0
MASAK LEMAK CILI PADI UMBUT KELAPA DAGING SALAI



MASAK LEMAK CILI PADI UMBUT KELAPA DAGING SALAI
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 250 gm Daging Siap Salai  |  hiris nipis
  • 6 biji Cili Padi Merah  (ikut pedas)
  • 1 hiris Halia
  • 1 1/2 inci Kunyit Hidup
  • 2 batang Serai
  • 1 1/4 cwn Santan Pekat Segar  (asingkan 1/4 cwn... tambahkan 1 cwn air untuk dijadikan santan cair... tambahan air mengikut kepekatan yang disukai)
  • 2 keping Asam Gelugor
  • Umbut Kelapa  |  hiris , rendam sekejap dalam air yang dicampur sedikit garam  &  tos
  • Garam  &  Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumbuk cili padi , halia , kunyit hidup dan garam sehingga lumat
❀  Masuk serai dan tumbuk untuk pecahkan hujung hujungnya
❀  Masukkan bahan tumbuk , umbut , daging , santan cair , asam gelugor dengan sedikit gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan dikacau selalu
❀  Masukkan pula santan pekat 1 cwn tadi dan biarkan mendidih lagi
❀  Sesuaikan rasa dulu
❀  Kemudian masukkan 5 sdm susu cair , kacau kacau dan terus padamkan api


Note  :  susu cair (optional) bertujuan untuk menambah lagi rasa lemak berkrim