0
PENGAT DURIAN PULUT KUKUS

Musim kali ini mahal giler durian... semua jenis mahal
Nak beli musang king takut terjebak dengan ura-ura berita pasalnya... last pilih durian kampung... beli dua tiga biji pastu frozenkan... nak dibuat apa kemudian fikir

Weekend lepas makan pulut mangga teringat pula kat pulut durian...
Untuk memenuhi selera , durian yang baru difrozenkan dua minggu itulah jadi korban pertama
Nak buat apa-apa kuih atau pengat , durian kampung pun dah memadai... rasa tetap juga mantap


Satu kemestian pulut kaler putih wajib ada... variasi lain saya buat hijau rasa pandan

Untuk makan dengan pengat saya suka kalau pulut dia tu lembut-lembut sikit... bila lembut pulut dapat menyerap kuah durian dengan mudah... baru sedap makan

Saya kurangkan gula pasir dan lebihkan gula perang sebab lebih suka kuah durian yang warna cerah tapi kalau suka warna kuah yang sedikit gelap boleh bubuh gula melaka dan skip gula perang... ikut sesuai selera lah ya


PENGAT DURIAN
by IzaAkma SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 3 sdm Gula Pasir  *
  • 6 sdm Gula Perang / secukup rasa  *
  • 100 gm Air  *  |  *  disatukan  &  masak hingga gula larut
  • 15 ulas Durian
  • 500 gm Santan Segar Pekat
  • 250 gm Air
  • 2 sdt Tepung Gandum  **
  • 2 sdm Air  **  |  **  dibancuh bersama
  • 1 helai Daun Pandan  |  disimpul
  • Secubit Garam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan durian , air , santan , sirap gula , garam dan daun pandan ke dalam periuk
❀  Kacau rata dan masak hingga mendidih
❀  Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata
❀  Masak dengan api sederhana hingga kuah mendidih dan pekat
❀  Bila dah cukup rasa , boleh matikan api


PULUT KUKUS
by IzaAkma SSK

BAHAN PULUT :
    PUTIH
  • 225 gm Pulut Susu  | cuci  &  rendam 1 jam , toskan
  • 30 gm Santan Kotak
  • 155 gm Air
  • 1/2 sdm Minyak Masak
  • Secubit Garam / secukup rasa
    • HIJAU
    • 225 gm Pulut Susu  | cuci  &  rendam 1 jam  (air rendaman campurkan sedikit pewarna hijau) , toskan
    • 30 gm Santan Kotak
    • 155 gm Jus Pandan  (kisaran 4 helai daun pandan + air)
    • 1/2 sdm Minyak Masak
    • Secubit Garam / secukup rasa

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Panaskan pengukus , sediakan dua loyang
    ❀  Satukan santan , air / jus pandan , garam , minyak masak dan kacau rata
    ❀  Bila kukusan dah mendidih masukkan pulut putih dan hijau ke dalam loyang berasingan
    ❀  Tuang campuran santan , gaul rata
    ❀  Kukus selama 20 minit
    ❀  Gembur-gemburkan pulut perlahan-lahan
    ❀  Kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak
    ❀  Sejukkan  &  hidangkan bersama pengat durian




    0
    UDANG RENDANG PERAK

    Beralih angin merendang udang pula...
    Rendang tu boleh je cicah dengan roti... tak pun ratah gitu pun sedap... tapi nak juga masak yang lain at least bila hidang tu tak la satu dia je kan... sedap juga la mata memandang tengok ada dua tiga lagi yang lain

    UDANG RENDANG PERAK

    AYAM MASAK ROSE

    NASI PANDAN SUSU


    Selalunya masakan rendang Perak semua bahan kisarnya dilebur terus dalam kuali... tak ada tumis-tumis... tapi rendang udang ini ditumis dulu dan bahan-bahan lain adalah sama
    Penggunaan bawang merah yang banyak memang perlu untuk masakan rendang... bukan saja rendang perak malah rendang negeri lain juga
    Begitu juga santan... bukan santan kotak , bukan santan cair tapi santan fresh pekat atau dipanggil pati santan
    Lebih bagus dimasukkan sekali daun limau purut samada dikoyak-koyakkan atau dihiris halus supaya rendang lebih beraroma... tapi kalau tak ada cukup sekadar daun kunyit kerana daun kunyit tak boleh tidak wajib ada dalam rendang


    UDANG RENDANG PERAK
    by IzaAkma SSK


    BAHAN A :
    • 300 gm Udang Segar Saiz Besar
    • 4 batang Serai  |  ketuk
    • 2 helai Daun Kunyit  |  hiris halus
    • 500 gm Pati Santan
    • 4 sdb Kerisik
    • 2 keping Asam Gelugor
    • 1 sdb Gula Merah / secukup rasa
    • Garam secukup rasa
    • Minyak masak secukupnya untuk menumis
    BAHAN B (Kisar) :
    • 8 biji Cili Merah *
    • 8 biji Cili Padi Merah *  |  * ikut pedas
    • 2 labu Bawang Merah Besar
    • 8 ulas Bawang Merah
    • 5 ulas Bawang Putih
    • 1 inci Halia
    • 1 inci Lengkuas
    • 1 inci Kunyit Hidup

