0
MEE REBUS SINGAPURA TOK KAT

Hari-hari layan nasi jemu juga kan... sesekali dinner time layan mee pulak

Lebih empat tahun simpan resipi... screenshot daripada blog K.zai
Menurut K.zai , pemilik asal resipi ialah penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim di ambil daripada sebuah keratan majalah lama

Setelah sekian lama terperap baru semalam dapat realiasikan... punyalah ambil masa bertahun nak buat... teringat balik resipi ni pun lepas pergi makan-makan di restoran Tok Kat yang semua menunya sedap-sedap belaka


Kira mewah juga mee rebus ni sebab heronya udang segar
Tapi berbaloi kerana rasanya juga mewah...


Kuah mee rebus ni sangat sedap pada selera saya..

Rasa manisnya kerana menggunakan udang segar sebagai salah satu bahan utama.. yang mana isi udang dikisar dan dimasak sekali dalam kuah..
Selain udang , daging cincang turut diguna sama.. saya guna daging batang pinang yang dihiris nipis.. bila tergigit terasa manis daging
Juga ubi keledek warna merah atau oren memberikan tambahan rasa lemak-lemak manis dengan warna yang lebih menarik serta berfungsi sebagai agen pemekat kuah

Tak cukup udang dalam kuah , diletak lagi udang seekor-seekor bersama aksesori lain sebagai pelengkap hidangan. Perfecto..!


MEE REBUS SINGAPURA TOK KAT
by House of SSK
source : K.zai @ Teratak Impian
(hidangan untuk 10 orang)

BAHAN KUAH :
  • 2 cwn besar Cili Kering Kisar
  • 5 batang Serai  |  kisar halus
  • 5 sdb Rempah Kari Daging
  • 1/2 kg Ubi Keledek Merah  |  kupas , rebus , kisar  &  simpan air rebusan 
  • 5 sdb Taucu  |  kisar
  • 3 inci Lengkuas  |  ketuk
  • 3 inci Kunyit Hidup  |  tumbuk
  • 1/2 kg Udang Segar  |  kisar halus
  • 1/2 kg Daging Cincang / Daging Batang Pinang dihiris
  • 10 ulas Bawang Merah Kecil  |  kisar
  • 6 ulas Bawang Putih  |  kisar
BAHAN HIASAN:
  • 2 kg Mee Kuning  |  celur
  • 1/2 kg Tauge  |  celur
  • 5 biji Telur Rebus
  • Daun Bawang / Sup
  • Limau Kasturi
  • Cili Merah /  Hijau  |  hiris
  • Bawang Goreng
  • Tauhu Goreng
  • 1/2 kg Udang Rebus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan satu cawan minyak masak , tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing
❀  Masukkan cili kisar , kunyit , serai , serbuk kari dan tumis hingga garing
❀  Masukkan daging cincang / hirisan daging bersama 4 cawan air +  air rebusan ubi keledek , biarkan daging empuk
❀  Kemudian masukkan pula udang dan taucu , biarkan kuah mendidih
❀  Masukkan gula dan garam secukup rasa
❀  Untuk memekatkan kuah , tuangkan ubi keledek merah yang dimesin halus dan biarkan mendidih sekali lagi






0 sweet comments: