0
MEE SOTO SUNGAI PETANI


Jumpa dalam Saji koleksi dulu-dulu...
Saya kekalkan namanya seperti dalam majalah
Kerana ingin tau rasa yang sebenar dan first time cuba, saya follow resipi asal
Kecuali untuk sambal kicap saya gantikan cuka dengan jus limau nipis
Next time mungkin akan ubahsuai sikit


MEE SOTO SUNGAI PETANI
by IzaAkma SSK


BAHAN KISAR :
  • 1 labu Bawang Besar
  • 8 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 2 cm Kunyit Hidup  [next time tak payah, kalau nak juga buh sikit je]
  • 1/2 sdt Lada Sulah  [next time guna lada putih biji & tumbuk]
BAHAN TUMIS :
  • 1 sdt Serbuk Jintan Manis*
  • 1 sdt Serbuk Jintan Putih*  [*next time lebihkan]
  • 3 kuntum Bunga Lawang
  • 2 cm Kulit Kayu Manis  [buh 1 inci]
BAHAN A :
  • 1 ekor ayam
  • 3 batang Serai, ketuk
  • 15 gm Lengkuas, ketuk  [anggaran 3/4 inci]
  • 20 gm Halia Tua, ketuk  [anggaran 1 inci]
  • 5 helai Daun Salam
  • 3 sdb Perisa Kiub Ayam
  • 3 liter Air
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan minyak dalam periuk
❀   Tumis bahan kisar dan bahan tumis sehingga garing dan naik bau
❀   Masukkan air, ayam dan garam
❀   Kacau sekali sekala, biarkan mendidih dan ayam empuk
❀   Ayam dah empuk keluarkan, dah sejuk carikkan panjang-panjang dan ketepikan
❀   Masukkan semua bahan lain ke dalam kuah rebusan, biarkan mendidih
❀   Sesuaikan rasa


SAMBAL KICAP


BAHAN-BAHAN :
  • 30 gm Cili Api  [anggaran 15-18 biji)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 4 sdb Kicap  [guna kicap manis]
  • 4 sdt Cuka  [guna jus drp 1 biji limau nipis]
  • 4 sdt Gula

- Tumbuk / kisar dan masukkan jus limau


SAMPINGAN


BAHAN-BAHAN :
  • 2 kg Mee Kuning, celur
  • 500 gm Taugeh
  • Daun Sup, hiris halus
  • Daun Bawang, hiris halus
  • Bawang Goreng
  • Isi Ayam yang dicarik

- Masukkan mee dan taugeh yang telah dicelur ke dalam mangkuk hidangan
- Bubuh isi ayam, tuang kuah sup di atas
- Tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng serta sambal kicap





0 sweet comments: