0
APAM LEGEND

Kuih legend yang paling senang kerja... kacau kacau , perap , kukus... pasti menjadi. Biarpun apam serupa ni dah banyak versi dicuba buat tapi lepas terpandangkannya di mukabuku sana , harus juga lah dicuba untuk tahu hasilnya macamana. Sungguh sedap dinikmati santai santai di petang hari atau sarapan pagi. Walaupun tanpa kelapa parut , menikmati apam sebegini tetap melekakan apatah lagi dengan teksturnya yang gebu , lembut dan manisnya just nice tak terlalu manis

APAM LEGEND
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 1 cwn Nasi Sejuk
  • 1 1/2 cwn Air
  • 1/2 cwn Gula 
  • 1 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 sdt Yis Mauripan
BAHAN LAIN :
(kukus sebentar supaya kelapa tak cepat basi)
  • Kelapa Parut Putih
  • Garam Halus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Nasi + air + gula dikisar hingga halus
❀  Tuangkan sikit-sikit bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung + yis , sambil dikacau hingga rata dan sebati
❀  Perap selama 3 jam dengan bekas bertutup
❀  Jika mahukan apam lebih daripada satu warna , selepas siap perap bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan
❀  Sapukan sedikit minyak pada acuan yang disukai
❀  Isikan adunan ke dalam acuan
❀  Kukus hingga masak 10 minit  (pastikan kukusan sudah betul betul mendidih baru masukkan acuan berisi adunan)
❀  Hidangkan bersama kelapa parut


NOTA :
# menghasilkan 16 biji apam menggunakan acuan seperti gambar





0 sweet comments: