0
KARIPAP RANGUP INTI KENTANG REMPAH KURMA & AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

Salam Ramadan Al Mubarak
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dipertemukan lagi bulan yang mulia penuh rahmat , bulan ibadah dan bulan kebahagiaan
Alhamdulillah... masuk hari kedua puasa hari ni...


Sementara daging tengah rebus kat dapur tu untuk buat satu masakan rahsia menu iftar nanti... sempat la update sekejap.
Iftar semalam ala kadar seadanya... Karipap Rangup UFO dengan Agar-Agar Lumut. Lauk pula lauk-lauk biasa je. UFO sebab bentuknya bulat. Intinya pun bukan macam inti biasa rempah kari tapi rempah kurma dengan tambahan rempah-rempah lain. Sedap inti dia... rasa ala ala samosa ada... rasa murtabak pun ada. Kena sangat dengan kulit karipap yang rangup tuh. Resipi inti saya intai di blog Wind of Change. Saya tambah dua bahan lain ikut selera iaitu ayam dan halia.

INTI KENTANG BEREMPAH KURMA
by House of SSK

BAHAN A :
  • Isi Ayam  |  potong kecil-kecil 
  • 2 biji Ubi Kentang Sederhana Besar  |  potong dadu kecil
  • 1 biji Bawang Besar Merah  |  potong dadu kecil
  • 1 biji Cili Merah  |  hiris
  • 1 biji Cili Hijau  |  hiris 
  • 1 sdt Garam / secukup rasa
  • 1 sdb Gula / secukup rasa
  • 1/2 cwn Air 
  • Minyak untuk menumis
BAHAN B  (tumbuk halus) :
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 hiris Halia
BAHAN C  (bancuh dengan air) :
  • 1 sdt Serbuk Jintan Manis
  • 1 sdt Serbuk Jintan Putih
  • 1 sdt Serbuk Kunyit
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam
  • 2 sdb Serbuk Rempah Kurma Mak Siti

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak
❀  Tumis Bahan (B) hingga wangi
❀  Masuk Bahan (C) , tumis hingga garing
❀  Masuk ayam , kacau dan biar masak
❀  Masuk ubi kentang dan tambahkan air , biar sehingga mendidih
❀  Masuk bawang merah , cili hijau , cili merah dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya

❀  Masak hingga airnya kering sambil selalu dikacau
❀  Bila ubi kentang dah empuk , angkat dan sejukkan sebelum diisikan ke dalam doh karipap


Resipi inti saja saya boleh kongsikan. Untuk doh karipap maaf banyak-banyak... tak dapat nak kongsi... amanah orang lagipun dia buat untuk jualan. Tapi nak habaq la... memang betul sedap , kulit dia rangupp sungguh. Thank you so much ye kak sudi kongsi resipi doh yang mantap nih...


********************

Pemanis mulut penyejuk tekak , Agar-Agar Lumut Gula Merah.
Dia punya lembut , lemak , manis , semua secukup rasa...

AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH
by House of SSK

BAHAN-BAHAN:
  • 10 - 11 gm Agar-Agar Tali
  • 800 gm Air
  • 120 gm Gula Merah
  • 45 gm Gula Pasir
  • 200 gm Santan Pekat Fresh
  • 1 biji Telur (A)
  • Secubit Garam
  • 2 helai Daun Pandan  |  disimpul

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masak agar-agar + air + daun pandan hingga didih dan agar-agar larut
❀  Sementara itu pukul telur + garam dengan garfu hingga berbuih , kemudian masukkan santan dan kacau rata , ketepikan
❀  Setelah agar-agar didih masuk gula merah , masak hingga gula larut dan tapis
❀  Buang daun pandan , masukkan balik larutan agar-agar ke dalam periuk dan sambung masak
❀  Masukkan campuran santan + telur tadi dan gula , biarkan gelegak sampai santan bergentel
❀  Selepas gelegak kali pertama... kacau , dan biarkan gelegak lagi
❀  Setelah gelegak kali kedua... kacau sekali lagi , biarkan sekejap kemudian tuang ke dalam loyang atau sebarang bekas pilihan yang telah dibasahkan dan disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk
❀  Biarkan sejuk di luar dulu. Bila bahagian atas dah beku baru masukkan ke dalam peti sejuk





0 sweet comments: