2
KEK CASSAVA KUKUS

Digamit keinginan mencuba selepas bertahun tertangguh
Ingin sangat nak tau macam mana rupa hasilnya...
Dan paling sangat nak tau ialah apakah rasa bila dua bahan dikombinasi jadi satu
Mudah nya kek ini tidak menggunakan butter
Uniknya kek ini pula kerana gabungan ubi kayu & coklat

Dengan gigih pagi lagi dah ON projek
Sambil tangan ligat dok sukat bahan... kepala pula ligat dok putar pikir jadi ke tidak
Tapi jika masak dengan kasih sayang ikhlas dari hati In shaa Allah air tangan kita tu tak kan menghampakan


Selepas 40 min bersauna dan selepas beberapa jam menunggu sejuk... tiba masa dinanti
Lepas dibedah siasat , Alhamdulillah... sungguh-sungguh lembut & moist

First time buat kek coklat campur ubi kayu , walaupun sebelum ni pernah juga buat tapi kek biasa
Siapa yang makan kalau tak diberitau ada ubi , mati-mati akan ingat kek coklat... ha ha... jangan tertipu naa...
Nak nampak lagi menarik boleh lah hias dengan buttercream bersama potongan buah


KEK CASSAVA KUKUS
by IzaAkma SSK
source :  Chef Liza Zainol


BAHAN A :
  • 4 biji Telur
  • 140 gm Gula Kastor
BAHAN B :
  • 80 gm Serbuk Koko
  • 80 gm Serbuk Malt Coklat  (milo)
  • 180 gm Air Panas
  • 220 gm Susu Pekat
BAHAN C :
  • 100 gm Isi Jagung  |  potong nipis
  • 100 gm Ubi Kayu  |  parut
  • 180 gm Minyak Jagung 
BAHAN D :
  • 220 gm Tepung Naik Sendiri

CARA PENYEDIAAN :
❀  Putar telur dan gula kastor selama 4 minit dengan kelajuan sederhana , ketepikan
❀  Campurkan kesemua bahan B ke dalam mangkuk yang berasingan , masukkan isi jagung , ubi kayu yang diparut tadi , sebatikan
❀  Masukkan minyak jagung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan bahan A , kacau rata
❀  Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 35 – 40 minit dengan api yang kuat
❀  Sejukkan & hias ikut suka


::My Note:: 
-  jagung ganti dengan prune ,  hiris halus
-  tepung naik sendiri ganti dengan tepung gandum + 2 tsp baking powder
-  guna coklat malt seperti gambar , coklatnya lebih pekat terasa
-  telur 60gm each

-  sebelum mula mengadun panaskan kukusan dahulu , adunan siap dah boleh terus kukus
-  mixer telur + gula lebih kurang 10 minit dgn medium speed sehingga pekat berkrim , ketepikan
-  dalam bekas lain campurkan bahan B , sebatikan dengan whisk
-  masuk parutan ubi , diikuti prune , sebatikan
-  masuk minyak sikit demi sikit , kacau rata
-  masukkan tepung sikit demi sikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi , kaupbalik sebati
-  tuang ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil  &  kukus dengan api kuat






2 sweet comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Amie said...

Terima kasih kongsi tips, saya pun dah lama tak mengekek he he heee.