0
GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT ALA MAMI TANJUNG

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT
ALA MAMI TANJUNG
by House of SSK
source : Spices Journey

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm Tulang Ikan Kurau  (ikan lain pun boleh ikut suka) 
  • 3 sdb Rempah Kari Ikan Kering  (kari ikan pun boleh tapi kari untuk ikan kering lagi bagus)
  • 1 labu Bawang Besar *
  • 2 ulas Bawang Merah *
  • 2 ulas Bawang Putih *  | * ditumbuk / kisar
  • 200 ml Santan Kotak  (kalau guna santan segar lagi sedap)
  • 500 ml Air  (adjust ikut tahap kepekatan citarasa masing-masing)
  • Garam secukup rasa  (jika perlu)
  • Sedikit Perahan Air Asam Jawa  (jika guna nenas dalam gulai tak payah bubuh)
BAHAN TUMIS DARAT :
  • 3/4 cwn Minyak Masak
  • 6 - 8 ulas Bawang Merah  |  hiris
  • 2 ulas kecil Bawang Putih  |  hiris
  • Sedikit Daun Kari
  • Sedikit Halba
  • Biji Sawi
  • Jintan Putih

CARA PENYEDIAAN :

❀  Rendam dulu ikan kering dalam air garam untuk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan. Rendam air 'Garam' untuk kurangkan masin pelik bunyinya... tapi itulah petua dia. Kemudian bersihkan dan tos

❀  Sediakan periuk yang bersesuaian
- Masukkan rempah kari , air dalam 3 cwn , bawang yang ditumbuk tadi
- Masak sebentar supaya hilang bau rempah
- Bila dah hilang bau rempah , masukkan ikan kering dan air asam jawa
- Masak sekejap dalam 5 minit
- Kemudian masukkan santan dan air
- Setelah menggelegak , kecilkan api

PENTING : Jangan masukkan GARAM dulu. Rasa dulu , sebab kekadang ikan tu masih ada masin dia. Kalau tak perlu , tak payah bubuh lagi. Ataupun biarkan dulu , bila nak makan baru rasa garam balik. Sebab kadang-kadang gulai tu akan jadi masin bila lagi lama. Garam daripada ikan akan keluar bila terendam dalam gulai

❀  Sambil tu , sediakan kuali untuk buat tumis darat
- Panaskan minyak
- Tumis semua bahan sehingga garing dan berwarna coklat keemasan
- Tuangkan terus ke dalam gulai tadi
- Tutup periuk supaya aroma yang harum tak keluar
- Matikan api

❀  Sayur-sayuran boleh guna - terung , kacang panjang , cili hijau atau apa saja pilihan hati. Guna nenas pun sedap juga... potong nenas , rebus sekejap , buang airnya dan toskan supaya tak masam sangat kuah nanti dan supaya gulai tak pecah minyak. Selain nenas dan semua sayur tu , keledek pun boleh guna.
Sayuran boleh dimasukkan sebelum dituangkan bahan tumis darat tadi. Kalau terung boleh digoreng dulu sikit , lagi sedap dan cantik sikit rupanya.

❀  Setelah beberapa minit , bolehlah buka periuk dan kacau rata bahan yang kita tumis darat tadi. Mmm... bau dia memang harum sungguh...


Lepas rasa masa berbuka semalam , yesss... jumpa dah gulai ikan kering yang lama dok cari.
Saya tak berapa ikut sangat resipi , semua main ikut gerak rasa ja lagipun tulang ikan masin yang ada tak sampai 300gm. Awalnya plan nak guna nenas saja. Teringat ada keledek oren dalam peti sejuk... apakata sekalikan dua dua.  Nak tau juga apa rasa gulai @ kari kalau bubuh keledek.
Yela... betul sedapp.  Kenapa la tak terfikir sebelum ni buh keledek dalam gulai... kalau betik selalu. Nenas saya just masukkan macam tu je tak rebus. Asam jawa dan garam langsung tak bubuh. Dari segi rasa... perfecto & sangat memuaskan. Resipi yang harus disimpan.




0
KUAH MASAK LAKSA TERENGGANU


KUAH MASAK LAKSA TERENGGANU
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 ekor besar Ikan Kembung 
  • 1 sdb Rempah Gulai Cap Bunga Ros
  • 1 sdb Rempah Masak Cap Bunga Ros
  • 4 sdb Cili Kisar
  • 2 sdb Kerisik  
  • 1 1/2 cwn Santan Pekat Segar
  • 4 cwn Air
  • 1 - 2 keping Asam Keping  (ikut kemasaman) 
  • Gula Merah / Gula Melaka
  • Gula Pasir
  • Garam
  • 3 sdb Cili Kisar  |  untuk tumisan asing  &  dicurahkan atas kuah di akhir sekali
BAHAN B  (kisar) :
  • 10 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
BAHAN C  (ulam-ulaman) :
  • Taugeh
  • Kobis
  • Timun
  • Kacang Panjang


CARA PENYEDIAAN :

❀  Bersihkan ikan dan bakar tawar
Asingkan isi dari tulang
Masukkan isi ikan dalam pengisar buh air sikit - kisar halus - tuang ke dalam mangkuk
Masuk pula tulang buh air sikit - kisar halus - tapis ambil patinya saja - buang hampas tulang

❀  Satukan Bahan (B) + rempah gulai + rempah masak + cili kisar + kerisik - kacau rata - ketepikan

❀  Didihkan santan + asam keping + gula melaka + gula pasir + garam sehingga mendidih

❀  Masukkan campuran rempah tadi , rasa dulu dan tambah apa yang kurang... masam , masin , manis

❀  Kacau rata dan biarkan seketika

❀  Kemudian masukkan isi ikan yang dikisar tadi , pati ikan dan air

❀  Masak sehingga menggelagak

❀  Sementara itu panaskan minyak di kuali lain
Tumis cili kisar hingga masak , garing & pecah minyak
Curah ke dalam kuah laksa
Biarkan menggelegak seketika

❀  Kemudian renihkan kuah sehingga terbit minyak di permukaan

❀  Tutup api dan siap

❀  Hidangkan bersama laksa putih atau laksa gandum serta ulam-ulaman pilihan


Rempah Gulai & Rempah Masak Cap Bunga Rose khas dari Kemaman Terengganu.
Baru-baru ni on the way ke Kuala Terengganu sempat singgah sekejap di pasaraya tempat saya beli rempah rose dulu. Lagi pun kat rumah dah kehabisan stok. Lama dah tak ke situ... alhamdulillah pasaraya masih ada... rempah pun ada lagi jual. Kemaman kat mana? Sila ke SINI untuk info ya...


First time mencuba buat dan mencuba rasa laksa versi ganu. Juri-juri yang merasa semua cakap sedap & memuaskan. Pada saya ada sikit beza antara ikan dibakar dengan rebus. Bila bakar bau ikan dalam kuah tak begitu kuat berbanding rebus. Dan bila bercampur dengan rempah , kuah jadi wangi dan tak cepat muak. Apapun setiap versi ada keistimewaan tersendiri




0
SAMBAL TAHUN KERANG & BROKOLI MASAK SOS TIRAM


Iftar #8... sambal tahun kerang , brokoli masak sos tiram dan cencaru goreng

Semalam dok scroll fb , sambal tahun yang pernah save tahun bila ntah dulu naik semula. Masa save dulu memang dah kiv nak buat. Tangguh punya tangguh terus lupa. Tq ya fren yang share... kalau tak memang lupa dah... kat mana save pun tak ingat. Alang-alang dah lalu terus je buat untuk menu berbuka. Kebetulan kerang ada... beli sekilo ingat nak buat sambal tumis dengan nasi lemak. Takpe on sambal tahun ni dulu lagipun seumur hidup belum pernah rasa... sambal tumis esok esok boleh.

Dengan sekilo kerang yang ada , ngam-ngam separuh resipi. Resipi suh secawan cili api... maknanya kena guna half cawan... mak aihhh kepedasan nanti. Jadi saya buh 15 biji je... suku cawan pun tak sampai... hihi. Biar kurang pedas janji boleh makan abis... daripada membazir tak makan langsung.

Bila dah rasa... hmm sedapp... masih terasa pedas walaupun dah banyak kurangkan cili. Betul la depa cakap sambal tahun ni sangat sedap , makan dengan nasi panas sure makan tak ingat dan berjuraian air mata dek pedas berdesing. Aroma wanginya bangkit kerana penggunaan lengkuas yang banyak. Cuma nak describe tang rasa tu tak tau macam mana. Yang saya boleh cakap ia ada rasa yang istimewa dan tersendiri.

SAMBAL TAHUN KERANG
by House of SSK
source : Noor Dz Salleh

BAHAN-BAHAN :
  • 2 kg Kerang  |  rebus - buang kulit
  • 1 cwn Ikan Bilis  
  • 1 cwn Cili Api *
  • 3 biji Bawang Besar Merah *
  • 6 ulas Bawang Putih *  |  *dikisar 
  • 2 batang Serai  |  dititik
  • 1/2 cwn Air Asam Jawa
  • 2 cwn Santan Pekat
  • 1 cwn Lengkuas Muda  |  dihiris / dikisar sekali dgn bahan kisar
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak secukupnya
❀  Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak
❀  Masuk ikan bilis , tumis hingga garing
❀  Masuk kerang + air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa jika suka dan masak hingga kerang kecut
❀  Masuk santan dan renih hingga hampir kering


* lebih sedap selepas dipanaskan beberapa kali
* kerang boleh diganti dengan perut / kulit lembu... lagi power
* ada berbagai resipi sambal tahun... ada yang bubuh belacan , taucu... cara masa pun berlainan... ada yang rebuskan lengkuas bersama cili api , pastu tumiskan bahan-bahan lain baru campurkan... terserah pada selera masing-masing


CATATAN HoSSK :
# percubaan... 1 kg kerang - 15 biji cili api - 1 1/2 cwn santan pekat fresh - campuran gula pasir + gula perang - 1/2 kiub ikan bilis
# minyak jangan kurang kena lebihkan supaya bahan kisar dapat ditumis dengan baik dan garing 
# lengkuas dikisar sekali dengan bahan kisar




Dah empat hari brokoli dalam petisejuk... masih elok lagi cuma warna dah kurang hijau. Saja saja gugel... jumpa ini. Sedapp. Sos tiram dengan blackpeppernya terasa... dan kepekatan kuah pun cantik

BROKOLI MASAK SOS TIRAM
by House of SSK
source : Zalinah_Rempah Ratus

BAHAN-BAHAN :
  • 300 gm Brokoli  |  dipotong
  • 1 batang Lobak Merah  |  potong serong
  • 200 gm Isi Ayam  |  dihiris
  • 1 biji Bawang Merah Besar  |  dicincang
  • 4 ulas Bawang Putih  |  dicincang
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam
  • 3 sdm Sos Tiram
  • 3 sdm Kicap Manis
  • 1 sdb Tepung Jagung  |  bancuh dengan sedikit air
  • 1 cwn Air
  • 1/2 sdt Gula
  • Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
❀  Masukkan ayam /*udang dan tumis hingga masak
❀  Tuang sedikit air
❀  Masuk serbuk lada hitam
❀  Masuk karot dan brokoli
❀  Masuk sos tiram dan kicap manis
❀  Tuang air dan bancuhan tepung jagung
❀  Perasakan garam dan gula secukupnya , gaul rata
❀  Taburkan sedikit bawang goreng
❀  Sedia dihidang


CATATAN HoSSK :
# bawang besar... guna 8 ulas bawang merah kecil
# ayam... tukar 10 ekor udang besar
# karot... tak bubuh
# tambah 1 sdb minyak bawang putih diambil sekali dengan bawang putih goreng
# last sekali sebelum diangkat renjiskan sedikit minyak bijan dan kacau rata




0
LOMPAT TIKAM yang sedap & mudah


Iftar #7

Kuih yang pastinya teratas dalam carta terutamanya bulan puasa. Tak puasa pun tetap dalam carta... tak gitew. Lebih lebih lagi bila makan hari panas... laju saja meluncur dalam tekak.

Dessert yang tak pernah saya tinggal di bulan puasa , wajib buat... kalau beli belum tentu dapat macam mana kita nak. Lompat tikam versi ni mudah je. Dia takde pulut merah macam hok kelate punya atau ganu dikukus. Lompat tikam ni sebenarnya lompat tikam Rubiah Suparman. Siapa tak kenal empunya nama tu kan... seorang pelakon dikenali ramai dan pemilik restoran Puteri.

Lama dah saya bookmark resipi ni , dua tiga tahun lepas. Baru la ni teringat nak buat. Puashati betul rasa dia. Bila makan tu rasa macam makan cendol... lembut halus je tekstur dia. Nak lagi sedap , kuih dengan air gula kena sejukkan dulu siap-siap dalam peti sejuk... time nak buka just tuang air gula... ambil sudu dan ngapp. Mesti tak cukup satu...



LOMPAT TIKAM RUBIAH SUPARMAN
by House of SSK
source : Azlina_TerminalHijrah  &  Ridzma_MyResipi

LAPISAN BAWAH :
  • 4 cwn Air Pandan  |  kisaran daripada 2 helai daun pandan 
  • 1 cwn Tepung Beras
  • 1 sdb Air Kapur
LAPISAN ATAS :
  • 4 cwn Santan Pekat
  • 1/2 cwn Tepung Beras
  • Sedikit Garam
AIR GULA MELAKA:
  • 2 ketul Gula Melaka
  • 4 cwn Air
  • 1 helai Daun Pandan  |  disimpul

CARA PENYEDIAAN :

❀  Air Gula Melaka
- Masakkan semua bahan sehingga mendidih dan gula larut
- Sejukkan

❀  Lapisan Bawah
- Tepung beras + air kapur + air pandan - sebatikan
- Tambah beberapa titis pewarna hijau jika mahu
- Masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat
- Tuangkan ke dalam bekas / acuan yang sesuai

❀  Lapisan Atas
- Campurkan kesemua bahan
- Masak atas api sederhana sekejap saja
- Apabila sudah pekat tutup api
- Tuang dan lapiskan atas lapisan bawah tadi

❀  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama air gula melaka





0
NASI AYAM CLAYPOT

Iftar #6

Sebelum ni takde claypot jadi saya masak dalam rice cooker je. Selepas percubaan pertama menjadi dan terjumpa satu lagi resipi lain yang juga guna claypot barulah cari claypot. Cari kat chow kit je pun... jadi ler buat main masak-masak. Kalau beli semata untuk buat nasi ni je memang tak kot... cukup la rice cooker... nih dah ada resipi lain menunggu kira ok ler.
Ada permintaan nasi claypot untuk berbuka semalam so layankan je... sekaligus perasmian. Banyak juga boleh isi...muat untuk 3 cawan beras. Sebelum ni buat ikut Chef Hassan Hen. Tapi kali ini saya gabungkan resipi Chef Hassan dengan Adnilsam Apat. Hampir sama je dua-dua cuma cara penyediaan ada beza sikit.

NASI AYAM CLAYPOT
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 cwn Beras Jasmine Siam Wangi  |  cuci bersih - rendam 30 min - tos 
  • 3 cwn Air Panas + kiub Pati Ayam  |  bancuh
  • Sedikit Minyak Bijan
  • Periuk Tanah / Claypot
BAHAN B  (untuk perapan ayam) :
  • 8 potong Ayam
  • 1/2 inci Halia *
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 1/2 kiub Pati Ayam *
  • 1 sdt Biji Lada Putih *
  • 1 sdt Gula Perang * (* tumbuk )
  • 1 sdm Sos Tiram
  • 1/4 sdt Chinese 5 Spice
  • 2 sdm Minyak Bijan
  • 1 sdm Kicap Pekat
  • 1 sdm Kicap Cair
  • 1 sdt Tepung Jagung
  • Sedikit Air
  • Sedikit Minyak untuk menumis
BAHAN C  (untuk cendawan) :
  • 8 kuntum Cendawan Hitam Kering  |  basuh bersih - rebus hingga lembut -  tos - hiris 
  • 2 tangkai Daun Bawang  |  potong kecil
  • 4 tangkai Cili Kering  |  cuci - potong-potong
  • Sedikit Minyak Bijan untuk tumis
BAHAN D  (untuk kicap ~ satukan semua) :
  • 1 sdm Kicap Pekat
  • 2 sdm Kicap Cair
  • 1/2 sdm Sos Tiram
  • 1 sdm Minyak Bawang Putih  (ambil sekali bawang putih goreng)
BAHAN E  (taburan) :
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
CARA PENYEDIAAN :

❀  Gaul ayam dengan semua bahan perapan kecuali air dan minyak. Perap selama 30 minit

❀  Sementara ayam diperap , sediakan untuk cendawan
Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak bijan. Tumis cili kering dan daun bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan , kacau sebati. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Angkat dan ketepikan

❀  Nasi
Masukkan air panas yang dibancuh dengan kiub ayam ke dalam claypot. Tutup dan jerangkan sehingga mendidih. Sudah didih masukkan beras. Kecilkan api hingga betul-betul kecil. Tutup claypot dengan penutupnya dan biar hingga nasi 80% masak

❀  Sementara menunggu nasi masak sediakan ayam
Panaskan minyak. Tumis ayam bersama perapan , masukkan air dan biarkan hingga agak pekat dan ayam masak (jangan lupa rasa jika perlu)

❀  Kembali pada nasi tadi
Bila nasi dah 80% masak , gemburkan sedikit menggunakan garfu. Kemudian bubuh ayam dan cendawan yang dimasak tadi atas nasi. Sudukan juga Bahan D secara merata. Taburkan sedikit daun bawang. Tutup semula claypot dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan ayam empuk. Padamkan api

❀  Taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng ke atas nasi. Biarkan 5 minit dan kemudian hidang panas-panas

❀  Kalau nak pedas dan lebih perisa boleh sediakan kicap cair + cili padi potong



CATATAN HoSSK :
# guna cawan penyukat rice cooker untuk masak nasi
# untuk nasi claypot yang sedap disarankan guna beras Jasmine Siam Wangi 
# guna air rebusan ayam untuk merebus beras dan menumis ayam... jika tak ada air rebusan ayam , guna kiub ayam yang dibancuh dengan air panas
# banyak mana kiub pati ayam nak guna... ikut citarasa masing-masing
# untuk claypot pertama kali guna , rendamkan ia dalam air biasa selama 8 jam... begitu juga bila setiap kali nak guna kena rendam dulu bagi mengelakkan claypot retak disebabkan haba panas  (tips ini diberikan oleh penjual tempat saya beli claypot)





0
SIAKAP KUKUS RED KEBAYA


Tercetus idea selepas membelek-belek katalog menu di satu restoran china muslim. Diteliti satu persatu gambar dalamnya. Ada satu gambar mencuri perhatian. Macam biasa kalau makan-makan di luar dan berkenan gambar dalam menu... saya keluarkan phone dan try search google. Mana tau untung sabut timbul. Dan alhamdulillah jumpa... di Nyonyacooking.com. Saya tak tunggu lama. Selang beberapa hari selepas study sikit resipi , terus buat. Resipi google tu cuma panduan je. Ada bahan lain saya tambah ikut citarasa dan selera sendiri. Ternyata usaha tak sia-sia. Panas-panas makan dengan nasi putih... pastu makan sekali dengan daun ketumbar hias tu... lagi naik rasa dia. Sedapp!

SIAKAP KUKUS RED KEBAYA
by House of SSK

BAHAN A :
  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 3 biji Cili Merah 
  • 3 biji Cili Padi
  • 8 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 cm Halia
  • 2 sdm Taucu
  • 2 sdt Sos Cili
  • 1 sdm Kicap Manis
  • 1 sdm Sos Tiram
  • 2 sdt Gula
  • Sedikit Pati Ayam Pekat Maggi
  • Beberapa Hirisan Halia
  • Sedikit Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sediakan paste
Kisar tanpa air / cincang halus -- cili merah + cili padi + bawang merah + bawang putih + halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masuk taucu , kicap manis , sos tiram , sos cili , pati ayam maggi dan sedikit air supaya tak kering. Kacau goreng untuk 1 minit dengan api kecil. Masukkan gula dan kacau rata. Ketepikan
❀  Panaskan kukusan hingga mendidih
❀  Letak ikan dalam pinggan tahan panas , aturkan hirisan-hirisan halia atas ikan dan kukus selama 6 minit
❀  Setelah masak buang semua halia , jika ada air ikan yang keluar buang juga , ratakan paste cili yang dimasak tadi menutupi ikan dan kukus semula untuk 6 minit lagi
❀  Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih





1
RAHSIA BUBUR JAGUNG SEDAP & MEE BANDUNG MUAR


Iftar hari ke-3... Bubur Jagung

Ada jagung , ada keledek... bagi meriah sikit warna warna. Power habis rasa dia... dengan pekatnya , likat , lemak berkrim semua perfect. Rupanya ada 'rahsia' macam mana nak dapatkan rasa bubur yang sedap. Sebelum ni ada juga terbaca di google lagu mana nak bagi bubur pekat sedap. Dan pernah cuba ikut macam dibaca... tapi masih tak dapat rasa yang betul betul kick.

Selepas didedahkan rahsianya oleh Chef Azahari Abdullah dalam Fb milik beliau , dan setelah saya cuba sendiri barulah dapat rahsia yang sebenar-benarnya. Dan sekarang inilah resipi bubur jagung paling killer pernah saya rasa. Tq banyak-banyak chef...

Bahan yang saya guna dalam resipi di bawah sama macam chef cuma kuantiti saya sendiri berdasar apa yang dah saya cuba... sebab chef buat seperiuk besar 5 tongkol jagung. Alhamdulillah... bubur jagung yang terlajak sedapp. Rahsianya terletak pada 3 bahan. Apa 3 bahan tu ye... jom semak...

BUBUR JAGUNG SEDAP
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 tongkol Jagung Manis  |  hiris isi
  • 1 biji Keledek Ungu  |  potong dadu besar
  • 1 biji Keledek Oren  |  potong dadu besar
  • 100 gm Sagu  |  direndam dulu
  • 1 cwn Santan Segar Pekat 
  • 1 cwn Susu Cair
  • 1/2 cwn Susu Pekat
  • 1/3 keping Gula Melaka  /  secukupnya
  • 1 helai Daun Pandan  |  disimpul
  • Sedikit Garam 
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Rebus keledek  (tambah secubit garam) sehingga lembut , toskan dan buang air rebusan
❀  Didihkan secukupnya air dalam periuk
❀  Masuk sagu , biar kembang... kacau sekali sekala
❀  Masuk jagung , biar masak... kacau sekali sekala
❀  Masuk keledek dan daun pandan , biar didih
❀  Sementara itu satukan santan segar , susu cair  &  susu pekat , kacau dan masukkan ke dalam periuk... kacau rata
❀  Masuk gula melaka , kawal api dan tunggu sehingga mendidih
❀  Masuk garam secukup rasa untuk menaikkan rasa lemak
❀  Siap

makan sejuk-sejuk pun sedap...
sampai hari ni terasa-rasa lagi lemak manis sedapnya bubur ni...




Iftar hari ke-4... Mee Bandung Muar


Ada banyak hal kena uruskan semalam. Dalam kelam kabut tu dapat juga siapkan mee bandung untuk berbuka. Ada banyak step penyediaan... daripada membuat paste , merebus itu ini ... sampailah memasakkan kuah. Lama dah screenshot resipi yang sumbernya daripada google. Rasa dia ok... sedap. Cuma rasanya tu seperti ada 'hilang' sesuatu. Banyak kali tengok balik resipi kot ada tertinggal bahan ka step... takde pun... semua follow exactly... ye lah first time buat kan.

Atas sebab itu tak dapat saya kongsikan resipinya di sini. Ada kelapangan saya akan test lagi... tambah atau ubah apa yang patut





1
NASI MINYAK UTARA , DAGING NEGRO & ACAR TIMUN


Menu iftar hari ke-2 ramadan semalam...
Nasi Minyak Utara , Acar Timun dan paling special adalah Daging Negro.

Nasi minyak ni masuk kali ketiga buat. Ketiga-tiganya menjadi sedap sekali dan tak pernah meragam even pertama kali buat terus jadi. Cuma yang ini saya tambah daun pudina sebab nak perabiskan baki yang ada lepas guna masak kurma ayam hari tu.

Rasa nasi ringan , tak muak dan tak berat macam nasi berperisa lain. Bagi melengkapkan hidangan , ada tiga jenis acar bermain di fikiran... last-last masa pun dah suntuk acar timun je yang sempat. Tu pun tak complete... timun , cili dengan bawang je nenas takde. Apapun hidangan tetap memikat selera. Macam makan nasi minyak kat kenduri pula rasanya... hihi

NASI MINYAK UTARA
by House of SSK
source : Eny Abdullah

BAHAN A :
  • 4 cwn Beras
  • 1 1/2 cwn Susu Cair
  • 1/4 cwn Minyak
  • 4 sdb Minyak Sapi
  • 4 cwn Air  |  ikut beras yang digunakan
  • 2 biji Tomato  |  kisar tanpa air , kalau kisar dgn air gunakan air yang disukat untuk beras
  • 2 helai Daun Pandan  |  disimpul
  • 2 sdt Garam
  • Daun Pudina*
BAHAN B  (rempah tumis) :
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 5 kuntum Bunga Cengkih
BAHAN C  (kisar) :
  • 1 labu Bawang Besar
  • 1 inci Halia
  • 3 ulas Bawang Putih

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dan minyak sapi
❀  Tumis Bahan (B) dan Bahan (C) bersama daun pandan hingga wangi
❀  Masuk tomato kisar , tumis lagi hingga wangi dan pecah minyak
❀  Masuk air , susu cair , garam dan *daun pudina , biarkan mendidih
❀  Masuk beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering




Pas citer nasi minyak kita ke story yang ni pula. Inilah rahsia yang saya war-warkan semalam. Hitam-hitam si tampuk manggis , biarpun hitam ku pandang manis... hahaha

Sekali pandang serupa daging masak hitam betui dak. Jangan silap mata memandang naa... bukan daging masak hitam ka daging masak ceylon ka. Bahan-bahan memang tak sama langsung macam masak hitam. Dah bahan tak sama... rasa dia lagi lah tak sama. Hangpa google la cari tang mana pun... memang tak kan jumpa aiihh


Mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menggunapakai tips yang diberi , berjaya sudah menghasilkan menu istimewa dengan nama komersialnya Daging Negro. Di dalamnya tersembunyi 1001 Secret Ingredients hingga menjadikan ia satu sajian yang sungguh enak dan lazat. Apakah rahsia itu? Semuanya dapat dibongkar dengan menyertai PJJ Online Class oleh Chef Azahari Abdullah @ Chef 'E


Gandingan mantap Daging Negro dengan Nasi Minyak... atau dengan ketupat /nasi impit pun boleh sangat. TQ Chef... so far semua resipi atas bimbingan chef , superb and marvellous!




0
KARIPAP RANGUP INTI KENTANG REMPAH KURMA & AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

Salam Ramadan Al Mubarak
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan lagi bulan yang mulia penuh rahmat , bulan ibadah dan bulan kebahagiaan
Alhamdulillah... masuk hari kedua puasa hari ni...


Sementara daging tengah rebus kat dapur tu untuk buat satu masakan rahsia menu iftar nanti... sempat la update sekejap.
Iftar semalam ala kadar seadanya... Karipap Rangup UFO dengan Agar-Agar Lumut. Lauk pula lauk-lauk biasa je. UFO sebab bentuknya bulat. Intinya pun bukan macam inti biasa rempah kari tapi rempah kurma dengan tambahan rempah-rempah lain. Sedap inti dia... rasa ala ala samosa ada... rasa murtabak pun ada. Kena sangat dengan kulit karipap yang rangup tuh. Resipi inti saya intai di blog Wind of Change. Saya tambah dua bahan lain ikut selera iaitu ayam dan halia.

INTI KENTANG BEREMPAH KURMA
by House of SSK

BAHAN A :
  • Isi Ayam  |  potong kecil-kecil 
  • 2 biji Ubi Kentang Sederhana Besar  |  potong dadu kecil
  • 1 biji Bawang Besar Merah  |  potong dadu kecil
  • 1 biji Cili Merah  |  hiris
  • 1 biji Cili Hijau  |  hiris 
  • 1 sdt Garam / secukup rasa
  • 1 sdb Gula / secukup rasa
  • 1/2 cwn Air 
  • Minyak untuk menumis
BAHAN B  (tumbuk halus) :
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 hiris Halia
BAHAN C  (bancuh dengan air) :
  • 1 sdt Serbuk Jintan Manis
  • 1 sdt Serbuk Jintan Putih
  • 1 sdt Serbuk Kunyit
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam
  • 2 sdb Serbuk Rempah Kurma Mak Siti

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Tumis Bahan (B) hingga wangi
❀  Masuk Bahan (C) , tumis hingga garing
❀  Masuk ayam , kacau dan biar masak
❀  Masuk ubi kentang dan tambahkan air , biar sehingga mendidih
❀  Masuk bawang merah , cili hijau , cili merah dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya

❀  Masak hingga airnya kering sambil selalu dikacau
❀  Bila ubi kentang dah empuk , angkat dan sejukkan sebelum diisikan ke dalam doh karipap


Resipi inti saja saya boleh kongsikan. Untuk doh karipap maaf banyak-banyak... tak dapat nak kongsi... amanah orang lagipun dia buat untuk jualan. Tapi nak habaq la... memang betul sedap , kulit dia rangupp sungguh. Thank you so much ye kak sudi kongsi resipi doh yang mantap nih...


********************

Pemanis mulut penyejuk tekak , Agar-Agar Lumut Gula Merah.
Dia punya lembut , lemak , manis , semua secukup rasa...

AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH
by House of SSK

BAHAN-BAHAN:
  • 10 - 11 gm Agar-Agar Tali
  • 800 gm Air
  • 120 gm Gula Merah
  • 45 gm Gula Pasir
  • 200 gm Santan Pekat Fresh
  • 1 biji Telur (A)
  • Secubit Garam
  • 2 helai Daun Pandan  |  disimpul

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masak agar-agar + air + daun pandan hingga didih dan agar-agar larut
❀  Sementara itu pukul telur + garam dengan garfu hingga berbuih , kemudian masukkan santan dan kacau rata , ketepikan
❀  Setelah agar-agar didih masuk gula merah , masak hingga gula larut dan tapis
❀  Buang daun pandan , masukkan balik larutan agar-agar ke dalam periuk dan sambung masak
❀  Masukkan campuran santan + telur tadi dan gula , biarkan gelegak sampai santan bergentel
❀  Selepas gelegak kali pertama... kacau , dan biarkan gelegak lagi
❀  Setelah gelegak kali kedua... kacau sekali lagi , biarkan sekejap kemudian tuang ke dalam loyang atau sebarang bekas pilihan yang telah dibasahkan dan disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk
❀  Biarkan sejuk di luar dulu. Bila bahagian atas dah beku baru masukkan ke dalam peti sejuk





1
KUIH LAPIS PELANGI KASIH RAMADAN

Sekejap masa berlalu. Hari ni dah sampai ke penghujung bulan Syaaban bagi tahun 1439H. InsyaAllah selepas mahgrib nanti akan menyapa tiba Ramadan... bulan yang kunjungannya dinanti-nanti dan dirindu setelah setahun menghilang. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan...


Memandangkan esok mula puasa jadi hari ni rajinkan diri menalam. Dah puasa nanti kalau tak kebizian ada la talam menalam... kalau tak buat yang lain. Diberi nama Kuih Lapis Pelangi Kasih Ramadan sempena tibanya Ramadan. Asalnya Kuih Lapis Coklat Pandan Kak Wan @ Citarasawan. Tapi saya beri sentuhan warna warna pelangi menggambarkan keceriaan menanti hari esok. 

Saya buat sikit jer... half daripada resipi di bawah. Layer nampak tebal sikit sebab buat satu layer satu warna. Kalau nak lapisan cantik dan halus disarankan buat satu resipi. Jadi setiap warna boleh buat dua atau tiga lapis sebelum dilapis dengan warna lain.

Kat luar cuaca tak berapa elok dari pagi , mendung dan hujan. Jadinya ada kerja yang sepatut diusahakan hari ni tertangguh. Tak apa lah nak buat camna kan hujan pun rezeki. Sementara kerja itu tak dapat diteruskan... kita layan dulu kuih lapis kaler maler seceria pelangi yang sedap nih. Cumanya hari ni takde pelangi...

KUIH LAPIS PELANGI KASIH RAMADAN
by House of SSK

BAHAN A :
  • 270 gm Tepung Beras
  • 200 gm Tepung Ubi
  • 30 gm Tepung Jagung
  • 1/2 sdt Garam
  • 400 ml Santan Kotak
  • 250 ml Air
BAHAN B:
  • 300 gm Gula Pasir
  • 500 ml Air
  • 4 helai Daun Pandan
BAHAN C:
  • Pewarna - Ungu , Biru , Hijau , Kuning , Oren , Merah

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan Bahan (A) , kacau rata dan ketepikan
❀  Masak Bahan (B) hingga mendidih , tuang ke dalam (A)
❀  Kacau dengan cepat hingga rata dan tapis
❀  Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian mengikut warna pelangi
❀  Sediakan loyang 8 x 8 inci , alas plastik dan gris sedikit minyak
❀  Setelah kukusan mendidih , kukus 1 bahagian warna selama 5 minit
❀  Diikuti bahagian-bahagian warna yang lain yang mana setiap lapisan dikukus selama 5 minit
❀  Untuk lapisan terakhir tutup dengan foil dan kukus selama 25 minit





0
STEAM JADE TAUFU

Untuk yang gemar tauhu pasti akan gemar yang ini juga. Tak makan dengan nasi ratah macam tu je pun dah kenyang. Siapa-siapa yang diet tu sesuai sangatlah kukus kukus camni... yang tak diet pun apa salahnya. Kalau kat luar mau puluh hinggit jugak sepinggan besar macam nih. Ni dah boleh sediakan sendiri alhamdulillah... hari-hari pun boleh... tinggal rajin tak rajin je. Memang sedap... terasa pedas-pedas lada putih , lemak-lemak masin kicap , ayam dan udang kering. Paling penting untuk masakan cina seperti ini minyak bawang putih wajib ada.

STEAM JADE TAUFU
by House of SSK
source : Chef Hassanhen Bin Abdullah

BAHAN A :
  • 1 biji Timun
    - buang kulit , potong setebal 1 inci setiap potongan dan buang biji tengah

  • 4 keping Tauhu Putih
    - menggunakan sudu korek sikit bahagian tengah tauhu bagi membentuk lubang... tak perlu dalam sangat dan simpan isi tauhu yang dikorek untuk langkah seterusnya

  • 1 keping Dada Ayam
    - potong kecil-kecil dan blend bersama 1 biji telur kuning + isi tauhu yang dikorek tadi

  • 1 sdm Isi Udang Kering  |  tumbuk 
  • 1 sdt Biji Lada Putih  |  tumbuk 
  • 3/4 sdm Kicap Cair
  • 3/4 sdm Minyak Bawang Putih
  • 1 sdt Tepung Jagung 
  • Cili Merah  |  hiris
  • Cili Hijau  |  hiris
  • Daun Bawang  |  hiris
BAHAN B  (sos) :
  • 1 sdm Minyak Bawang Putih
  • 2 1/2 sdm Kicap Cair
  • 2 sdm Sos Tiram
  • 1/2 sdm Gula Pasir
  • 1 sdt Garam
  • 1 sdt Serbuk Pati ayam
  • 1/2 sdm Minyak Bijan
  • 2 1/2 sdm Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sediakan inti
❀  Masukkan bahan blend (isi ayam + kuning telur + isi tauhu) ke dalam bekas.
❀  Masuk bahan tumbuk  (udang kering + lada putih) , cili merah , cili hijau , daun bawang , kicap cair , minyak bawang putih dan tepung jagung untuk pekatkan.
❀  Kacau sebatikan semua bahan , ketepikan
❀  Sementara itu , atur timun dan tauhu dalam pinggan tahan panas. Hias tauhu dengan hirisan cili merah di tiap penjuru
❀  Isi inti ayam tadi dalam lubang tauhu dan timun dengan isian penuh memumbung. Dah siap isi semua ketepikan dahulu


❀  Sediakan sos pula
❀  Satukan semua bahan sos , kacau rata
❀  Sudukan ke atas tauhu dan timun hingga habis
❀  Kukus 5 - 6 minit dengan api kuat atau 10 - 15 minit jika api perlahan


❀  Dah siap kukus , keluarkan dari kukusan
❀  Sudukan bawang putih goreng atas tauhu dan tabur hirisan daun bawang


CATATAN HoSSK :
# udang kering boleh gantikan dengan udang segar 
# sebelum masak rasa sos agak masin , tapi bila dah masak akan jadi secukup rasa
# kalau tak ada pinggan tahan panas guna aje loyang... dah masak alihkan ke dalam pinggan 




0
CHEEZY MILKY BREAD PUDDING

Selalunya gandingan puding roti dengan kuah kastad. Kali ni kita gandingkan dengan cheese menjadikan ia dua lapisan... lapisan roti dan lapisan cheese. Ikut asal dibakar guna kaedah biasa tapi saya guna kaedah waterbath supaya lebih moist. Sebetulnya puding ni kena biarkan betul-betul sejuk baru cantik dipotong tapi sebab dah tak sabar tunggu sejuk... panas lagi dah potong. Makan panas sedap... makan sejuk lagi sedap. Hias atas pula ikut apa yang ada je...

CHEEZY MILKY BREAD PUDDING
by House of SSK
source : Cik Dayang Zuhaila_EasyBakeLab

BAHAN A :
  • 10 - 12 keping Roti 
  • 1 sdb Minyak Sapi  (lebih wangi)
  • 2 cwn Susu Segar
  • 2 sdb Susu Pekat  (optional)
BAHAN B :
  • 250 gm Cream Cheese
  • 1/2 cwn Gula Perang
  • 1 biji Telur (A)
  • Sedikit Esen Vanila
BAHAN C (hiasan) :
  • 5 biji Prune  |  hiris halus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Carik-carikkan roti , tuangkan susu... dengan menggunakan whisk gaul atau tekan-tekankan roti hingga serata dengan susu
❀  Masuk susu pekat , kacau sambil tekan roti hingga rata
❀  Masuk butter / minyak sapi , kacau rata
❀  Ketepikan
❀  Sementara itu dalam bekas lain whisk cheese hingga lembut
❀  Masuk telur , gula perang... whisk hingga rata , halus dan tidak bergentel
❀  Masukkan esen vanila , whisk rata
❀  Gris loyang dengan butter / majerin supaya tak lekat... loyang 10 inci atau jika nak puding tinggi guna 8 inci 
❀  Ambil 3/4 bhg hirisan prune masukkan ke dalam adunan roti , gaul rata
❀  Kemudian tuang ke dalam loyang dan ratakan
❀  Lapiskan pula adunan cheese dan ratakan
❀  Hias atas dengan lebihan prune
❀  Bakar secara waterbath suhu 180C 45 minit dengan api bawah + fan
❀  Biarkan betul-betul sejuk baru potong


CATATAN HoSSK :
# minyak sapi boleh ganti dengan butter 
# prune boleh ganti dengan hiasan lain seperti nutella atau yang bersesuaian ikut suka
# jangkamasa membakar 45 - 60 minit atau sehingga masak bergantung pada oven begitu juga suhu
# untuk potongan yang cantik potong bila sudah benar-benar sejuk menggunakan pisau plastik 




0
TOM YAM IKAN BILIS

Sesekali berhidangkan lauk simple mengguna lebihan sambal belacan... hmmm layan abisss...

TOM YAM IKAN BILIS
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • Ikan Bilis / Ikan Kering  |  digoreng garing
  • Ubi Kentang  |  dipotong baji  &  goreng
  • Sedikit Sambal Belacan
  • 1 biji Cili Merah  |  hiris
  • 1 biji Cili Hijau  |  hiris
  • 1 biji Tomato  |  buang biji  &  potong dadu 
  • Bawang Besar  |  potong bulat
  • 1 batang Serai  |  hiris halus
  • 1 kiub Tom Yam @ 1 sdb Pes Tom Yam
  • Daun Limau Purut  
  • Gula dan Sos Nampla sccukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Menggunakan minyak gorengan ikan bilis , tumiskan dahulu sambal belacan hingga sedikit garing
❀  Masuk cili hiris , serai , tomato , bawang besar dan daun limau sehingga wangi
❀  Masuk kiub / pes tomyam , kacau rata
❀  Perasakan dengan gula dan sos nampla secukup rasa
❀  Setelah garing tutup api
❀  Biarkan sejuk sebentar baru masukkan ikan bilis dengan kentang goreng
❀  Gaul rata dan siap untuk dihidang


CATATAN HoSSK :
# sambal belacan boleh ganti dengan cili api yang ditumbuk kasar , kepedasan ikut suka dan ditumis sekali dengan semua bahan hiris
# cili merah & cili hijau adalah optional




0
SAMBAL SOTONG BERSERAI

Sesekali bernasi lemak dengan sambal sotong , kena pulak dengan sambal beraroma serai... bersilih ganti tangan menyenduk nasi... masing-masing menambah makan. Si tukang masak yang melihat cuma tersenyum. Sambalnya sengaja saya buat sedikit berkuah tapi masih lagi pekat atas permintaan ahli rumah yang mahukan sambal ada kuah-kuah sikit. Memang besttt!

SAMBAL SOTONG BERSERAI
by House of SSK
source : CMG_DTS

BAHAN A :
  • 6 -7 ekor Sotong Segar
  • 1 biji Bawang Besar  |  hiris kasar 
  • 1/4 cwn Jus Asam Jawa
  • 1 cwn Cili Kisar   
  • 2 batang Serai  |  ketuk   
  • Garam dan Gula secukup Rasa
BAHAN B (kisar halus) :
  • 7 ulas Bawang Merah Kecil
  • 2 ulas Bawang Putih 
  • 3 biji Cili Merah Besar
  • 1/2 inci Halia  
  • 1/2 inci Kunyit Hidup   
  • Belacan sebesar ibu jari  |  bakar

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sotong dihiris dan buang mata. Cuci , tos dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Bilas dan toskan dalam tapis
❀  Panaskan minyak anggaran 1/3 cwn dalam kuali
❀  Tumis serai bersama bahan B hingga wangi
❀  Masuk cili kisar , masak dengan api kecil dan kacau sentiasa hingga cili garing dan pecah minyak
❀  Masuk jus asam jawa , kacau. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ikut sesuai selera.
❀  Bila sambal dah betul-betul garing dan pecah minyak masukkan sotong diikuti hirisan bawang besar
❀  Besarkan api dan kacau rata hingga sotong berubah warna
❀  Masak untuk seketika lagi dalam 1 - 2 minit
❀  Rasa dan jika ok boleh matikan api
❀  Hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak





0
TALAM KASWI KELADI

Lepas terpandang di mukabuku sana , saya terus berkata , why not? Tak cuba kita tak tau. Lagipun kuih kaswi keladi bukan satu versi saja... macam-macam versi ada. Walaupun bahan lebih kurang sama , rasa lain-lain.
Ternyata sedap, penuh rasa keladi , lembut dan tak kenyal sangat. Rasanya juga tak macam kaswi keladi biasa yang lain. Ia ada kelainannya tersendiri.

TALAM KASWI KELADI
by House of SSK
source : Maamon Hj Mohamad
BAHAN A :
  • 300 gm Keladi
    (buang kulit , timbang , rebus hingga empuk dengan sedikit garam  &  tos)
  • 70 gm Tepung Ubi 
  • 90 gm Tepung Beras
  • 225 gm Gula   
  • 300 ml Santan   
  • Pewarna Ungu
  • 1/2 biji Kelapa Parut Putih + sedikit Garam
    (kukuskan sekejap supaya tak cepat basi)

CARA PENYEDIAAN :
❀  Keladi + santan + gula ~ blend hingga halus
❀  Tuangkan bahan kisar ke dalam campuran tepung ubi + tepung beras + secubit garam , kacau sebati dengan whisk
❀  Bubuh pewarna ungu dan kacau rata
❀  Sediakan loyang dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekeliling
❀  Kukus selama 25 minit atau sehingga masak  (pastikan pengukus sudah betul-betul panas)
❀  Setelah siap kukus biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong
❀  Gaul dengan kelapa parut
❀  Siap untuk dinikmati


CATATAN HoSSK :
# masih lagi terasa manis walaupun dah kurangkan gula kepada 200 gm , kena kurangkan lagi sikit 
# santan sotak 150 gm + air 150 gm