0
NASI PILAF ORANGE CARROT , AYAM PERCIK ROASTER & SAMBAL NANAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua..,

Atas sebab yang tak dapat dielak SSK baru-baru ini terpaksa membuat penutupan blog sementara dan dibuka hanya kepada some readers sahaja.
SSK mohon berbanyak maaf di atas kesulitan tersebut.

Alhamdulillah... tahun baru , lembaran baru... posting pertama 2k18



Nasi pilaf yang memang sedap... rasanya yang ringan dan tak muak... lebih-lebih lagi adanya aroma orange bersama parutan karot pastinya akan buat anda lupa diet seketika

NASI PILAF ORANGE CARROT
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 2 cwn Beras Basmathi  |  bersihkan - tos - masukkan dalam rice cooker - ketepikan
  • 2 sdb Mentega + 2 sdb Minyak Masak
  • 1 cwn Parutan Karot
  • 1 batang Celery  |  hiris
  • 1/2 cwn Fresh Orange Jus
  • 1 sdb Parutan Kulit Oren  (drp sebiji oren)
  • 2 cwn Air Rebusan Ayam / Sayuran  (boleh ganti dgn kiub pati ayam + air)
  • 2 sdt Serbuk Bawang  (atau gantikan dgn 1/2 biji bawang holland , cincang)
  • 1 sdt Serbuk Bawang Putih  (atau gantikan dgn 2 ulas bawang putih , cincang)
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan mentega + minyak
❀  Masukkan karot , celery , kedua jenis serbuk bawang  &  parutan kulit oren
❀  Tumis sekejap hingga karot layu sikit
❀  Masukkan garam (agak-agak ya sebab air rebusan ayam tu pun dah ada garam) , gaul rata
❀  Kemudian curahkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi
❀  Masukkan air rebusan ayam  &  jus oren dan masak macam biasa
❀  Bila dah masak gemburkan nasi perlahan-lahan
❀  Siap



Bagi mengiringi Nasi Pilaf , Ayam Percik Roaster jadi pilihan...

Walaupun penyediaannya mengambil masa dan perlu ikuti langkah demi langkah seperti memerap ayam terlebih dahulu paling kurang 2 jam supaya bahan rempahnya meresap hingga ke isi dan tulang ayam... memasak bahan kuah dan seterusnya membakar ayam... hasilnya sangat berbaloi dan puashati

AYAM PERCIK ROASTER
by House of SSK
source : Tahrunnisah

BAHAN A :
  • 1 ekor Ayam  |  potong 4
  • Garam
  • Serbuk Perasa (optional)
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 1 1/2 - 2 cwn Santan Pekat
  • Air jika perlu
  • 4 sudu Minyak
BAHAN B (kisar halus dengan sedikit air) :
  • 2 biji Bawang Besar 
  • 3 ulas Bawang Putih 
  • 1 inci Halia 
  • 1 inci Lengkuas 
  • 1 inci Kunyit Hidup 
  • 2 sdb Cili Kisar  (10-15 tangkai cili kering) 
  • 3 batang Serai  

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tuangkan bahan kisar pada ayam dan gaulkan rata
❀  Tutup bekas dengan plastik dan perap paling kurang 2 jam
❀  Lepas 1 jam perap, letakkan sedikit garam , gula , serbuk perasa dan gaul rata
❀  Tutup dan perap semula
❀  Selepas 2 jam , keluarkan ayam dari bekas
❀  Baki rempah pada ayam tu kita kena tumis
❀  Panaskan kuali dengan sedkit minyak dan tumis baki rempah pada ayam tadi
❀  Tumis hingga pecah minyak dan garing
❀  Bila dah betul-betul garing , masukkan santan , gaul rata
❀  Kemudian masukkan ayam yang di perap tadi
❀  Tutup kuali dan biarkan ia merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit
❀  Kemudian perasakan dengan garam , gula , dan masukkan asam jawa
❀  Jika kuah sangat kering , tambahkan sedikit air dan masak semula
❀  Bila ayam dah empuk , keluarkan ayam letakkan atas dulang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil. Boleh juga jika nak bakar atas dapur / magic pan / dapur arang
❀  Bakar ayam dalam ketuhar hingga permukaannya berkilat. Semasa bakar tu , jangan lupa percikkan kuah santan lebihan tadi pada ayam. Lakukan berulang kali hingga ayam masak dengan sempurna



Sambal Nanas sebagai sampingan...

SAMBAL NANAS
by House of SSK
source : Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN :
  • 5 tangkai Cili Merah  |  buang biji  & potong kasar  (sy tambah 4 biji cili padi)
  • 1/4 biji Nenas Madu  |  ambil empulur lembut sekali , potong kecil-kecil
  • 2 inci Belacan Yang Dibakar
  • 2 - 3 sdb Gula
  • Garam Kasar secukup rasa
  • Sedikit Air untuk kisar

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap
❀  Kemudian masukkan nenas yang dipotong-potong tadi dan kisar lagi... jangan terlalu halus
❀  Seimbangkan rasa , boleh sajikan dengan nasi mandhi / nasi minyak / nasi tomato pun sedap




0 sweet comments: