0
GULAI KARI IKAN MAYONG

Sebelum start bulan puasa ni selagi ada resipi kari ikan yang berkenan di hati akan saya cuba. Sebabnya ahli rumah ni kalau bulan puasa memang tak layan kari ikan. Kari ayam atau daging haa tu laju sokmo. Kali ni saya tertarik mencuba Gulai Kari Ikan Kembung daripada  Fb_Tengku RosElyza Raja Muhammad . Saya ikut semua bahan yang dinyatakan cuma kuantiti bahan ikut selera sendiri dan guna ikan mayong.
Tak silap saya , gulai kari serupa ini yang bubuh daun kesum dengan bunga kantan sama macam utara style... pernah makan di Penang , memang sedap... dan pernah juga cuba resipi Norzailina Nordin , Gulai Ikan Sembilang... buh timun tua , daun kesum , kantan... pun sedapp. Tak ingat pula ada post kat sini ke tak gulai sembilang tu tapi saya ada post kat Fb sana.

GULAI KARI IKAN MAYONG
by House of SSK
BAHAN A :
  • 3 keping Ikan Mayong  (anggaran 600 gm)
  • 1 kuntum Bunga Kantan
  • 5 tangkai Daun Kesum  |  petik daun   
  • 1 pek kecil @ 25 gm Rempah Kari Ikan Babas *
  • 1 sdm Rempah Gulai Kawah *
  • 1 sdm Serbuk Cili / Cili Kisar *  |  * campurkan + air jadikan pes
  • 8 ulas Bawang Merah  |  hiris
  • 4 ulas Bawang Putih  |  hiris
  • 2 tangkai Daun Kari
  • Halba campur  (biji sawi+halba+jintan manis+jintan putih)
  • 1/2 cwn Santan Pekat Kotak 
  • 2 cwn Air atau secukupnya ikut kepekatan
  • 1/2 sdm Pes Asam Jawa
  • Garam  &  Gula secukup rasa
  • Bendi

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumis bawang merah , bawang putih sehingga hampir garing
❀  Masukkan halba campur dengan daun kari , tumis hingga garing
❀  Masukkan pes rempah , kacau dan tutup kuali /periuk
❀  Tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak
❀  Masukkan air , asam jawa , bendi , kantan , garam dan gula
❀  Dah nampak didih masuk ikan
❀  Kemudian boleh masukkan santan , renihkan seketika
❀  Akhir sekali masuk daun kesum , sesuaikan rasa , padamkan api


CATATAN HoSSK :
# ikan... tenggiri / merah / selar / kembung / jenahak
# rempah gulai kawah... boleh ganti kari daging
# cili kisar... bagi pedas dan merahkan gulai
# daun kesum & kantan... bagi harum




0
SUP KEPALA IKAN

Dua minggu lepas lagi tetiba rasa nak makan sup kepala ikan. So hari minggu baru ni gi pasar... tanpa bertanya harga terus saja saya rembat kepala ikan merah... bila timbang sekilo jugak lah satu kepala tu. Balik pasar terus masakkan. Puas makan selepas bertahun tak makan dengan harga cuma rm30 sekilo . Dapat pula ikan fresh memang kena sangat dibuat sup. Manis ikan dengan aroma minyak wangi menambah sedap lagi sup ini. Patutnya bubuh soo hoon tapi soo hoon tak ada jadi tak bubuh. Daun sup dan daun bawang saya patah-patahkan je biar kasar-kasar gitu supaya bila makan berasa.

SUP KEPALA IKAN
by House of SSK
source : Chef Joha Hassan (Sup Ikan Tenggiri + Soo Hoon)
BAHAN A :
  • 1 ekor Ikan Tenggiri
  • 1 inci Halia  |  hiris 
  • 2 ulas Bawang Putih  |  hiris
  • 1 labu Bawang Besar  |  potong dadu 
  • 1 biji Karot  |  potong dadu   
  • 2 biji Ubi Kentang  |  potong dadu
  • 2 tangkai Daun Sup  |  hiris
  • 3 helai Daun Bawang  |  hiris
  • 1 ikat Soo Hoon  |  rendam dahulu
  • 1/2 sdt Serbuk Lada Putih 
  • 1 kiub Ayam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 
  • Minyak Masak untuk menumis
BAHAN B (hiasan) :
  • 2 sdb Bawang Merah Goreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Masuk bawang besar , bawang putih dan halia hiris , goreng seketika hingga layu dan wangi
❀  Masukkan air secukupnya untuk kuah , kiub ayam dan garam secukup rasa
❀  Masuk karot dan ubi kentang , masak hingga ia mula mendidih
❀  Masuk ikan yang telah dipotong ikut citarasa dan soo hoon , biarkan ikan masak
❀  Masukkan pula daun sup , daun bawang , diikuti lada putih
❀  Sesuaikan rasa dan sajikan panas-panas dengan taburan bawang goreng bersama kicap + cili hiris + perahan jus limau kasturi dan nasi putih


NOTA (gantian bahan oleh HoSSK) :
# ikan tenggiri... 1 kepala ikan merah , dipotong sesuai selera 
# bawang putih... bawang putih goreng
# minyak masak... minyak bawang putih
# serbuk lada putih... 1 sdt biji lada putih , ditumbuk halus




0
TAUHU KUKUS SOS TIRAM Chinese Style

Salah satu menu yang sering jadi pilihan penggemar tauhu bila menjamu selera di restoran cina muslim. Dulu-dulu pernah cuba buat ambil resipi daripada mana entah... tak berapa menjadi. Sos dia cair tak melekat langsung kat tauhu. Samada salah resipi atau saya salah teknik idak lah ambe pasti. Tapi dengan resipi ini saya jamin 200% menjadi , sos yang pekat melekat dan paling penting rasa yang superlicious. Resipi berpandukan dari tunjuk ajar Chef Hassan Hen melalui videonya. Disebabkan ketiadaan satu dua bahan , maka saya olah ikut kesesuaian bahan yang ada. Bahan gantian dengan bahan asal ada saya nyatakan dalam nota. Masakan ini tak perlu tambah garam lagi sebab rasanya dah perfect. Semua rasa secukup rasa.

TAUHU KUKUS SOS TIRAM
by House of SSK
source : Chef Hassanhen Bin Abdullah
BAHAN A :
  • 1 blok Tauhu Lembut ~ tabur sedikit garam  &  kukus lebih kurang 5 minit
BAHAN B (sos) :
  • 6 ekor Udang Besar  |  potong kecil  
  • 1 sdm Udang Kering  |  rendam dalam air panas
  • 4 ulas Bawang Merah  | cincang
  • 1/2 sdm Bawang Putih Goreng   
  • 4 keping Cendawan Hitam  |  rendam dalam air panas supaya kembang dan lembut  & hiris
  • 1 sdm Kicap Cair
  • 1 1/2 sdm Sos Tiram
  • 1 sdk Minyak Bijan
  • 1/2 sdm Gula Pasir
  • 1/2 cwn Air  (jika nak lebih basah boleh lebihkan sedikit lagi)
  • Kicap Hitam @ Pekat  (sekadar memberi warna gelap pada sos)
  • Serbuk Lada Hitam
  • Tepung Jagung
  • Minyak Bawang Putih untuk menumis
BAHAN C (hiasan) :
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak bawang putih
❀  Masuk bawang merah , tumis hingga keperangan
❀  Masuk udang kering , udang segar dan gorengkan seketika
❀  Masuk pula cendawan hitam , goreng lagi
❀  Masuk kicap cair , sos tiram , serbuk lada hitam dan goreng lagi
❀  Masuk air , biarkan didih
❀  Masuk kicap hitam , gula , bawang putih goreng , kacau rata
❀  Masuk bancuhan tepung jagung  (agak-agak jangan pekat sangat)
❀  Bila sos dah memekat masuk minyak bijan
❀  Kemudian ambil tauhu yang sudah dikukus tadi  (kalau ada air buangkan dulu) ,  siramkan dengan sos
❀  Tabur dengan hiasan
❀  Hidangkan panas


NOTA :
# HoSSK guna udang segar... Chef guna Isi ayam yang dicincang
# HoSSK guna isi udang kering , masukkan macam tu saja tak payah hancurkan... Chef guna 2 pcs lobak asin dicincang
# HoSSK guna serbuk lada hitam... Chef guna serbuk lada putih


Pesan Chef :

- jika tak ada minyak bawang putih... guna minyak masak biasa
- jika tak ada bawang putih goreng... guna bawang putih biasa , cincang dan tumiskan bersama-sama bawang merah




0
PAJERI TERUNG

Beli terungnya dah beberapa hari , keluar masuk peti sejuk dah banyak kali.. tapi tertangguh aje. Ada dua tiga resipi pajeri terung yang buat saya teringin sangat sangat nak cuba selepas diperakui sedap dan terbaik oleh empunya resipi. Cumanya tak tau mana satu nak didahulukan. Tambah pula kat rumah ni cuma berdua orang je makan terung.. tu yang berkira-kira nak buat. Kalau dibiarkan lagi lama takut tak elok pula. Jadi semalam terung tu semua dah selamat saya pajerikan dan keenakannya dah dapat dirasa. Saya pilih buat yang ini dahulu. Memang sedap! Kalau makan dengan nasi hangat pastu ada pula ikan sepat masin.. pun dah cukup buat makan bertambah-tambah.

PAJERI TERUNG
by House of SSK
source : Mariana Zainal
BAHAN A :
  • 9-10 biji Terung Mini  |  buang kulit selang seli , belah tengah jangan sampai putus , kalau guna terung panjang potong-potong 
  • 1 biji Kelapa Parut  |  kisar dengan 3 cwn air , perah ambil santan 
  • 2 1/2 senduk Minyak Masak
BAHAN B (tumis) :
  • 1 1/2 biji Bawang Besar  |  hiris nipis
  • 5 ulas Bawang Putih  |  hiris nipis
  • 1 inci Halia  |  hiris nipis
  • 3-4 kuntum Bunga Lawang
BAHAN C (paste-satukan semua bahan dan sebatikan ) :
  • 2 paket kecil Rempah Kari Ikan Baba's
  • 1 paket kecil Kerisik
  • 3-4 sdb Udang Geragau  (guna ikan bilis pun boleh tapi tumbuk dulu)
  • 1 1/2 sdb Gula Pasir
  • 1/2 sdb Garam
  • 1 keping Asam Gelugor
  • 1 tangkai Daun Kari  (opt)
  • Sedikit Bahan Perasa
  • 1 cwn Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Tumis Bahan (B) hingga wangi
❀  Masukkan Bahan (C) , kacau hingga pecah minyak dengan api sederhana
❀  Masukkan santan , biar mendidih seketika
❀  Masuk terung
❀  Bila kuah dah mula pekat , terung lembut , dah sesuai rasa dan terbit minyak boleh tutup api

p/s : dah siap boleh cedok buang lebihan minyak


::My Note::
~ buat 1/2 daripada resipi di atas

- terung mini.. 5 biji (tak buang kulit , belah dua putus)
- santan.. 1/2 cwn santan kotak + 1 cwn air
- minyak.. 1/4 cwn

bahan tumis
- bawang besar.. 1 biji bawang merah besar (medium size)
- bawang putih.. 3 ulas
- halia.. 1/2 inci
- bunga lawang.. 2 kuntum

bahan paste
- rempah kari.. 1 paket kecil rempah kari ikan pedas Baba's
- kerisik.. 1 sdm
- udang geragau.. 2 sdm
- gula pasir & garam.. secukup rasa
- asam gelugor.. 1 keping
- air.. 1/2 cwn






0
APAM LEGEND

Kuih legend yang paling senang kerja... kacau kacau , perap , kukus... pasti menjadi. Biarpun apam serupa ni dah banyak versi dicuba buat tapi lepas terpandangkannya di mukabuku sana , harus juga lah dicuba untuk tahu hasilnya macamana. Sungguh sedap dinikmati santai santai di petang hari atau sarapan pagi. Walaupun tanpa kelapa parut , menikmati apam sebegini tetap melekakan apatah lagi dengan teksturnya yang gebu , lembut dan manisnya just nice tak terlalu manis

APAM LEGEND
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 1 cwn Nasi Sejuk
  • 1 1/2 cwn Air
  • 1/2 cwn Gula 
  • 1 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 sdt Yis Mauripan
BAHAN LAIN :
(kukus sebentar supaya kelapa tak cepat basi)
  • Kelapa Parut Putih
  • Garam Halus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Nasi + air + gula dikisar hingga halus
❀  Tuangkan sikit-sikit bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung + yis , sambil dikacau hingga rata dan sebati
❀  Perap selama 3 jam dengan bekas bertutup
❀  Jika mahukan apam lebih daripada satu warna , selepas siap perap bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan
❀  Sapukan sedikit minyak pada acuan yang disukai
❀  Isikan adunan ke dalam acuan
❀  Kukus hingga masak 10 minit  (pastikan kukusan sudah betul betul mendidih baru masukkan acuan berisi adunan)
❀  Hidangkan bersama kelapa parut


NOTA :
# menghasilkan 16 biji apam menggunakan acuan seperti gambar





2
SAYUR TUMIS PETOLA

Dalam keadaan cuaca membahang sekarang masak rebus-rebus , sup mungkin jadi pilihan sesetengah orang. Kuahnya selain tumpah ke nasi , juga boleh dihirup. Malah menghirup kuah bersama isian rencah di dalamnya saja pun dah boleh mengenyangkan walau tanpa nasi. Macam tumis sayur petola ni makan die saja dah sedap. Bau kuah die extra harum dan menyelerakan kerana ditumis mengunakan minyak bawang putih dengan bawang putih goreng yang saya sediakan sebelum ni. Selain minyak wangi , menambah cendawan hitam juga turut memberi aroma istimewa pada sayur

SAYUR TUMIS PETOLA
by House of SSK
BAHAN A :
  • 1 biji Petola  |  potong kecil
  • 5 keping Cendawan Hitam Kering  |  rendam sehingga lembut  &  hiris
  • 1 biji Telur
  • 500 ml Air
  • 1 sdt Garam
  • Sedikit Gula
  • sedikit Serbuk Lada Hitam  / Lada Putih
BAHAN B :
  • 2 sdm Minyak Bawang Putih
  • 2 sdt Bawang Putih Goreng
  • 1/2 labu Bawang Besar Merah  |  hiris  
  • sedikit Ikan Bilis

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak bawang putih
❀  Masuk semua Bahan B yang lain kecuali bawang putih goreng, masak hingga garing
❀  Bila dah garing baru masukkan bawang putih goreng , gorengkan sebentar
❀  Kemudian masuk air , petola , cendawan , garam , gula , serbuk lada hitam dan biar mendidih
❀  Pecahkan telur , biarkan sebentar tanpa dikacau
❀  Sesuaikan rasa , kacau sekejap dan angkat
❀  Sedia untuk dihidang


NOTA :
# gantian minyak bawang putih ~ minyak masak
# gantian bawang putih goreng ~ 2 ulas bawang putih dicincang
# gantian serbuk lada hitam ~ 1 biji cili merah dihiris , ditumis bersama-sama bahan B
# gantian cendawan hitam ~ 1/2 cwn soon dipotong pendek , dimasukkan akhir sekali selepas telur





2
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI

Lama teringin sambal tempoyak petai guna cili padi macam ni. Selalu buat yang merah guna cili kisar. Cari petai tak dapat mata besar dapat yang kecil-kecil je... jadi ler untuk lepas ngidam. Stock tempoyak asli tak ada jadi saya guna ready-made Tempoyak Cili jenama Vias. Tempoyak ni boleh dimakan segera sebagai pencicah sebab dah ada cili , bawang bagai dalam. Selain pencicah , masak gulai atau sambal pun boleh tapi kena tambah lagi cili dan asam untuk rasa lebih pedas dan rasa masam-masam. Lauk gini nampak simple tapi rasa hmmm... mengancam , boleh terancam diet kalau hari-hari...


SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
by House of SSK
source : Ummi Zaihadi
BAHAN A :
  • 2 genggam Ikan Bilis yang telah dibersih
  • 1 cwn Isi Petai  |  dibelah-belah isinya ikut suka
  • 1 helai Daun Kunyit  |  disiat
  • 1/2 cwn Tempoyak yang agak masam  (kalau yang baru , mungkin kena tambah asam gelugor)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Air
  • 1/4 cwn Minyak Masak
BAHAN B (tumbuk / kisar) :
  • 15 tangkai Cili Padi  (boleh +/- ikut pedas)
  • 1 cm Kunyit Hidup
  • 3 biji Bawang Merah   
  • 2 ulas Bawang Putih

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dalam kuali
❀  Tumis Bahan B hingga pecah minyak
❀  Masuk tempoyak , daun kunyit dan kacau masak sebentar
❀  Masuk ikan bilis dan sedikit air , masak biar bilis lembut dan mesra dengan Bahan B
❀  Masukkan petai , garam dan gula secukup rasa
❀  Biar kuah agak pekat baru ditutup api

# kalau nak petai agak rangup , tak payah masak lama-lama... terpulang citarasa memasing





0
MINYAK BAWANG PUTIH

Kebelakangan ni jarang dapat update blog. Dekat dekat nak puasa ni pastu nak raya lagi... lagi lah bertambah tambah sibuk. Masak lewat petang , pencahayaan kurang... tak dapat berlama-lama untuk photoshoot. Dapat shoot gambar sekeping pun jadi la... janji ada gambar.

Beberapa hari lepas merajinkan diri buat Minyak Bawang Putih atau dipanggil juga Minyak Wangi. Buat kerana ada sebab kalau tak memang tak buat agaknya. Tapi bagus juga ada minyak wangi ni... masak sup sayur ke sup ikan ke masukkan saja bawang putih goreng ni... pastinya sup akan harum wangi bau die. Mudah je buatnya... kupas bawang putih , cincang , pastu goreng dalam minyak yang agak banyak. Menggorengnya tak boleh tinggal , api kena jaga , kena selalu dikacau supaya tak hangus nanti rasa pahit. Buat minyak ni sebenarnya tak payah ikut resipi sangat pun tak apa sebab bawang putih dengan minyak tu kita boleh agak-agak je asalkan bila goreng bawang terendam dalam minyak. Tapi saya letak juga kat sini beberapa resipi (hampir sama je semuanya) untuk simpanan dan rujukan.


MINYAK BAWANG PUTIH
by House of SSK
# RESIPI 1
  • 2-3 labu Bawang Putih  |  cincang halus
  • 1/2 cwn Minyak Masak
- Panaskan minyak
- Goreng bawang putih hingga kekuningan
- Biar sejuk baru simpan dalam bekas yang sesuai


# RESIPI 2 (saya buat separuh yang ini dengan 200 gm @ 3 labu bawang putih yang ulasnya besar)
  • 400 gm Bawang Putih  |  dicincang halus
  • 2 cwn Minyak Masak untuk menggoreng
- Panaskan minyak masak
- Masukkan bawang putih yang telah dicincang
- Kacau selalu dan sentiasa kawal api takut bawang hangit
- Bila dah agak garing padam api dan teruskan mengacau sampai bawang putih menjadi perang
- Sejukkan dan simpan dalam botol


# RESIPI 3
  • 3 labu Bawang Putih  |  cincang halus
  • Minyak Masak untuk menggoreng
- Panaskan minyak masak
- Masukkan bawang putih , goreng sehingga wangi dalam minyak yang banyak dan bawang bertukar warna menjadi keperangan
- Angkat bawang beserta minyak , sejukkan dan ketepikan
- Simpan dalam bekas kaca yang bertutup


# RESIPI 4
  • 8 ulas Bawang Putih  |  potong dadu kecil
  • 1/2 cwn Minyak Masak untuk menggoreng (agak-agak bawang tu tenggelam)
- Panaskan kuali
- Masukkan minyak masak
- Agak-agak minyak dah panas sikit masukkan bawang  (minyak jangan panas sangat , kalau terlalu panas bawang putih akan hangit)
- Kacau perlahan-lahan
- Bila dah agak kuning dan sedikit perang terus tutup api dan pindahkan ke dalam bekas sebab minyak yang panas akan terus memasakkan bawang putih itu selebihnya. Jadi ianya akan cantik. Kalau lambat angkat nanti bawang goreng akan hangit berwarna perang gelap. Minyak masih boleh guna cuma bawangnya tak sedap dimakan sebab pahit


Nota :
Bawang putih goreng tetap akan kekal garing selama mana masih dalam minyak