1
KERABU JANTUNG PISANG Kelantan Style

Masakan Kelantan ada keistimewaan sendiri
Salah satu juadah kelantan yang menambat saya ialah kerabu... satu lagi masak lemak sayur
Kerabu atau lemak sayur di kelantan dan trengganu tak sama macam di pantai barat sebab depa campur isi ikan dalam kuah santan
Campuran inilah sebenarnya yang bagi rasa lemak-lemak dan manis
Oleh kerana sangat menepati & melepasi piawaian citarasa maka saya simpan di sini resipi supaya senang cari bila-bila masa nak..



KERABU JANTUNG PISANG Kelantan Style
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 1 biji Jantung Pisang  |  rebus bersama sedikit garam  &  cuka , toskan air , perah  &  hiris halus
  • 200 gm  (4 ekor kecil)  Ikan Selayang  |  rebus campur garam , tos  &  ambil isi
  • 400 gm  (2 cwn)  Pati Santan 
  • 1 labu Bawang Merah Besar  |  hiris *
  • 10 biji Cili Api Hijau + Merah  |  hiris * 
  • 1 sdb Kerisik
  • 3 sdb Jus Limau Nipis @ Kasturi  / secukupnya
  • 2 sdt Garam  / secukup rasa
  • 3 sdt Gula Pasir  / secukup rasa
BAHAN B (Tumbuk) :
  • Sebesar ibu jari Belacan Bakar
  • 2 batang Serai 
  • 1/2 sdb Biji Lada Hitam


CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumbuk dahulu biji lada hitam + 1 sdt garam + 1 sdt gula + belacan + serai
❀  Diikuti kerisik ulekkan dengan anak lesung hingga sebati
❀  Masuk pula isi ikan dan tumbukkan kasar
❀  Masak bahan tumbuk bersama pati santan dalam periuk
❀  Didihkan seketika menggunakan api kecil
❀  Perasakan lagi dengan garam & gula
❀  Bila kuah santan hampir pekat masuk hirisan jantung pisang , hirisan cili api dan hirisan bawang merah
❀  Terus padamkan api
❀  Masukkan jus limau
❀  Gaul sebati
❀  Jika ada rasa yang kurang ,  tambah
❀  Ingin lebih pedas tambahkan dengan hirisan cili api


Note :
Bahan bertanda * jika tak nak hiris boleh juga ditumbuk sekali dengan bahan B.. tapi kurangkan cili , selebihnya tambah dengan cili padi hiris

sedap sebagai pembuka selera...




1 sweet comments: