je tekak teringin nak makan cucur manis... kelapa parut pun ada... boleh la bancuh sat
Dah banyak kali buat tapi tengok balik baru perasan tak dak pun entri cucur ni kat sini
Makanya hari ni kami tepek la naa...
Masa mula-mula buat dulu lagi dah berkenan dah rasa dia...
Rasanya hampir hampir sama macam cucur lemak manis adabi dalam pek tu
Sejak jumpa resipi ni dah tak beli dah tepung instant tu... yang homemade ini lagi sedapp


CUCUR NASI LEMAK MANIS
by IzaAkma SSK
source : Yatiememories


BAHAN-BAHAN:
  • 2 cwn Nasi Sejuk *
  • 2 cwn Air *
  • 1/2 cwn Gula Pasir *
  • 1 1/2 cwn Kelapa Parut Putih *
  • Secubit Garam *
  • 2 1/2 cwn Tepung Gandum
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Kisar halus bahan bertanda *
❀  Tuangkan ke dalam bekas yang berisi tepung gandum
❀  Gaul sebati dan biarkan sebentar
❀  Panaskan minyak
❀  Goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak
❀  Angkat & tos


Kalau nak cucur cantik bulat bulat jemputkan adunan guna jari yang dibasahkan sikit dengan air
Yang ni saya guna hujung sudu je yang direndamkan dulu dalam minyak panas... hilang bulat jadinya
Tak kisah la... bulat ke tak bulat rasa tetap sama
Sesuai dimakan bila bila masa... mengenyangkan kerana ada nasi





0
AYAM GORENG JAWA STYLE

Lepas balik dari pasaraya tengahari tadi terus siapkan bahan untuk perap ayam
Dah gaul rata semua simpan empat lima jam dalam peti sejuk... petang baru goreng untuk makan malam
Ayam goreng macam ni kalau buat lauk sampingan nasi lemak pun sedap


AYAM GORENG JAWA STYLE
by IzaAkma SSK
source : Mizan As-Syatirie


BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 ekor Ayam , potong ikut suka  (iza guna 600 gm)
BAHAN TUMBUK (Ditumbuk Halus):
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 2 helai Daun Limau Purut , buang urat tengah
  • 1 sdb Biji Ketumbar
  • 1 sdb Gula Pasir
  • Sebesar ibu jari Kunyit Hidup
  • Garam secukupnya
  • Serbuk Perasa  (iza tak bubuh)

CARA PENYEDIAAN :
❀  Gaul bahan tumbuk dengan ayam rata-rata
❀  Perap selama 20-30 minit
❀  Panaskan minyak
❀  Goreng ayam sampai garing , pastikan api kecil
❀  Ayam kena separuh tenggelam dalam minyak... jangan sampai tenggelam semua dalam minyak
❀  Angkat & tos





0
DAGING OPOR HIJAU


Selepas puashati dengan cubaan pertama sekitar dua tahun lalu , buat lagi kali kedua masa aidiladha kat kampung baru lalu.  Sedap... pekat & pedas pedas


DAGING OPOR HIJAU
by IzaAkma SSK
rcp : Chef Wan


BAHAN A :
  • 600 gm Daging Batang Pinang , potong kecil
  • 500 ml Santan drp 1 biji kelapa parut dgn 500ml air
  • 125 gm Terung Pipit
  • 3 tangkai Daun Selasih
  • 1 biji Capsicum , buang biji & hiris  (cili merah)
  • 125 ml Minyak
  • Gula Melaka secukup rasa  (anggaran 2sdt gula perang)
  • Jus Limau Nipis  (jus drp 1 biji)
  • Garam / Sos Nampla  (anggaran 2sdm sos nampla)
BAHAN B (Pes Rempah Hijau) :
  • 100 gm Cili Hijau  (6 biji cili hijau + 10 biji cili padi hijau)
  • 10 ulas Bawang Merah  (1 labu bawang merah besar + 5 ulas bawang merah)
  • 4 Akar Ketumbar
  • 4 tangkai Daun Ketumbar  (ambil daun + batang)
  • 1 inci Halia
  • 2 batang Serai
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 1 sdt Belacan
  • 2 sdm Biji Ketumbar , disangai dahulu
  • 2 sdm Biji Jintan Manis , disangai dahulu
  • 1 sdm Biji Lada Putih
  • 1 cwn air
BAHAN C (Hiasan) :
  • Cili Padi Merah / Hijau
  • Daun Selasih

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Satukan semua bahan B ke dalam pengisar & kisar halus
❀  Panaskan minyak dalam kuali
❀  Tumis pes rempah hijau hingga wangi
❀  Masukkan daging , kacau-kacau dan tutup kuali untuk 5 minit dengan api sederhana
❀  Masuk santan , terung pipit dan biarkan mendidih
❀  Teruskan merenih selama 25 minit lagi
❀  Masuk capsicum , daun selasih , gula perang , jus limau , garam / sos nampla secukup rasa
❀  Renihkan lagi 3 minit ,  dan hiaskan dengan daun selasih lagi
❀  Hidangkan panas bersama nasi


Note : Dalam bracket adalah bahan yang iza gunapakai





0
ROTI JALA MARVELLOUS

Memandangkan Kari Ceylon pun ada lagi , sambung pula dengan roti jala
Sebelum ni dah buat tapi sebab kebizian tak sempat entri
Kali ini berpeluang menjala lagi roti jala marvellous
Bayangkan roti jala yang lembut dicicah pula dengan kari ceylon pekat...
Dapat jawapan tak ?



ROTI JALA MARVELLOUS
by IzaAkma SSK
source : Mas Duniaku


BAHAN-BAHAN : (Anggaran 48-50 keping)
  • 500 gm Tepung Gandum
  • 500 ml Susu Segar  (iza tak ada susu segar so sebagai ganti guna
    1/2 susu cair : 1/2 air)
  • 550 ml Air  (sekiranya adunan agak pekat , tambahkan sedikit air)
  • 3 biji Telur
  • 2 sdb Minyak Masak
  • 1 sdt Garam
  • 1 sdt Pewarna Kuning

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati / blend semua hingga sebati
❀  Tuang ke dalam mangkuk besar & biarkan adunan 10-50 minit
❀  Panaskan kuali leper non stick atas api sederhana
❀  Kacau cedok adunan guna acuan roti jala
❀  Bermula dari bulatan luar , pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm atas kuali
❀  Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala
❀  Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan
❀  Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan
❀  Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis digunakan





1
KARI AYAM CEYLON

Seperti diwar-warkan dalam entri lempeng yang lalu...
Saya ambil daripada satu group fb yang dikongsikan oleh Putra Bugis Temasek
Lepas diteliti dua tiga kali ada kekeliruan sikit pada resipi asal
Jadi saya ubahsuai dengan penambahan yang bersesuaian
Kaedah menyediakan berbeza daripada kari biasa dan sudah tentu rasa karinya juga berbeza



KARI AYAM CEYLON
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 1 kg Ayam , dibuang kulit & dipotong kecil
  • 4 ulas Bawang Putih *
  • 1 inci Halia *
  • 5 biji Cili Hijau * (* kisar)
  • 1/2 sdk Serbuk Kunyit
  • Garam
BAHAN B (Tumis) :
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 1 labu Bawang Besar Merah *
  • 3 ulas Bawang Merah *
  • 1 inci Halia * (* kisar)
  • 2 biji Cili Hijau , dibelah 2
  • 2 helai Daun Bay Kering
  • 1 sdk Biji Sawi
  • 2 sdm Serbuk Cili
  • 1/2 sdk Serbuk Kunyit
  • 5 biji Cili Merah **
  • 1 sdm Biji Ketumbar , disangai ** (** kisar)
BAHAN C :
  • 1 biji Kelapa dibahagi 2
    - 200 gm Santan Pekat perahan pertama
    - 200 gm Santan Cair perahan kedua
  • 2 biji Kentang
  • 1 biji Lemon , ambil jus
  • 1 tub Yogurt
  • Gula Perang & Garam secukup rasa
BAHAN D :
  • 2 tangkai Cili Kering (biarkan ia setangkai-setangkai)
  • 2 tangkai Daun Kari
BAHAN E (Hiasan) :
  • Daun Ketumbar

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Gaul rata semua bahan A
❀  Perapkan selama 30 minit di dalam peti sejuk
❀  Panaskan minyak
❀  Masukkan bahan tumis B... kayu manis , lawang , pelaga , biarkan sampai naik bau
❀  Diikuti bahan kisar * , cili hijau , daun bay , biji sawi , serbuk cili , serbuk kunyit & bahan kisar **
❀  Tumis sehingga garing
❀  Lalu masukkan bahan A yang diperap dan biarkan ia sebati bersama tumisan rempah ratus
❀  Masukkan santan cair , kentang , biarkan mendidih dan ayam empuk
❀  Masukkan yogurt , santan pekat , garam & gula perang secukup rasa serta jus lemon
❀  Masak sehingga ayam betul-betul masak dan biarkan kuahnya pekat dengan api yang kecil
❀  Seimbangkan rasa
❀  Lalu masukkan bahan D dan ditutup periuk / kuali seketika dan padamkan api
❀  Hiaskan dengan taburan daun ketumbar
❀  Hidangkan dengan roti canai / nasi panas





0
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS SEDAP Tanpa Bawang Putih

Biasa masak sambal tumis bilis bubuh sikit bawang putih
Kali ni try tanpa bawang putih pulak
Lama dah duk intai di blog Amy @ senang-senang singgahlah... tapi tak rasa nak buat lagi
Dah alang-alang melempeng hari tu , buat lah sekali
Saya tak ikut seratus peratus resipi amy...
Saya ikut gerak tangan & gerak rasa sendiri seperti di bawah
Siapa yang belum cuba lagi boleh lah cuba... rugi tau tak cuba sebab memang sedap !



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS Tanpa Bawang Putih
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 5 ulas Bawang Merah *
  • 1 labu Bawang Merah Besar * (* kisar)
  • 1/2 inci Belacan
  • 1 cwn Ikan Bilis  (basuh, tak perlu digoreng)
  • 1 cwn (200 gm) Cili Kisar  (kisaran daripada 20 tangkai cili kering + sedikit minyak masak)
  • Sedikit Pes Asam Jawa
  • 1 cwn Air
  • Gula Perang & Garam secukupnya
  • 1 labu Bawang Holland  (dihiris tebal)
  • Sedikit Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak di dalam kuali
❀  Masukkan belacan , gorengkan sekejap sampai naik bau
❀  Masukkan bawang kisar , tumis hingga wangi
❀  Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan
❀  Selepas terbit minyak , masukkan gula perang & garam
❀  Kemudian masukkan ikan bilis , goreng sehingga sambal garing dan menyaluti ikan bilis serta pecah minyak  (kena selalu dikacau ketika ini supaya tak hangit)
❀  Masukkan pes asam jawa , air dan hirisan bawang besar
❀  Renihkan sehingga terbit minyak
❀  Seimbangkan rasa
❀  Apabila bawang sudah layu , padamkan api
❀  Boleh dihidang bersama nasi lemak / roti putih / lempeng / ubi rebus / sukun goreng





0
LEMPENG LEMBUT Bersama Sambal Tumis

Sekali pandang macam pancake, tapi bukan...
Sebenarnya lempeng , saja buat saiz kecil macam tu
Sungguh lembut dan sedap pada citarasa saya
Ada dua jenis pencicah , Sambal Tumis Ikan Bilis & Kari Ayam Ceylon
Cicah sambal sedap... kari saja pun sedap... atau cicah dua-dua sekali lagi sedapp
Tepuk dada tanya selera...




LEMPENG LEMBUT
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 300 gm Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 1 sdt Yis Mauripan
  • 3 sdm Gula Pasir
  • Sedikit Garam
  • 400 gm Air  (adunan tak cair sangat, tak pekat sangat)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Kacau sebati semua bahan
❀  Biarkan adunan kembang lebih kurang 1 jam
❀  Kemudian masaklah seperti masak lempeng biasa


Cicah dengan sambal tumis saja pun dah sedap





0
KUIH PELITA JAGUNG

Saya sediakan kuih ini berpandukan youtube. Resipinya menggunakan sukatan cawan. Tapi sewaktu penyediaan saya dah timbang & convertkan kepada sukatan metrik. Kuih ini dalam youtube dikukus menggunakan daun pisang seperti mengukus kuih limas. Sebab tak ada daun pisang jadi saya guna acuan kecil kecil menggantikan daun pisang. Tak rugi untuk dicuba khususnya buat penggemar jagung. Lembut & lemak berkrim...




KUIH PELITA JAGUNG
by IzaAkma SSK


BAHAN A (Lapisan Bawah) :
  • 1 tongkol Jagung Siap Rebus, kikis isi *
  • 250 gm Santan * (*blend halus)
  • 100 gm Tepung Beras
  • 250 gm Santan
  • 180 gm Gula Pasir
  • 1/2 tsp Jagung Paste
  • Secubit Garam
BAHAN B (Lapisan Atas) :
  • 500 gm Santan
  • 100 gm Tepung Beras
  • 15 gm Tepung Ubi
  • 1 tsp Garam

CARA PENYEDIAANNYA :

Untuk Bahan A :
❀  Satukan bahan kisar dengan bahan-bahan yang lain , kacau sebati
❀  Masakkan adunan , kacau sampai sedikit pekat (macam berlendir) sahaja
❀  Angkat dan tuang ke dalam bekas , ketepikan

Untuk Bahan B :
❀  Satukan semua bahan , kacau sebati
❀  Masakkan juga seperti bahan A tadi , ketepikan

Langkah seterusnya :
❀  Siapkan acuan dengan menyapu nipis minyak
❀  Setelah kukusan mendidih , tuang adunan jagung ke dalam acuan
❀  Kukus selama 15 minit
❀  Tuang pula adunan putih , jika suka taburkan isi jagung
❀  Kukus lagi 15 minit atau sampai masak.
❀  Dah betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan dan hidang


credit : Resep Borneo https://www.youtube.com/watch?v=enNWefbFo4Q