1
KARI AYAM CEYLON

Seperti diwar-warkan dalam entri lempeng yang lalu...
Saya ambil daripada satu group fb yang dikongsikan oleh Putra Bugis Temasek
Lepas diteliti dua tiga kali ada kekeliruan sikit pada resipi asal
Jadi saya ubahsuai dengan penambahan yang bersesuaian
Kaedah menyediakan berbeza daripada kari biasa dan sudah tentu rasa karinya juga berbeza



KARI AYAM CEYLON
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 1 kg Ayam , dibuang kulit & dipotong kecil
  • 4 ulas Bawang Putih *
  • 1 inci Halia *
  • 5 biji Cili Hijau * (* kisar)
  • 1/2 sdk Serbuk Kunyit
  • Garam
BAHAN B (Tumis) :
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 1 labu Bawang Besar Merah *
  • 3 ulas Bawang Merah *
  • 1 inci Halia * (* kisar)
  • 2 biji Cili Hijau , dibelah 2
  • 2 helai Daun Bay Kering
  • 1 sdk Biji Sawi
  • 2 sdm Serbuk Cili
  • 1/2 sdk Serbuk Kunyit
  • 5 biji Cili Merah **
  • 1 sdm Biji Ketumbar , disangai ** (** kisar)
BAHAN C :
  • 1 biji Kelapa dibahagi 2
    - 200 gm Santan Pekat perahan pertama
    - 200 gm Santan Cair perahan kedua
  • 2 biji Kentang
  • 1 biji Lemon , ambil jus
  • 1 tub Yogurt
  • Gula Perang & Garam secukup rasa
BAHAN D :
  • 2 tangkai Cili Kering (biarkan ia setangkai-setangkai)
  • 2 tangkai Daun Kari
BAHAN E (Hiasan) :
  • Daun Ketumbar

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Gaul rata semua bahan A
❀  Perapkan selama 30 minit di dalam peti sejuk
❀  Panaskan minyak
❀  Masukkan bahan tumis B... kayu manis , lawang , pelaga , biarkan sampai naik bau
❀  Diikuti bahan kisar * , cili hijau , daun bay , biji sawi , serbuk cili , serbuk kunyit & bahan kisar **
❀  Tumis sehingga garing
❀  Lalu masukkan bahan A yang diperap dan biarkan ia sebati bersama tumisan rempah ratus
❀  Masukkan santan cair , kentang , biarkan mendidih dan ayam empuk
❀  Masukkan yogurt , santan pekat , garam & gula perang secukup rasa serta jus lemon
❀  Masak sehingga ayam betul-betul masak dan biarkan kuahnya pekat dengan api yang kecil
❀  Seimbangkan rasa
❀  Lalu masukkan bahan D dan ditutup periuk / kuali seketika dan padamkan api
❀  Hiaskan dengan taburan daun ketumbar
❀  Hidangkan dengan roti canai / nasi panas





1 sweet comments: