0
MINYAK BAWANG PUTIH

Kebelakangan ni jarang dapat update blog. Dekat dekat nak puasa ni pastu nak raya lagi... lagi lah bertambah tambah sibuk. Masak lewat petang , pencahayaan kurang... tak dapat berlama-lama untuk photoshoot. Dapat shoot gambar sekeping pun jadi la... janji ada gambar.

Beberapa hari lepas merajinkan diri buat Minyak Bawang Putih atau dipanggil juga Minyak Wangi. Buat kerana ada sebab kalau tak memang tak buat agaknya. Tapi bagus juga ada minyak wangi ni... masak sup sayur ke sup ikan ke masukkan saja bawang putih goreng ni... pastinya sup akan harum wangi bau die. Mudah je buatnya... kupas bawang putih , cincang , pastu goreng dalam minyak yang agak banyak. Menggorengnya tak boleh tinggal , api kena jaga , kena selalu dikacau supaya tak hangus nanti rasa pahit. Buat minyak ni sebenarnya tak payah ikut resipi sangat pun tak apa sebab bawang putih dengan minyak tu kita boleh agak-agak je asalkan bila goreng bawang terendam dalam minyak. Tapi saya letak juga kat sini beberapa resipi (hampir sama je semuanya) untuk simpanan dan rujukan.


MINYAK BAWANG PUTIH
by House of SSK
# RESIPI 1
  • 2-3 labu Bawang Putih  |  cincang halus
  • 1/2 cwn Minyak Masak
- Panaskan minyak
- Goreng bawang putih hingga kekuningan
- Biar sejuk baru simpan dalam bekas yang sesuai


# RESIPI 2 (saya buat separuh yang ini dengan 200 gm @ 3 labu bawang putih yang ulasnya besar)
  • 400 gm Bawang Putih  |  dicincang halus
  • 2 cwn Minyak Masak untuk menggoreng
- Panaskan minyak masak
- Masukkan bawang putih yang telah dicincang
- Kacau selalu dan sentiasa kawal api takut bawang hangit
- Bila dah agak garing padam api dan teruskan mengacau sampai bawang putih menjadi perang
- Sejukkan dan simpan dalam botol


# RESIPI 3
  • 3 labu Bawang Putih  |  cincang halus
  • Minyak Masak untuk menggoreng
- Panaskan minyak masak
- Masukkan bawang putih , goreng sehingga wangi dalam minyak yang banyak dan bawang bertukar warna menjadi keperangan
- Angkat bawang beserta minyak , sejukkan dan ketepikan
- Simpan dalam bekas kaca yang bertutup


# RESIPI 4
  • 8 ulas Bawang Putih  |  potong dadu kecil
  • 1/2 cwn Minyak Masak untuk menggoreng (agak-agak bawang tu tenggelam)
- Panaskan kuali
- Masukkan minyak masak
- Agak-agak minyak dah panas sikit masukkan bawang  (minyak jangan panas sangat , kalau terlalu panas bawang putih akan hangit)
- Kacau perlahan-lahan
- Bila dah agak kuning dan sedikit perang terus tutup api dan pindahkan ke dalam bekas sebab minyak yang panas akan terus memasakkan bawang putih itu selebihnya. Jadi ianya akan cantik. Kalau lambat angkat nanti bawang goreng akan hangit berwarna perang gelap. Minyak masih boleh guna cuma bawangnya tak sedap dimakan sebab pahit


Nota :
Bawang putih goreng tetap akan kekal garing selama mana masih dalam minyak



0 sweet comments: