0
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS SEDAP Tanpa Bawang Putih

Biasa masak sambal tumis bilis bubuh sikit bawang putih
Kali ni try tanpa bawang putih pulak
Lama dah duk intai di blog Amy @ senang-senang singgahlah... tapi tak rasa nak buat lagi
Dah alang-alang melempeng hari tu , buat lah sekali
Saya tak ikut seratus peratus resipi amy...
Saya ikut gerak tangan & gerak rasa sendiri seperti di bawah
Siapa yang belum cuba lagi boleh lah cuba... rugi tau tak cuba sebab memang sedap !



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS Tanpa Bawang Putih
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 5 ulas Bawang Merah *
  • 1 labu Bawang Merah Besar * (* kisar)
  • 1/2 inci Belacan
  • 1 cwn Ikan Bilis  (basuh, tak perlu digoreng)
  • 1 cwn (200 gm) Cili Kisar  (kisaran daripada 20 tangkai cili kering + sedikit minyak masak)
  • Sedikit Pes Asam Jawa
  • 1 cwn Air
  • Gula Perang & Garam secukupnya
  • 1 labu Bawang Holland  (dihiris tebal)
  • Sedikit Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak di dalam kuali
❀  Masukkan belacan , gorengkan sekejap sampai naik bau
❀  Masukkan bawang kisar , tumis hingga wangi
❀  Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan
❀  Selepas terbit minyak , masukkan gula perang & garam
❀  Kemudian masukkan ikan bilis , goreng sehingga sambal garing dan menyaluti ikan bilis serta pecah minyak  (kena selalu dikacau ketika ini supaya tak hangit)
❀  Masukkan pes asam jawa , air dan hirisan bawang besar
❀  Renihkan sehingga terbit minyak
❀  Seimbangkan rasa
❀  Apabila bawang sudah layu , padamkan api
❀  Boleh dihidang bersama nasi lemak / roti putih / lempeng / ubi rebus / sukun goreng





0 sweet comments: