0
PAJERI TERUNG

Beli terungnya dah beberapa hari , keluar masuk peti sejuk dah banyak kali.. tapi tertangguh aje. Ada dua tiga resipi pajeri terung yang buat saya teringin sangat sangat nak cuba selepas diperakui sedap dan terbaik oleh empunya resipi. Cumanya tak tau mana satu nak didahulukan. Tambah pula kat rumah ni cuma berdua orang je makan terung.. tu yang berkira-kira nak buat. Kalau dibiarkan lagi lama takut tak elok pula. Jadi semalam terung tu semua dah selamat saya pajerikan dan keenakannya dah dapat dirasa. Saya pilih buat yang ini dahulu. Memang sedap! Kalau makan dengan nasi hangat pastu ada pula ikan sepat masin.. pun dah cukup buat makan bertambah-tambah.

PAJERI TERUNG
by House of SSK
source : Mariana Zainal
BAHAN A :
  • 9-10 biji Terung Mini  |  buang kulit selang seli , belah tengah jangan sampai putus , kalau guna terung panjang potong-potong 
  • 1 biji Kelapa Parut  |  kisar dengan 3 cwn air , perah ambil santan 
  • 2 1/2 senduk Minyak Masak
BAHAN B (tumis) :
  • 1 1/2 biji Bawang Besar  |  hiris nipis
  • 5 ulas Bawang Putih  |  hiris nipis
  • 1 inci Halia  |  hiris nipis
  • 3-4 kuntum Bunga Lawang
BAHAN C (paste-satukan semua bahan dan sebatikan ) :
  • 2 paket kecil Rempah Kari Ikan Baba's
  • 1 paket kecil Kerisik
  • 3-4 sdb Udang Geragau  (guna ikan bilis pun boleh tapi tumbuk dulu)
  • 1 1/2 sdb Gula Pasir
  • 1/2 sdb Garam
  • 1 keping Asam Gelugor
  • 1 tangkai Daun Kari  (opt)
  • Sedikit Bahan Perasa
  • 1 cwn Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Tumis Bahan (B) hingga wangi
❀  Masukkan Bahan (C) , kacau hingga pecah minyak dengan api sederhana
❀  Masukkan santan , biar mendidih seketika
❀  Masuk terung
❀  Bila kuah dah mula pekat , terung lembut , dah sesuai rasa dan terbit minyak boleh tutup api

p/s : dah siap boleh cedok buang lebihan minyak


::My Note::
~ buat 1/2 daripada resipi di atas

- terung mini.. 5 biji (tak buang kulit , belah dua putus)
- santan.. 1/2 cwn santan kotak + 1 cwn air
- minyak.. 1/4 cwn

bahan tumis
- bawang besar.. 1 biji bawang merah besar (medium size)
- bawang putih.. 3 ulas
- halia.. 1/2 inci
- bunga lawang.. 2 kuntum

bahan paste
- rempah kari.. 1 paket kecil rempah kari ikan pedas Baba's
- kerisik.. 1 sdm
- udang geragau.. 2 sdm
- gula pasir & garam.. secukup rasa
- asam gelugor.. 1 keping
- air.. 1/2 cwn






0 sweet comments: