0
MEE REBUS SINGAPURA TOK KAT

Hari-hari layan nasi jemu juga kan... sesekali dinner time layan mee pulak

Lebih empat tahun simpan resipi... screenshot daripada blog K.zai
Menurut K.zai , pemilik asal resipi ialah penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim di ambil daripada sebuah keratan majalah lama

Setelah sekian lama terperap baru semalam dapat realiasikan... punyalah ambil masa bertahun nak buat... teringat balik resipi ni pun lepas pergi makan-makan di restoran Tok Kat yang semua menunya sedap-sedap belaka


Kira mewah juga mee rebus ni sebab heronya udang segar
Tapi berbaloi kerana rasanya juga mewah...


Kuah mee rebus ni sangat sedap pada selera saya..

Rasa manisnya kerana menggunakan udang segar sebagai salah satu bahan utama.. yang mana isi udang dikisar dan dimasak sekali dalam kuah..
Selain udang , daging cincang turut diguna sama.. saya guna daging batang pinang yang dihiris nipis.. bila tergigit terasa manis daging
Juga ubi keledek warna merah atau oren memberikan tambahan rasa lemak-lemak manis dengan warna yang lebih menarik serta berfungsi sebagai agen pemekat kuah

Tak cukup udang dalam kuah , diletak lagi udang seekor-seekor bersama aksesori lain sebagai pelengkap hidangan. Perfecto..!


MEE REBUS SINGAPURA TOK KAT
by House of SSK
source : K.zai @ Teratak Impian
(hidangan untuk 10 orang)

BAHAN KUAH :
  • 2 cwn besar Cili Kering Kisar
  • 5 batang Serai  |  kisar halus
  • 5 sdb Rempah Kari Daging
  • 1/2 kg Ubi Keledek Merah  |  kupas , rebus , kisar  &  simpan air rebusan 
  • 5 sdb Taucu  |  kisar
  • 3 inci Lengkuas  |  ketuk
  • 3 inci Kunyit Hidup  |  tumbuk
  • 1/2 kg Udang Segar  |  kisar halus
  • 1/2 kg Daging Cincang / Daging Batang Pinang dihiris
  • 10 ulas Bawang Merah Kecil  |  kisar
  • 6 ulas Bawang Putih  |  kisar
BAHAN HIASAN:
  • 2 kg Mee Kuning  |  celur
  • 1/2 kg Tauge  |  celur
  • 5 biji Telur Rebus
  • Daun Bawang / Sup
  • Limau Kasturi
  • Cili Merah /  Hijau  |  hiris
  • Bawang Goreng
  • Tauhu Goreng
  • 1/2 kg Udang Rebus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan satu cawan minyak masak , tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing
❀  Masukkan cili kisar , kunyit , serai , serbuk kari dan tumis hingga garing
❀  Masukkan daging cincang / hirisan daging bersama 4 cawan air +  air rebusan ubi keledek , biarkan daging empuk
❀  Kemudian masukkan pula udang dan taucu , biarkan kuah mendidih
❀  Masukkan gula dan garam secukup rasa
❀  Untuk memekatkan kuah , tuangkan ubi keledek merah yang dimesin halus dan biarkan mendidih sekali lagi






1
PULUT SRIKAYA

Udah lama tak menalam.. hari ke hari , minggu ke minggu tekak mengidam bebenor kuih talam serimuka
Resipi dah bertapa lama dalam hp tak terbuat-buat.. baru ni sampai seru nak buat
Yang sebenor-benornya teringin sangat nak merasa kuih ni sebab srikaya nyer tu lain sikit..

Nak buat satu resipi takut tak habis jadi saya separuhkan , just nak cuba je..
Tapi bila potong dan rasa , alahaii macam tak cukup pula buat separuh.. next time kena buat full


Untuk 1/2 rcp :
- menggunakan loyang 6"sq
- sebab tak suka manis , gula pasir.. 65gm saja
- telur.. 2 biji telur A
- pulut.. pulut susu
- gula merah.. suka gula merah cap bintang , lebih bersih tak payah risau ada batu ke apa jadi bila kisar mudah hancur.. bila masak buat sirap gula tak payah tapis pun tak apa

Cara saya..
- tepung gandum + tepung kastad + telur + garam.. whisk sekadar rata , ketepikan
- satukan gula pasir , gula merah , jus pandan & santan dalam pengisar dan kisar sampai gula hancur
- tuangkan bahan kisar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung + telur tadi sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan adunan nampak licin tak bergentel
- alaskan loyang dengan plastik tahan panas
- lain-lain follow resipi

Tips Mengguna Santan Kotak :
- pekat.. 1 santan : 1 air
- sederhana.. 1 santan : 2 air
- cair.. 1 santan : 4 air
- untuk mendapatkan santan yang sedikit berminyak seperti santan asli.. setiap 500 ml santan + 2 sdm minyak


PULUT SRIKAYA
by House of SSK
source : Irfan Syazwanshah

BAHAN LAPISAN BAWAH :
  • 370 gm Beras Pulut  |  rendam 30 minit
  • 270 gm Santan
  • 1 helai Daun Pandan
  • Secubit Garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 300 gm Santan Pekat
  • 100 gm Jus Pandan  |  kisar 3 helai daun pandan + 100 gm air , tapis  &  timbang.. jika timbangan kurang 100gm cukupkan dengan air
  • 150 gm Gula Pasir  (tak mahu manis kurangkan)
  • 100 gm Gula Merah
  • Sedikit Garam
  • 2 sdm Tepung Gandum
  • 1 sdm Tepung Kastard
  • 5 biji Telur Gred A / B

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan kesemua bahan lapisan bawah dan kukus dalam loyang 8x8 selama 25 minit sehingga masak
❀  Sementara itu satukan kesemua bahan lapisan bawah kecuali telur , kisar kemudian tapis
❀  Kacau telur dan satukan dengan bahan tadi kemudian tapis lagi
❀  Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap / pekat sedikit
❀  Curahkan ke atas pulut yang sudah masak tadi
❀  Kukus selama 25 minit sehingga masak
❀  Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong
❀  Pulut srikaya siap untuk dihidang


hmm sedapp..!! lapisan pulut yang lembut
dan lapisan srikaya yang begitu menyerlah dengan aroma & kewangian pandan
di sebalik lemak manis gula merah 





1
SAMBAL GORENG KACANG PANJANG


Macam biasa bila dah kering idea , mulalah selongkar balik majalah lama
Jumpa resipi chef zaidah ni sekali dengan resipi nasi tomato
Nasi tomato dia sedap tau... dah try dulu... nantilah lain kali buat lagi akan saya share kat sini ya

Sementara itu kita layan dulu Sambal Goreng yang tak kurang enak juga... buat makan harian boleh untuk hidangan raya boleh... dalamnya macam-macam ada... pendek kata all in one
Walaupun saya bukan orang jawa tapi suka sangat sambal goreng
Dihidang lauk macam ni saja pun dah cukup bagi saya... tak perlu jeling lauk lain dah... silap-silap nasi pun tolak tepi... hihi


SAMBAL GORENG KACANG PANJANG
by House of SSK
source : Chef Zaidah Mohd Noor

BAHAN A :
  • 150 gm Daging  |  rebus  &  potong kecil
  • 150 gm Udang Hidup
  • 2 biji Bawang Besar  |  hiris
  • 5 ulas Bawang Putih  |  hiris
  • 5 biji Cili Merah  |  hiris
  • 5 biji Cili Hijau  |  hiris
  • 10 tangkai Kacang Panjang  |  potong serong
  • 5 keping Tempe  |  dadu kecil
  • 5 keping Tauhu  |  dadu kecil
  • 2 sdb Cili Kisar
  • 5 cm Belacan
  • 1 cwn Air Asam Jawa
  • 250 ml Santan
  • 2 batang Serai  |  hiris halus 
  • 2 cm Lengkuas  |  hiris halus
  • Garam  &  Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng  

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga kuning , ketepikan
❀  Kemudian goreng tempe dan tauhu berasingan
❀  Goreng juga cili hiris dan kacang panjang
❀  Akhir sekali goreng daging dan juga udang
❀  Ambil 1 senduk minyak gorengan dan tumis bawang putih , serai dan lengkuas hingga wangi
❀  Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit baunya
❀  Masukkan air asam jawa yang diramas dengan belacan dan santan. Biarkan mendidih , tambahkan garam dan gula
❀  Akhir sekali masukkan semua bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga agak kering. Bolehlah diangkat dan dihidangkan 





0
ASAM PEDAS MUAR

Asam Pedas Muar ni daripada Azlina Ina... tapi ada part saya buat cara sendiri yang selalu
Ikut cara empunya resipi... lada putih , halia , kunyit ditumbuk halus manakala bawang , bawang putih , cili kering dan belacan dikisar bersama

Cara saya , saya kisarkan semua sekali bahan-bahan tu kecuali cili kering dikisar asing sebab lebih suka tumis dulu bawang... bawang dah wangi baru masuk cili kisar dan tumis lagi sampai garing guna api perlahan... style saya selepas half way cili ditumis dan nampak nak pecah minyak saya bubuh sikit dulu garam dan gula... supaya gula caramalised dan membantu tumisan cepat pecah minyak

Lain orang lain cara kan... bak kata orang memasak ni ikut gerak hati dengan gerak tangan... setiap orang ada style sendiri dan keselesaan masing-masing bila memasak


Asam Pedas Muar yang power , melekat , meletops...!

Resipi di bawah ni saya dah tulis balik gabungan cara saya dan azlina... walau begitu bahan-bahan yang digunakan tetap sama tak ubah apa-apa
Cuma nak pesan , siapa yang tak tahan pedas sila kurangkan lada putih... atau tak payah bubuh langsung pun ok juga tapi kalau nak kan kelainan buh la sikit


ASAM PEDAS MUAR
by House of SSK
BAHAN A :
  • Ikan Tenggiri / Kembung / Kerapu / Jenahak / lain-lain
  • 2 sdb Asam Jawa *
  • 2 1/2 cwn Air * | * dibancuh bersama 
  • 2 batang Serai  |  dititik
  • Daun Kesum
  • Bende
  • Tomato
  • Garam  &  Gula secukup rasa
BAHAN B  (kisar halus dengan sedikit air + minyak) :
  • 2 labu Bawang Besar  |  belah 4 
  • 4 ulas Bawang Putih 
  • 1 inci Halia 
  • 1 inci Kunyit Hidup  
  • 1 sdm Biji Lada Putih 
  • Sedikit Belacan 
BAHAN C  (kisar halus) :
  • 15 tangkai Cili Kering  |  rebus  &  tos

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak , masukkan serai dan bahan kisar B
❀  Bila tumisan dah naik bau masuk bahan kisar C... bila tumisan cili mula nak garing dan nampak nak pecah minyak bubuh sedikit dulu garam dan gula... dan teruslah menumis sampai pecah minyak dan garing
❀  Masuk 1/2 bahagian daun kesum
❀  Masukkan bende , jika guna ikan jenis lembut... jika guna ikan agak pejal , masuk ikan dulu dan bende kemudian
❀  Dah masuk ikan biar sekejap
❀  Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam tumisan dan biar mendidih dengan api perlahan
❀  Masuk baki daun kesum , bende , garam dan gula... biarkan mendidih dan empuk
❀  Last masuk tomato , biar sekejap dan padamkan api



Disertakan juga satu lagi resipi daripada Chef Obie
Hampir sama je dua-dua tapi nak juga simpan sini sebagai rujukan esok-esok

ASAM PEDAS MUAR
by House of SSK
source : Chef Obie

BAHAN-BAHAN :
  • 8 ketul Ikan Pari / Kembung / Selar / Sembilang
  • 1 mangkuk Cili Kering  |  rebus , tos  &  kisar
  • 8 ulas Bawang Merah 
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 1 inci Halia
  • 1 sdk Biji Lada Hitam  |  ditumbuk
  • 1 cwn perahan asam jawa  (asam jawa 3 sdb)
  • 2 kuntum Bunga Kantan
  • 1 ikat Daun Kesum
  • 2 batang Serai  |  dititik 
  • Sedikit Belacan
  • 2 biji Tomato  
  • 8 batang Bende Muda 
  • 500 ml Air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sdk Gula

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak , tumis belacan , cili kisar bersama kunyit hidup , lada hitam , bawang merah dan halia kisar
❀  Selepas naik bau wangi , masukkan perahan asam jawa , air , bunga kantan dan daun kesum
❀  Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih
❀  Masukkan bende , buah tomato , garam dan gula
❀  Biar mendidih dalam 5 minit lagi
❀  Siap untuk dihidangkan


# resipi tak dinyatakan masa bila masuk ikan... tapi saya kira semua dah arif masak asam pedas tentu tak ada masalah kan 




0
NASI PILAF ORANGE CARROT , AYAM PERCIK ROASTER & SAMBAL NANAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua..,

Atas sebab yang tak dapat dielak SSK baru-baru ini terpaksa membuat penutupan blog sementara dan dibuka hanya kepada some readers sahaja.
SSK mohon berbanyak maaf di atas kesulitan tersebut.

Alhamdulillah... tahun baru , lembaran baru... posting pertama 2k18



Nasi pilaf yang memang sedap... rasanya yang ringan dan tak muak... lebih-lebih lagi adanya aroma orange bersama parutan karot pastinya akan buat anda lupa diet seketika

NASI PILAF ORANGE CARROT
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 2 cwn Beras Basmathi  |  bersihkan - tos - masukkan dalam rice cooker - ketepikan
  • 2 sdb Mentega + 2 sdb Minyak Masak
  • 1 cwn Parutan Karot
  • 1 batang Celery  |  hiris
  • 1/2 cwn Fresh Orange Jus
  • 1 sdb Parutan Kulit Oren  (drp sebiji oren)
  • 2 cwn Air Rebusan Ayam / Sayuran  (boleh ganti dgn kiub pati ayam + air)
  • 2 sdt Serbuk Bawang  (atau gantikan dgn 1/2 biji bawang holland , cincang)
  • 1 sdt Serbuk Bawang Putih  (atau gantikan dgn 2 ulas bawang putih , cincang)
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan mentega + minyak
❀  Masukkan karot , celery , kedua jenis serbuk bawang  &  parutan kulit oren
❀  Tumis sekejap hingga karot layu sikit
❀  Masukkan garam (agak-agak ya sebab air rebusan ayam tu pun dah ada garam) , gaul rata
❀  Kemudian curahkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi
❀  Masukkan air rebusan ayam  &  jus oren dan masak macam biasa
❀  Bila dah masak gemburkan nasi perlahan-lahan
❀  Siap



Bagi mengiringi Nasi Pilaf , Ayam Percik Roaster jadi pilihan...

Walaupun penyediaannya mengambil masa dan perlu ikuti langkah demi langkah seperti memerap ayam terlebih dahulu paling kurang 2 jam supaya bahan rempahnya meresap hingga ke isi dan tulang ayam... memasak bahan kuah dan seterusnya membakar ayam... hasilnya sangat berbaloi dan puashati

AYAM PERCIK ROASTER
by House of SSK
source : Tahrunnisah

BAHAN A :
  • 1 ekor Ayam  |  potong 4
  • Garam
  • Serbuk Perasa (optional)
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 1 1/2 - 2 cwn Santan Pekat
  • Air jika perlu
  • 4 sudu Minyak
BAHAN B (kisar halus dengan sedikit air) :
  • 2 biji Bawang Besar 
  • 3 ulas Bawang Putih 
  • 1 inci Halia 
  • 1 inci Lengkuas 
  • 1 inci Kunyit Hidup 
  • 2 sdb Cili Kisar  (10-15 tangkai cili kering) 
  • 3 batang Serai  

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tuangkan bahan kisar pada ayam dan gaulkan rata
❀  Tutup bekas dengan plastik dan perap paling kurang 2 jam
❀  Lepas 1 jam perap, letakkan sedikit garam , gula , serbuk perasa dan gaul rata
❀  Tutup dan perap semula
❀  Selepas 2 jam , keluarkan ayam dari bekas
❀  Baki rempah pada ayam tu kita kena tumis
❀  Panaskan kuali dengan sedkit minyak dan tumis baki rempah pada ayam tadi
❀  Tumis hingga pecah minyak dan garing
❀  Bila dah betul-betul garing , masukkan santan , gaul rata
❀  Kemudian masukkan ayam yang di perap tadi
❀  Tutup kuali dan biarkan ia merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit
❀  Kemudian perasakan dengan garam , gula , dan masukkan asam jawa
❀  Jika kuah sangat kering , tambahkan sedikit air dan masak semula
❀  Bila ayam dah empuk , keluarkan ayam letakkan atas dulang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil. Boleh juga jika nak bakar atas dapur / magic pan / dapur arang
❀  Bakar ayam dalam ketuhar hingga permukaannya berkilat. Semasa bakar tu , jangan lupa percikkan kuah santan lebihan tadi pada ayam. Lakukan berulang kali hingga ayam masak dengan sempurna



Sambal Nanas sebagai sampingan...

SAMBAL NANAS
by House of SSK
source : Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN :
  • 5 tangkai Cili Merah  |  buang biji  & potong kasar  (sy tambah 4 biji cili padi)
  • 1/4 biji Nenas Madu  |  ambil empulur lembut sekali , potong kecil-kecil
  • 2 inci Belacan Yang Dibakar
  • 2 - 3 sdb Gula
  • Garam Kasar secukup rasa
  • Sedikit Air untuk kisar

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap
❀  Kemudian masukkan nenas yang dipotong-potong tadi dan kisar lagi... jangan terlalu halus
❀  Seimbangkan rasa , boleh sajikan dengan nasi mandhi / nasi minyak / nasi tomato pun sedap