2
SAYUR TUMIS PETOLA

Dalam keadaan cuaca membahang sekarang masak rebus-rebus , sup mungkin jadi pilihan sesetengah orang. Kuahnya selain tumpah ke nasi , juga boleh dihirup. Malah menghirup kuah bersama isian rencah di dalamnya saja pun dah boleh mengenyangkan walau tanpa nasi. Macam tumis sayur petola ni makan die saja dah sedap. Bau kuah die extra harum dan menyelerakan kerana ditumis mengunakan minyak bawang putih dengan bawang putih goreng yang saya sediakan sebelum ni. Selain minyak wangi , menambah cendawan hitam juga turut memberi aroma istimewa pada sayur

SAYUR TUMIS PETOLA
by House of SSK
BAHAN A :
  • 1 biji Petola  |  potong kecil
  • 5 keping Cendawan Hitam Kering  |  rendam sehingga lembut  &  hiris
  • 1 biji Telur
  • 500 ml Air
  • 1 sdt Garam
  • Sedikit Gula
  • sedikit Serbuk Lada Hitam  / Lada Putih
BAHAN B :
  • 2 sdm Minyak Bawang Putih
  • 2 sdt Bawang Putih Goreng
  • 1/2 labu Bawang Besar Merah  |  hiris  
  • sedikit Ikan Bilis

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak bawang putih
❀  Masuk semua Bahan B yang lain kecuali bawang putih goreng, masak hingga garing
❀  Bila dah garing baru masukkan bawang putih goreng , gorengkan sebentar
❀  Kemudian masuk air , petola , cendawan , garam , gula , serbuk lada hitam dan biar mendidih
❀  Pecahkan telur , biarkan sebentar tanpa dikacau
❀  Sesuaikan rasa , kacau sekejap dan angkat
❀  Sedia untuk dihidang


NOTA :
# gantian minyak bawang putih ~ minyak masak
# gantian bawang putih goreng ~ 2 ulas bawang putih dicincang
# gantian serbuk lada hitam ~ 1 biji cili merah dihiris , ditumis bersama-sama bahan B
# gantian cendawan hitam ~ 1/2 cwn soon dipotong pendek , dimasukkan akhir sekali selepas telur





2 sweet comments:

Amie said...

Meriah sup petolanya tu. Mesti harum aroma cendawan tu menjadi penambah selera untuk menghirup sup!

House of SSK said...

@Amie
Betul Amie, cendawan tu bagi extra flavour selain bawang putih. Sejak berjinak-jinak dengan masakan chinese ni baru la pandai guna dan beli cendawan hitam..