0
ACAR IKAN MASIN

Salah satu acar yang ramai dok cari waktu bulan puasa sebagai pembuka selera
Tak terhad bulan puasa saja... bulan tak puasa pun boleh juga layan terutama bila kurang selera makan

Saya buat separuh daripada resipi di bawah , tambah sikit kismis dengan aprikot kering
Selain ada rasa rempah dan masin-masin ada juga rasa masam-masam manis
Cuma kurang warna... cili padi tak ada... kalau ada , nampak serinya sikit
Tapi tak apa tak ada cili pun rasa tetap ummpph...



ACAR IKAN MASIN
by IzaAkma SSK
source  :  Delihayat Kitchen


BAHAN A :
  • 300 gm Isi Ikan Masin Kurau / Talang / Yu
  • 20 biji Bawang Merah Kecil  (5 darinya dihiris)
  • 20 ulas Bawang Putih  (5 darinya dihiris)
  • 2 inci Halia  (dipotong jejari)
  • 20 biji Cili Padi Kampung  (kalau nak pedas , tambah lagi)
  • 3 sdb Cuka Makan
  • 1/2 keping Gula Melaka
  • 3 sdb Gula Pasir / secukup rasa
  • Garam secukup rasa  (tak perlu banyak... ikan dah masin)
  • 2 senduk Minyak untuk menumis
  • 1/4 cwn Air
BAHAN B (Kisar) :
  • 20 tangkai Cili Kering  (basuh  &  sangai dengan sedikit minyak)
  • 5 biji Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
BAHAN C ~ Rempah (Disangai Terlebih Dahulu) :
  • 2 sdt Ketumbar Biji
  • 2 sdt Jintan Manis
  • 2 sdt Jintan Putih
  • 1 sdt Halba

CARA PENYEDIAAN :
❀  Isi ikan masin dihiris kecil , cuci dan rendam sekurang-kurangnya 1 jam
❀  Tukar air rendaman  (3 kali tukar)
❀  Toskan dan biar kering sekejap
❀  Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana
❀  Angkat dan toskan
❀  Goreng cili padi hingga sedikit garing , asingkan
❀  Goreng sebentar  (sekejap jer)  bawang putih dan bawang merah dalam bahan A , ketepikan
❀  Kisar bahan B hingga halus
❀  Masukkan bahan C yang telah disangai dan kisar lagi
❀  Panaskan minyak , tumis hirisan bawang merah , bawang putih dan halia... biar hingga naik bau
❀  Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
❀  Masukkan air , renehkan dengan api api kecil sahaja
❀  Masukkan gula melaka , gula pasir dan cuka makan
❀  Kacau rata dan perasakan dengan garam
❀  Kacau dan masukkan semua bahan yang telah digoreng... ikan masin , bawang merah , bawang putih , cili padi dan gaul rata
❀  Tuang air , kacau dan kecilkan api
❀  Terus masak hingga pekat dan tambah perasa ,  gula jika perlu





0 sweet comments: