2
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI

Lama teringin sambal tempoyak petai guna cili padi macam ni. Selalu buat yang merah guna cili kisar. Cari petai tak dapat mata besar dapat yang kecil-kecil je... jadi ler untuk lepas ngidam. Stock tempoyak asli tak ada jadi saya guna ready-made Tempoyak Cili jenama Vias. Tempoyak ni boleh dimakan segera sebagai pencicah sebab dah ada cili , bawang bagai dalam. Selain pencicah , masak gulai atau sambal pun boleh tapi kena tambah lagi cili dan asam untuk rasa lebih pedas dan rasa masam-masam. Lauk gini nampak simple tapi rasa hmmm... mengancam , boleh terancam diet kalau hari-hari...


SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
by House of SSK
source : Ummi Zaihadi
BAHAN A :
  • 2 genggam Ikan Bilis yang telah dibersih
  • 1 cwn Isi Petai  |  dibelah-belah isinya ikut suka
  • 1 helai Daun Kunyit  |  disiat
  • 1/2 cwn Tempoyak yang agak masam  (kalau yang baru , mungkin kena tambah asam gelugor)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Air
  • 1/4 cwn Minyak Masak
BAHAN B (tumbuk / kisar) :
  • 15 tangkai Cili Padi  (boleh +/- ikut pedas)
  • 1 cm Kunyit Hidup
  • 3 biji Bawang Merah   
  • 2 ulas Bawang Putih

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dalam kuali
❀  Tumis Bahan B hingga pecah minyak
❀  Masuk tempoyak , daun kunyit dan kacau masak sebentar
❀  Masuk ikan bilis dan sedikit air , masak biar bilis lembut dan mesra dengan Bahan B
❀  Masukkan petai , garam dan gula secukup rasa
❀  Biar kuah agak pekat baru ditutup api

# kalau nak petai agak rangup , tak payah masak lama-lama... terpulang citarasa memasing





2 sweet comments:

Kak Nita said...

Assalamualaikum ...
sedapp nihh...mkn dengan nasi panas2 .

House of SSK said...

@Kak Nita
Waalaikumussalam,
Betul2... ubat selera makan nih :)