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Panaskan minyak dalam kuali
    ❀  Masuk bahan B , tumis hingga pecah minyak
    ❀  Masuk pati santan , asam gelugor , gula merah  &  garam secukup rasa
    ❀  Masak hingga pekat dan terbit minyak
    ❀  Masuk udang dan kacau hingga masak
    ❀  Masuk kerisik dengan daun kunyit
    ❀  Masak dengan api sederhana hingga kering

    Resipi Nasi Pandan Susu dah share sebelum ni... boleh cari ya

    Ayam Masak Rose ikut style Eira Syazira dalam Ketuk-Ketuk Ramadan yang menurutnya Penang mari... lebih kurang macam ayam masak merah... ayam tak digoreng tapi diperap dengan bawang , cili , serbuk kari , buah tomato dan menggunakan daun pudina




    0
    ACAR IKAN MASIN

    Salah satu acar yang ramai dok cari waktu bulan puasa sebagai pembuka selera
    Tak terhad bulan puasa saja... bulan tak puasa pun boleh juga layan terutama bila kurang selera makan

    Saya buat separuh daripada resipi di bawah , tambah sikit kismis dengan aprikot kering
    Selain ada rasa rempah dan masin-masin ada juga rasa masam-masam manis
    Cuma kurang warna... cili padi tak ada... kalau ada , nampak serinya sikit
    Tapi tak apa tak ada cili pun rasa tetap ummpph...



    ACAR IKAN MASIN
    by IzaAkma SSK
    source  :  Delihayat Kitchen


    BAHAN A :
    • 300 gm Isi Ikan Masin Kurau / Talang / Yu
    • 20 biji Bawang Merah Kecil  (5 darinya dihiris)
    • 20 ulas Bawang Putih  (5 darinya dihiris)
    • 2 inci Halia  (dipotong jejari)
    • 20 biji Cili Padi Kampung  (kalau nak pedas , tambah lagi)
    • 3 sdb Cuka Makan
    • 1/2 keping Gula Melaka
    • 3 sdb Gula Pasir / secukup rasa
    • Garam secukup rasa  (tak perlu banyak... ikan dah masin)
    • 2 senduk Minyak untuk menumis
    • 1/4 cwn Air
    BAHAN B (Kisar) :
    • 20 tangkai Cili Kering  (basuh  &  sangai dengan sedikit minyak)
    • 5 biji Bawang Merah
    • 5 ulas Bawang Putih
    • 1 inci Halia
    BAHAN C ~ Rempah (Disangai Terlebih Dahulu) :
    • 2 sdt Ketumbar Biji
    • 2 sdt Jintan Manis
    • 2 sdt Jintan Putih
    • 1 sdt Halba

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Isi ikan masin dihiris kecil , cuci dan rendam sekurang-kurangnya 1 jam
    ❀  Tukar air rendaman  (3 kali tukar)
    ❀  Toskan dan biar kering sekejap
    ❀  Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana
    ❀  Angkat dan toskan
    ❀  Goreng cili padi hingga sedikit garing , asingkan
    ❀  Goreng sebentar  (sekejap jer)  bawang putih dan bawang merah dalam bahan A , ketepikan
    ❀  Kisar bahan B hingga halus
    ❀  Masukkan bahan C yang telah disangai dan kisar lagi
    ❀  Panaskan minyak , tumis hirisan bawang merah , bawang putih dan halia... biar hingga naik bau
    ❀  Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
    ❀  Masukkan air , renehkan dengan api api kecil sahaja
    ❀  Masukkan gula melaka , gula pasir dan cuka makan
    ❀  Kacau rata dan perasakan dengan garam
    ❀  Kacau dan masukkan semua bahan yang telah digoreng... ikan masin , bawang merah , bawang putih , cili padi dan gaul rata
    ❀  Tuang air , kacau dan kecilkan api
    ❀  Terus masak hingga pekat dan tambah perasa ,  gula jika perlu





    0
    KEK BLACK MAGIC OREO CHEESE

    Belum reda demam apam 3 bahan , muncul pula satu lagi viral kek 2 bahan
    Lepas ni tak tau apa lagi... dari 3 jadi 2... esok-esok jadi 1 kot

    Kalau tengok di youtube pun banyak ada kek 2 bahan ni... ada guna fanta / sprite , susu , malah santan pun ada
    Tapi guna susu hasilnya lebih baik kerana teksturnya bukan saja lembut dengan permukaan kek yang berkilat malah kek mengembang dengan cantik


    Ikutkan perlu 2 bahan je untuk kek... oreo dengan susu tapi saya tambah satu lagi bahan iaitu baking powder

    Saya bertanya pada diri... jika ditambah lapisan cheese agak-agak apa rasanya ye...
    Tak mahu berteka-teki lama , tanpa berlengah terus mencari jawapan


    Yess... memang kena sangat dengan cheese lemak berkrim menjadikan kek lebih kaya rasa
    Kek pun lembut sekali... moist... tak kalah seperti kek coklat moist yang lain
    Warna hitam menjadikan kek tampak lagi menawan dikontraskan lagi warna putih cheese

    Walaupun krim biskut dimasukkan sekali , jangan risau... kek tak lah manis sangat sebab guna susu plain... nak lebih manis tukar susu plain kepada susu coklat
    Manakala untuk hasil kek yang lebih besar atau kek lebih tinggi gandakan resipi sebab kejadian kek ni kecil dan tak naik tinggi



    KEK BLACK MAGIC OREO CHEESE
    by IzaAkma SSK


    LAPISAN KEK :

    2 paket Oreo @ 28 pcs (137 gm / paket)


    200 ml Susu Dutch Lady Full Cream
    &
    1/2 tsp Baking Powder



    LAPISAN CHEESE :

    250 gm Cream Cheese
    2 biji Telur  (120 gm tanpa kulit)
    70 gm Gula Kastor
    1/4 tsp Esen Vanila



    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Blend kering biskut oreo bersama krim sehingga halus
    ❀  Masukkan dalam satu bekas dan tambahkan baking powder , kacau rata
    ❀  Tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati
    ❀  Biarkan adunan sebentar lebih kurang 10-15 minit  (adunan jangan terus dikukus , rehatkan sebentar supaya tepung biskut mengembang dalam susu... ini dapat dilihat adunan menjadi pekat sikit selepas dibiarkan seketika berbanding sejurus selepas siap diadun)
    ❀  Sediakan loyang 6"sq , alas  &  oles dasar dan keliling dengan majerin
    ❀  Bila kukusan sudah betul-betul mendidih , tuangkan adunan ke dalam loyang
    ❀  Tutup dengan foil  &  kukus selama 30 minit dengan api sederhana
    ❀  Sementara itu sediakan adunan cheese...
    ❀  Mixer cream cheese hingga gebu
    ❀  Masukkan gula dan mixer lagi hingga sebati
    ❀  Masuk pula telur dan esen vanila , mixer lagi hingga rata
    ❀  Asingkan 2 sdm  &  warnakan dengan sedikit red velvet emulco
    ❀  Adunan selebihnya tambahkan dengan 1 tsp pewarna putih , mixer sekejap hingga rata
    ❀  Bila lapisan oreo dah masak , tuangkan adunan cheese dan lorekkan dengan adunan berwarna tadi
    ❀  Tutup dengan foil dan kukus semula lebih kurang 25 minit dengan api sederhana
    ❀  Sejukkan sebelum dipotong





    0
    PUDING JAGUNG (2)

    Hilang kata-kata sungguh... putus idea tak tahu nak tulis dan cerita apa dah
    Kita terus ke gambar & resipi jela ya...



    PUDING JAGUNG
    by IzaAkma SSK
    source  :  Mufidah Abdul Hadi Alyunusi


    BAHAN-BAHAN :
    • 12 gm Agar-Agar Bertali
    • 4 cwn Air  (kurangkan jika suka puding lebih keras)
    • 1 tin Jagung Berkrim  (cream style)  |  blend separuh dan biar separuh begitu saja... terpulang kalau nak blend semua atau biar semua begitu saja
    • 1/2 cwn Susu Cair
    • 1/2 cwn Santan  [iza guna santan kotak]
    • 1 cwn Gula / sesuai selera  [iza buat 120 gm gula pasir]
    • 1 sdm Butter
    • 1 biji Telur
    • 4 sdb Tepung Kastad
    • Sedikit Esen vanila  [iza bubuh 1/4 tsp]
    • Secubit Garam

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Rendam agar-agar hingga lembut
    ❀  Bilas , satukan dengan air  &  masak sehingga agar-agar larut
    ❀  Masukkan gula , kacau sehingga gula larut
    ❀  Masukkan jagung , butter dan garam
    ❀  Kacau sekali sekala hingga butter cair dan mendidih
    ❀  Sementara itu satukan telur , vanilla , santan  &  susu cair
    ❀  Pukul perlahan-lahan dengan garfu hingga sebati
    ❀  Masukkan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tak berketul
    ❀  Bila adunan agar-agar telah mendidih , alihkan dari api
    ❀  Perlahan-lahan tuangkan adunan kastad tadi ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau setiap masa
    ❀  Masak semula dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih semula
    ❀  Kecilkan api dan masak lagi selama 3-4 minit
    ❀  Angkat
    ❀  Basahkan acuan dan tuang adunan ke dalam acuan
    ❀  Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah disimpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan





    0
    APAM DEWA

    Meriahnya hai apam viral 3 bahan di news feed
    Dah namanya viral pasti ramai yang terikut buat
    Ada yang buat jadi , tak kurang juga yang mengeluh apam bantat tak jadi...
    Itu baru bab gambar... belum lagi baca komen yang dok kata itu ini... macam-macam bunyi aihh... larat baca sekerat je tak larat sampai abih

    Seawal apam viral mula mundar mandir di news feed lagi , rasa rasa macam tau tapi ingat-ingat lupa... tak silap pernah popular satu waktu dulu dan ianya sudah lama pun berlegar di blog-blog sebenarnya
    Cuma bila di up semula di fb ramai yang sangka ianya suatu yang baru kemudian bagi pulak nama yang menyengat... tentu lah ramai yang kena sengat ,  ya dak... hehe
    Sememangnya kebanyakan resipi viral kat fb tu resipi lama-lama pun... depa selongkar balik


    Sambil tu gugel juga cari untuk pastikan adakah telahan saya tu benar
    Ya... sah resipi lama... namanya Apam Dewa
    Resipi kat fb tu dah diseparuhkan dari asal dan ada dua bahan digugurkan

    Dah terlanjur menyelidik dan berjumpa resipi asal , baiklah buat terus...
    Saya merujuk kepada resipi Cikgu Ani Bawok & Azlina Ina sebab tengok dua-dua sama
    Jadi saya gabungkan keduanya dan terhasil lah Apam Dewa @ Apam 5 Bahan seperti resipi di bawah

    Rupa dan rasa tak macam apam langsung... macam kek span , bahulu pun ya juga... gebu , ringan dan lembut sangat
    Nak apam gebu syaratnya kena pukul telur guna mixer... bukan jalan pintas pukul telur dengan blender ya... sebab tak semua apam atau kek sesuai guna blender

    Ada free saya akan RnD lagi tanpa guna ovalet pula
    Jika berhasil akan saya share nanti dalam entri akan datang...


    APAM DEWA
    by IzaAkma SSK


    BAHAN-BAHAN :
    • 3 biji Telur (A)
    • 90 gm Gula Kastor
    • 18 gm @ 1 tbsp Ovalet
    • 110 gm Tepung Gandum
    • 1 tbsp Orange Sunquick

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Mixer dahulu telur + ovalet hingga berbuih
    ❀  Masukkan gula , mixer lagi sehingga pekat , putih  &  gebu
    ❀  Masukkan sunquick , mixer sebati
    ❀  Masuk tepung sikit-sikit sambil dikaupbalik perlahan menggunakan spatula
    ❀  Bahagikan kepada dua bahagian
    ❀  1 bhg bubuh warna putih @ white oil base
    ❀  1 bhg lagi bahagikan kepada 3 bhg
            - pink
            - biru
            - lemon yellow
    ❀  Sediakan loyang 6"sq , oles dengan minyak / butter dan alas dasar dengan baking paper
    ❀  Tompok-tompokkan setiap bahagian warna dalam loyang dan lorekkan
    ❀  Tutup loyang dengan foil
    ❀  Kukus selama 25 minit dengan api besar dalam kukusan yang sudah betul-betul mendidih


    Note :
    - utk sukatan Tbsp sila guna sudu metrik
    - orange sunquick boleh ganti dengan 1 tsp esen vanila





    2
    KEK CASSAVA KUKUS

    Digamit keinginan mencuba selepas bertahun tertangguh
    Ingin sangat nak tau macam mana rupa hasilnya...
    Dan paling sangat nak tau ialah apakah rasa bila dua bahan dikombinasi jadi satu
    Mudah nya kek ini tidak menggunakan butter
    Uniknya kek ini pula kerana gabungan ubi kayu & coklat

    Dengan gigih pagi lagi dah ON projek
    Sambil tangan ligat dok sukat bahan... kepala pula ligat dok putar pikir jadi ke tidak
    Tapi jika masak dengan kasih sayang ikhlas dari hati In shaa Allah air tangan kita tu tak kan menghampakan


    Selepas 40 min bersauna dan selepas beberapa jam menunggu sejuk... tiba masa dinanti
    Lepas dibedah siasat , Alhamdulillah... sungguh-sungguh lembut & moist

    First time buat kek coklat campur ubi kayu , walaupun sebelum ni pernah juga buat tapi kek biasa
    Siapa yang makan kalau tak diberitau ada ubi , mati-mati akan ingat kek coklat... ha ha... jangan tertipu naa...
    Nak nampak lagi menarik boleh lah hias dengan buttercream bersama potongan buah


    KEK CASSAVA KUKUS
    by IzaAkma SSK
    source :  Chef Liza Zainol


    BAHAN A :
    • 4 biji Telur
    • 140 gm Gula Kastor
    BAHAN B :
    • 80 gm Serbuk Koko
    • 80 gm Serbuk Malt Coklat  (milo)
    • 180 gm Air Panas
    • 220 gm Susu Pekat
    BAHAN C :
    • 100 gm Isi Jagung  |  potong nipis
    • 100 gm Ubi Kayu  |  parut
    • 180 gm Minyak Jagung 
    BAHAN D :
    • 220 gm Tepung Naik Sendiri

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Putar telur dan gula kastor selama 4 minit dengan kelajuan sederhana , ketepikan
    ❀  Campurkan kesemua bahan B ke dalam mangkuk yang berasingan , masukkan isi jagung , ubi kayu yang diparut tadi , sebatikan
    ❀  Masukkan minyak jagung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan bahan A , kacau rata
    ❀  Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 35 – 40 minit dengan api yang kuat
    ❀  Sejukkan & hias ikut suka


    ::My Note:: 
    -  jagung ganti dengan prune ,  hiris halus
    -  tepung naik sendiri ganti dengan tepung gandum + 2 tsp baking powder
    -  guna coklat malt seperti gambar , coklatnya lebih pekat terasa
    -  telur 60gm each

    -  sebelum mula mengadun panaskan kukusan dahulu , adunan siap dah boleh terus kukus
    -  mixer telur + gula lebih kurang 10 minit dgn medium speed sehingga pekat berkrim , ketepikan
    -  dalam bekas lain campurkan bahan B , sebatikan dengan whisk
    -  masuk parutan ubi , diikuti prune , sebatikan
    -  masuk minyak sikit demi sikit , kacau rata
    -  masukkan tepung sikit demi sikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi , kaupbalik sebati
    -  tuang ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil  &  kukus dengan api kuat






    0
    PUDING KARAMEL

    Lama dok tenung si mangga kat dapur... kita tenung dia , dia tenung kita balik... haha
    Dah ranum sangat nampaknya... kalau tak diusahakan sesuatu membazir pula
    Jenuh memikir apa nak buat... last last bayangan puding yang menyinggah
    Walaupun cuaca redup dan sejuk tekak tetap mahu juga dessert yang sejuk-sejuk

    Gali dalam lappy jumpa resipi ni...
    Okay juga lagipun lama sangat rasanya tak layan puding karamel
    Saya olah sikit sebab tambah mangga
    Pun begitu resipi asal tetap saya tepek juga kat sini
    Bahan yang saya ubah / tambah dan olah ada disertakan dalam 'My Note'... bukan apa sebagai rujukan sendiri juga nanti supaya tak lupa

    Hasil yang tak mengecewakan... lembut , halus , lemak berkrim & manis secukup rasa
    Tapi rasa mangganya tak menyerlah kena banyak lagi baru terasa


    PUDING KARAMEL
    by IzaAkma SSK
    source :  Chef Norzailina


    BAHAN-BAHAN :
    • 6 biji Telur
    • 80 gm Gula Kastor
    • 25 gm Tepung Kastad
    • 15 gm Tepung Jagung
    • 410 gm Susu Cair
    • 410 ml Air
    • 1 sdt Esen Vanila
    • 80 gm Gula Pasir *
    • 100 ml Air *  |  *  jadikan karamel

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Pukul telur dengan gula kastor sehingga gula larut
    ❀  Masukkan tepung kastad dan tepung jagung , kacau sebati
    ❀  Tuangkan susu , air dan vanila , kacau rata
    ❀  Tuangkan karamel ke dalam acuan berukuran 22 cm
    ❀  Tapiskan adunan ke atas lapisan karamel
    ❀  Kukus selama 35-40 minit atau sehingga masak



    Tips :
    -  mahu puding warna kekuningan , tambah sedikit pewarna kuning atau gantikan tepung jagung kepada tepung kastad
    -  boleh juga guna fresh milk ganti susu cair
    -  sebelum tuang karamel ke dalam loyang gris dulu dengan marjerin supaya puding mudah dikeluarkan
    -  jangan biarkan karamel keras baru dituangkan puding sebab bila diterbalikkan karamel melekat pada loyang & terpisah dari puding
    -  tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus
    -  setelah masak sejukkan di luar 2-3 jam selepas itu masuk dalam peti sejuk


    ::My Note:: 
    -  telur gred A
    -  gula kastor ganti dengan 220 gm susu pekat manis
    -  200 gm isi mangga masak ranum
    -  air cuma 230 gm saja... kisarkan bersama isi mangga
    -  1 tin @ 390 gm susu cair
    -  secubit garam untuk menaikkan rasa lemak
    -  bahan lain sama






    0
    IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK PAHANG

    Selalunya kalau ke Kuantan pasti akan singgah makan di RnR Temerloh dan sudah semestinya lauk yang dicari ialah patin masak tempoyak
    Bila diamati rasa kuah masak tempoyak cara pahang agak ringan berbanding cara perak
    Kalau orang perak masak gini dipanggil masak asam tempoyak... masa tumbuk cili dengan kunyit ditumbuk sekali bawang merah pastu ketuk serai dan siat-siatkan daun kunyit masuk dalam kuah
    Tapi cara pahang hanya cili dengan kunyit saja digunakan... lebih kurang macam masakan nogori yang langsung tak guna bawang dalam masak lemak
    Lain negeri lain cara lain juga rasa...
    Apa pun caranya kalau dah namanya hantu tempoyak tak kisah la cara mana pun dua-dua teman suka...


    IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK PAHANG
    by IzaAkma SSK
    source :  Khairul Hakimin Fb


    BAHAN-BAHAN :
    • 1 ekor Ikan Patin
    • 1 senduk Tempoyak / lebih
    • 2 ikat Daun Kesum
    • 1 kuntum Bunga Kantan  (optional)
    • 1 genggam Cili Padi
    • 2 inci Kunyit Hidup
    • Asam Keping  (jika perlu)
    • Serbuk Kunyit  (jika perlu)
    • Garam secukup rasa

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Isi air dalam periuk anggaran 1 liter atau ikut suka... tak perlu banyak sangat , nanti cair tak sedap
    ❀  Bukakan api
    ❀  Tumbuk cili dengan kunyit hidup sampai lumat , masukkan dalam periuk  (tak perlu guna bawang)
    ❀  Masukkan tempoyak , kacau rata
    ❀  Biar sampai mendidih
    ❀  Jika warna pudar tambah serbuk kunyit dalam 1 sdb
    ❀  Masuk daun kesum dan kantan , kacau lagi
    ❀  Rasa dulu... kalau guna tempoyak masam , dah ok... tapi kalau guna tempoyak manis kena tambah asam keping  (masak tempoyak kena rasa masam-masam sikit baru sedap)
    ❀  Masukkan ikan... bila dah masuk ikan jangan dikacau beriya nanti hancur ikannya
    ❀  Dah mendidih masuk garam dan sesuaikan rasa


    ::My Note::
    -  1 ekor ikan patin , potong & bersihkan
    -  lumurkan dengan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir & bilas bersih sekali lagi
    -  guna 10 biji cili padi merah untuk 500 ml air... itu pun dah pedas
    -  tempoyak ikut suka banyak mana bergantung pada masam / manisnya tempoyak
    -  kantan tak payah bubuh
    -  tambah sedikit saja gula





    0
    NASI LEMON KUNYIT Dengan KARI IKAN MANGGA

    Nasi yang lembut , sedap dengan rasa masam-masam lemon seperti nasi di restoran arab
    Digandingkan bersama kari ikan tenggiri campur mangga muda
    Tak ketinggalan acar ringkas timun & karot





    NASI LEMON KUNYIT
    by IzaAkma SSK
    source : Chef Arm

    BAHAN-BAHAN :
    • 300 gm Beras Basmathi  |  bersihkan  &  toskan
    • 100 gm Mentega
    • 200 ml Susu Sejat
    • 370 ml Air
    • 1 labu Bawang Besar  |  hiris nipis
    • 2 ulas Bawang Putih  |  hiris nipis
    • 3 cm Halia  |  hiris nipis
    • 1 sdb Serbuk Kunyit Adabi
    • 1 biji Lemon  |  parut kulit  &  ambil jus
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit Serbuk Lada Hitam

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Panaskan mentega di dalam periuk
    ❀  Masukkan bahan hiris
    ❀  Kacau sehingga naik bau
    ❀  Selepas itu masukkan air , susu , beras , serbuk kunyit , jus lemon , parutan kulit lemon , garam dan serbuk lada hitam secukupya
    ❀  Kacau rata dan biarkan mendidih
    ❀  Tutup periuk dan tanak sehingga nasi masak
    ❀  Siap untuk disajikan


    KARI IKAN MANGGA
    by IzaAkma SSK
    source : Chef Arm

    BAHAN A :
    • 3 sdb Minyak Masak
    • 1 labu Bawang Besar  |  hiris halus
    • 5 ulas Bawang Merah  |  hiris halus
    • 4 ulas Bawang Putih  |  hiris halus
    • 6 cm Halia  |  ketuk
    • 2 tangkai Daun Kari
    • 2 batang Serai  |  titik
    BAHAN B :
    • 3 sdb Serbuk Kari Udang , Ketam & Ikan Kering Adabi
    • 2 cwn Air
    • 1 biji Mangga Muda  |  hiris kasar
    • 1 biji Terung Bulat  |  potong baji
    • 350 gm Ikan Bawal Emas
    • 1 biji Tomato  |  potong baji
    • Santan daripada 1 biji kelapa
    • 4 sdb Susu Sejat
    • Garam secukup rasa

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Tumis bahan A sehingga kekuningan
    ❀  Masukkan serbuk kari dan goreng hingga wangi
    ❀  Masukkan air dan terung , masak sehingga terung empuk
    ❀  Masukkan ikan , mangga , tomato dan garam
    ❀  Renih selama 7 minit
    ❀  Masukkan santan dan susu cair
    ❀  Masak lagi selama 3 minit
    ❀  Hidangkan panas bersama Nasi Lemon Kunyit

    :: Cara Iza ::

    #NASI
    • 450 gm Beras Basmathi  |  basuh , rendam 20 minit  &  toskan
    • 125 gm Butter Anchor
    • 2-3 sdm Minyak Masak
    • 300 gm Susu Sejat
    • 550 gm Air
    • 2 labu Bawang Besar Merah  | medium size , hiris
    • 3 ulas Bawang Putih | hiris
    • 2 inci Halia | hiris
    • 1 1/2 sdm Serbuk Kunyit
    • 1 biji Lemon | hiris kulit & ambil jus
    • 2 sdt Biji Lada Hitam | tumbuk
    • 1/4 sdt Lemon & Pepper Seasoning
    • Garam secukup rasa

    - panaskan butter + minyak
    - tumis bahan hiris hingga naik bau
    - satukan serbuk kunyit , lada hitam tumbuk dan lemon & pepper seasoning.. masukkan ke dalam tumisan
    - kacau dan biar sehingga naik bau
    - masuk beras , gaul sampai beras bersalut rata dengan tumisan
    - masuk air , susu sejat , jus lemon , kulit lemon dan garam
    - kacau rata dan kemudian masukkan ke dalam rice cooker
    - biarkan nasi masak seperti biasa
    - tabur bawang goreng sewaktu menghidang


    #KARI IKAN
    Semua bahan sama cuma
    - ganti ikan bawal emas dengan tenggiri
    - gula perang secukup rasa untuk rasa dan warna

    * selepas diuji rasa mungkin boleh tambah serbuk cili / cili kisar semasa menumis untuk kari lebih pedas





    0
    KUIH BAKAR PANDAN

    Setahu saya kuih bakar ataupun serimuka orang dulu-dulu ada bubuh rempah sebab pernah makan memang sedap dan wangi aje bau kuih
    Sekarang payah nak jumpa dah macamtu... ada tu ada tapi jarang
    Kalau teringin bebenor kena la buat sendiri
    Rasa rasa nak makan kuih bakar inilah resipi yang selalu saya ikut sebab gerenti jadi , sedap dan lembut kuih dia... kadang bakar dalam oven , kadang nak cepat atas dapur je
    Biasa pandan kali ni tambah rempah jintan pula... kisar sekali dengan daun pandan
    Aroma rempah dengan aroma pandan dan minyak sapi bangkit bersama semasa dibakar menjadikan kuih begitu harum
    Walaupun saya bukan peminat tegar kuih bakar tapi kalau betul-betul lembut & sedap... berpotong-potong juga habis


    KUIH BAKAR PANDAN
    by IzaAkma SSK
    source :  Rozzan


    BAHAN-BAHAN :
    • 260 gm Tepung Gandum
    • 240 gm Gula Pasir  [iza buat 200 gm]
    • 300 ml Santan Pekat Kotak
    • 550 ml Air  [iza guna jus pandan.. kisar daun pandan + air + jintan manis biji]
    • 3 biji Telur saiz besar  /  4 saiz kecil  | pukul sedikit
    • 1 sdb Pandan Paste  [tambah jika perlu saja kerana dah guna jus pandan]
    • 2 sdb Minyak Sapi
    • 1 sdt Garam  /  secukup rasa
    • Pewarna Hijau  (optional)
    • Secubit Serbuk Vanilli  (optional)  [iza skip sbb buh jintan]

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Satukan tepung , gula dan air dan kacau rata-rata
    ❀  Masukkan santan pekat , pandan paste , telur , vanilli , pewarna , garam dan kacau hingga sebati
    ❀  Masuk minyak sapi dan ratakan
    ❀  Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak / minyak sapi  [iza bakar atas dapur je]
    ❀  Keluarkan loyang dan tuang adunan ke dalamnya
    ❀  Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dengan suhu 180-200'C





    0
    PESAMAH DAGING

    Saya dapat resipi pesamah ini sekitar lapan sembilan tahun yang lalu , salin daripada satu rancangan tv yang dihoskan oleh Chef Liza Zainol... seingat saya waktu tu bulan Ramadan
    Dah pernah cuba dulu tapi saya tukar daging kepada udang , dimasak bersama rebung seperti asalnya menggunakan rebung

    Pagi tadi masa keluarkan daging daripada freezer teringat pesamah yang buat dulu... tiba-tiba pula terasa nak makan
    Buka balik buku sebab resipi masih duduk dalam buku lagi... tak post lagi kat sini
    Cuma kali ni terpaksa guna kentang... rebung tak ada sebab tak plan pun nak buat


    Untuk percubaan yang ini saya ada tambah dua tiga bahan tetapi bahan basic resipi asal masih saya kekalkan sebab tak nak nanti rasanya lari
    Jika dulu guna cili kisar... kali ini cili serbuk
    Saya juga perapkan dulu daging dengan bahan rempah supaya rempah-rempah dapat meresap masuk ke dalam daging , asalnya daging hanya direbus kosong saja

    Rasa pesamah lain sikit daripada kari biasa walaupun rupa seakan sama... kena ada rasa rempah yang sedap dengan daging yang lembut ,  rasa manis dan sedikit masam


    PESAMAH DAGING
    by IzaAkma SSK


    BAHAN A :
    • 500 gm Daging Batang Pinang
    • 2 biji Ubi Kentang
    • 1 cwn Santan
    • 1 cwn Air
    • 1 sdb Kerisik
    • Asam Keping
    • Garam & Gula secukup rasa
    • Minyak untuk menumis
    BAHAN B (Kisar Halus) :
    • 1 labu Bawang Besar Merah
    • 5 ulas Bawang Merah
    • 5 ulas Bawang Putih
    • 1 inci Halia
    • 5 biji Buah Keras
    • 1 sdb Kas-Kas Serbuk
    • 1 sdb Rempah Kari Daging
    • 1 sdb Rempah Kurma
    • 1 sdb Biji Jintan Manis
    • 1 sdb Serbuk Cili
    • 1 sdb Gula Merah
    • 1 sdb Minyak
    • Air untuk mengisar
    BAHAN C (Tumis) :
    • 1/2 labu Bawang Besar Merah  |  hiris
    • 2 ulas Bawang Putih  |  hiris
    • 1 inci Halia  |  hiris
    • 1 batang Kulit Kayu Manis
    • 4 biji Cengkih
    • 3 kuntum Bunga Lawang
    • 5 biji Buah Pelaga

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Potong daging , bersihkan & tos
    ❀  Campurkan daging dengan bahan B , gaul rata
    ❀  Perap selama 1-2 jam
    ❀  Panaskan minyak secukupnya dalam kuali
    ❀  Tumis bahan C sehingga kekuningan dan wangi
    ❀  Masuk daging yang diperap , kacau hingga rata
    ❀  Tutup supaya daging cepat empuk
    ❀  Apabila daging sudah 3/4 empuk masukkan kentang , tutup lagi
    ❀  Apabila daging sudah empuk dan air daging sudah agak mengering , masuk santan diikuti air , kerisik , garam  &  asam keping
    ❀  Masak hingga mendidih dengan api sederhana
    ❀  Rasakan garam dan gula , jika kurang tambah sesuai selera
    ❀  Setelah mendidih kecilkan api
    ❀  Renihkan sehingga kuah pekat dan terbit minyak





    0
    MUSHROOM SOUP , GARLIC BREAD & SPAGHETTI BOLOGNESE

    Mencuba sup cendawan / mushroom soup di dapur sendiri
    Takkan sup semata kan mesti nak ada regu... so buat juga roti bawang putih / garlic bread menggunakan roti perancis wholemeal yang dibakar krispi
    Krup krap krup krap bila makan... cicah pula dengan sup cendawan pekat


    Spaghetti bolognese sebagai pelengkap hidangan
    Puas makan bila buat sendiri...



    MUSHROOM SOUP
    by IzaAkma SSK
    source : Minami @ MyResipi


    BAHAN-BAHAN :
    • 1 keping Dada Ayam
    • 1500 ml Air
    • 500 ml Susu Segar
    • 1 ketul Kiub Ayam
    • 1 tin kecil Cendawan Butang  |  hiris
    • 1 cwn Tepung Gandum
    • Sedikit Lada Hitam
    • Garam secukup rasa

    CARA PENYEDIAAN :
    ❀  Potong ayam kecil-kecil
    ❀  Masukkan ayam dan air ke dalam periuk
    ❀  Rebus sehingga masak
    ❀  Masukkan susu dan kiub ayam
    ❀  Masak guna api yang perlahan
    ❀  Masukkan cendawan
    ❀  Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat
    ❀  Tambah perisa dan garam , kacau rata
    ❀  Sedia untuk dihidangkan bersama roti


    GARLIC BREAD
    by IzaAkma SSK


    BAHAN-BAHAN :
    • Roti Peranchis  |  hiris serong
    • Butter
    • Bawang Putih  |  cincang
    • Parsley  |  cincang
    • Parmesan Cheese
    • Sedikit Cream
    • Garam

    - campurkan semua bahan kecuali parsley , pukul hingga sebati
    - masukkan parsley , kacau rata
    - sapu pada roti
    - atur dalam tray  &  bakar hingga crispy


    SOS BOLOGNESE
    by IzaAkma SSK


    tak cukup dengan daging kisar tambah lagi hirisan sosej dalam sos


    BAHAN-BAHAN :
    • Bawang Putih  |  cincang
    • Bawang Holland  |  cincang
    • Karot  |  sebahagian dipotong kiub  &  sebahagian dikisar
    • Tomato  |  kisar
    • Celery  |  potong kiub
    • Daging Cincang
    • Sosej
    • Sos Prego
    • Sos Tomato
    • Mix Italian Herbs
    • Bay Leaf
    • Blackpepper
    • Garam
    • Spaghetti
    HIASAN :
    • Parmesan Cheese
    • Parsley

    - masak seperti sos bolognese biasa

    kepingan roti bawang putih bersama sup cendawan
    berserta spaghetti yang dilimpahi sos daging dengan taburan cheese & parsley