0
KASWI LAPIS TEPUNG PULUT

Cubaan membuat kaswi 2 in 1...
Dengan cara begini dapat lah merasa dua perisa dalam sepotong kuih
Mengikut piawaian citarasa saya kaswi ini jenis lembut dan tak berapa kenyal
Rasa memang sedap... saya tak nafikan... cuma tak temu kriteria yang dicari
Yela tak semua orang seleranya sama kann...
Selagi belum berjumpa si idaman selagi itu pencarian dan percubaan diteruskan

Sambil taip entri sambil layan kaswi kala langit di luar sana sedang menangis...




KASWI TEPUNG PULUT
by IzaAkma SSK
source : Kak Fida MyResipi


BAHAN A :
  • 2 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Tepung Pulut
  • 1/2 sdk Air Kapur Pekat
  • 2 cwn Air
BAHAN B (Sirap Gula) :
  • 3/4 cwn Gula Merah / Gula Melaka  (165 gm)
  • 1/4 cwn Gula Pasir
  • 1/2 sdk Garam
  • 2 cwn Air
  • 2 helai Daun Pandan , disimpul
BAHAN C (Dikukus) :
  • Kelapa Parut
  • Daun Pandan
  • Sedikit Garam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Campur bahan A dalam sebuah bekas dan kacau rata , ketepikan
❀  Campur semua bahan B dalam periuk , masak hingga mendidih
❀  Tuangkan ke dalam bekas berisi bahan A
❀  Kacau rata dan tapis
❀  Tuang adunan ke dalam loyang / acuan yang bergris dan dipanaskan terlebih dahulu
❀  Kukus selama 30-40 minit jika mengguna loyang dan 15 minit jika acuan lompang
❀  Biar kuih benar-benar sejuk
❀  Potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus


KASWI LAPIS TEPUNG PULUT
by IzaAkma SSK


Bahagikan resipi di atas kepada dua :
- 1/2 untuk Lapisan Pandan
- 1/2 untuk Lapisan Gula Merah

Lapisan Pandan :
- 1/2 cwn Gula Pasir  (bahan untuk sirap.. 1 rcp guna 1 cwn gula pasir , maka 1/2 rcp = 1/2 cwn & iza buat 90 gm)
- 1/2 sdk Air Kapur
- 1/2 sdb Pandan Paste
- 1/2 sdk Pewarna Hijau
- hanya 4 bahan ini saja yang tukar manakala bahan lain sama seperti di atas & separuhkan

Lapisan Gula Merah :
- separuhkan semua bahan


Cara Penyediaan :
- sediakan acuan pilihan & sapukan minyak
- isikan separuh acuan dengan adunan gula merah
- pastikan pengukus dah betul-betul mendidih
- kukus lapisan gula merah selama 8 min
- lapiskan pula adunan pandan
- kukus lagi 8 minit
- sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada acuan





0 sweet comments: