0
KUIH PELITA JAGUNG

Saya sediakan kuih ini berpandukan youtube. Resipinya menggunakan sukatan cawan. Tapi sewaktu penyediaan saya dah timbang & convertkan kepada sukatan metrik. Kuih ini dalam youtube dikukus menggunakan daun pisang seperti mengukus kuih limas. Sebab tak ada daun pisang jadi saya guna acuan kecil kecil menggantikan daun pisang. Tak rugi untuk dicuba khususnya buat penggemar jagung. Lembut & lemak berkrim...




KUIH PELITA JAGUNG
by IzaAkma SSK


BAHAN A (Lapisan Bawah) :
  • 1 tongkol Jagung Siap Rebus, kikis isi *
  • 250 gm Santan * (*blend halus)
  • 100 gm Tepung Beras
  • 250 gm Santan
  • 180 gm Gula Pasir
  • 1/2 tsp Jagung Paste
  • Secubit Garam
BAHAN B (Lapisan Atas) :
  • 500 gm Santan
  • 100 gm Tepung Beras
  • 15 gm Tepung Ubi
  • 1 tsp Garam

CARA PENYEDIAANNYA :

Untuk Bahan A :
❀  Satukan bahan kisar dengan bahan-bahan yang lain , kacau sebati
❀  Masakkan adunan , kacau sampai sedikit pekat (macam berlendir) sahaja
❀  Angkat dan tuang ke dalam bekas , ketepikan

Untuk Bahan B :
❀  Satukan semua bahan , kacau sebati
❀  Masakkan juga seperti bahan A tadi , ketepikan

Langkah seterusnya :
❀  Siapkan acuan dengan menyapu nipis minyak
❀  Setelah kukusan mendidih , tuang adunan jagung ke dalam acuan
❀  Kukus selama 15 minit
❀  Tuang pula adunan putih , jika suka taburkan isi jagung
❀  Kukus lagi 15 minit atau sampai masak.
❀  Dah betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan dan hidang


credit : Resep Borneo https://www.youtube.com/watch?v=enNWefbFo4Q




0 sweet comments: