1
AYAM GORENG HAT YAI dengan SOS CILI MANIS

Tanggal 150318 melakar satu lagi sweet moment mengulangi moment dua tahun lalu. Alhamdulillah... Congrats and welldone my dear Puteri for being excellent in SPM! Syukur Ya Allah terima kasih kerana menghadiahkan hari ini berita gembira. Moga kejayaan akan terus sentiasa mengiringi di setiap langkah kehidupannya Ya Allah... Aamiin. Usai sudah satu cabaran. Lepas ini menanti lagi satu cabaran. Semoga dipermudahkan...

Okay , berbalik semula pada menu. Kita ke Hat Yai pula. Ayam goreng ini agak special kerana ia tidak hanya hidangan ayam goreng semata tapi sekali dengan sos pencicahnya yang tersendiri. Bila dah cicah dengan sos hmmm... mahu berketul-ketul habis seorang. Kalau suka ayam rasa rempahnya lebih boleh lah adjust ikut sesuai selera.
Cuma part sos cili tu kalau boleh timbang ya. Mengapa kena timbang...? Sebabnya cili , bawang putih dan akar ketumbar tak semua saiznya sama. Ada yang besar... ada yang kecil. Kalau saya nyatakan berapa biji , berapa ulas takut nanti tak dapat rasa sos yang tepat. Jadi supaya tak lari rasa lebih baik timbang.
Tak payah buang masa jom zaasss ke resipi...


AYAM GORENG HAT YAI
by House of SSK
BAHAN A :
  • 1 kg Ayam  |  toskan hingga betul-betul kering sebelum diperap dengan bahan perapan
BAHAN B (bahan perapan) :
  • 20 ulas Bawang Putih  (pilih ulas yg besar)
  • 2 inci Kunyit Hidup
  • 40 biji Lada Hitam   
  • 1 kiub Pati Ayam
  • 2 sdt Serbuk Ketumbar
  • 1/2 sdt Serbuk Jintan Putih
  • 1 1/2 sdt Garam
  • 1 1/2 sdb Gula Perang
BAHAN LAIN :
  • 4-5 sdb Tepung Gandum / Tepung Beras
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumbuk halus bawang putih , kunyit hidup , lada hitam dan kiub ayam
❀  Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk ketumbar , serbuk jintan , gula perang , garam dan sebatikan
❀  Gaulkan bersama ayam hingga rata
❀  Perap lebih kurang 3 jam
❀  Selepas siap perap , masukkan tepung dan gaul bersama ayam yang dah diperap tadi rata-rata
❀  Goreng secara terendam hingga kekuningan 

SOS CILI MANIS
by House of SSK
BAHAN-BAHAN :
  • 10 gm Cili Merah
  • 40 gm Bawang Putih | cincang halus
  • 4 gm Akar Daun Ketumbar
  • 1 sdt Garam
  • 60 gm Gula Perang  (jika suka lebih manis tambah lagi )
  • 50 ml Cuka
  • 100 ml Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumbuk cili merah dan akar ketumbar hingga lumat
❀  Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan lain
❀  Masakkan dengan api kecil sambil dikacau sehingga gula garam melarut
❀  Apabila sos sudah mendidih dan pekat , boleh lah di angkat
❀  Hidangkan bersama ayam goreng

kalau rajin hiris halus bawang merah... goreng... dan tabur atas ayam




1 sweet comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)