0
ACAR PULANG HARI

Baru berkesempatan masukkan resipi.
Kalau ada yang bertanya bagaimana rasa acar ni..., rasanya ada kari kari sikit. Yela dah guna serbuk kari of coz la rasa kari... ye tak. Dah alang-alang buat Pulut Kuning , cuba lah juga acar ni sama macam Chef Ismail tunjuk dalam rancangan Apa Rasa... regukan acar dengan pulut kuning. Sedap... lain daripada acar timun kebiasaan.


ACAR PULANG HARI
by House of SSK
recipe : Chef Ismail @ Ranc. Apa Rasa
BAHAN A :
  • 1 biji Timun 
  • 1 batang Karot
  • 3 cm Halia  |  hiris halus    
  • 6 ulas Bawang Putih  |  belah dua
  • 8 ulas Bawang Kecil  |  belah dua
  • 2 biji Cili Merah  |  belah dua  &  kerat dua
  • 2 biji Cili Hijau  |  belah dua  &  kerat dua
  • 1 sdb Biji Sawi
BAHAN B :
  • 1 sdb Gula Pasir
  • 1 sdb Rempah Kari Daging
  • 2 sdb Serbuk Cili
  • 1 sdb Serbuk Kunyit
  • 1 sdb Perisa Stok Ayam Pekat
  • 1 sdb Cuka

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Masuk biji sawi bersama Bahan A yang lain , kacau rata
❀  Masukkan Bahan B
❀  Masak sehingga sayur lembut , kalau kering tambahkan sedikit air





0 sweet comments: