0
KUAH MASAK LAKSA TERENGGANU


KUAH MASAK LAKSA TERENGGANU
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 ekor besar Ikan Kembung 
  • 1 sdb Rempah Gulai Cap Bunga Ros
  • 1 sdb Rempah Masak Cap Bunga Ros
  • 4 sdb Cili Kisar
  • 2 sdb Kerisik  
  • 1 1/2 cwn Santan Pekat Segar
  • 4 cwn Air
  • 1 - 2 keping Asam Keping  (ikut kemasaman) 
  • Gula Merah / Gula Melaka
  • Gula Pasir
  • Garam
  • 3 sdb Cili Kisar  |  untuk tumisan asing  &  dicurahkan atas kuah di akhir sekali
BAHAN B  (kisar) :
  • 10 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
BAHAN C  (ulam-ulaman) :
  • Taugeh
  • Kobis
  • Timun
  • Kacang Panjang


CARA PENYEDIAAN :

❀  Bersihkan ikan dan bakar tawar
Asingkan isi dari tulang
Masukkan isi ikan dalam pengisar buh air sikit - kisar halus - tuang ke dalam mangkuk
Masuk pula tulang buh air sikit - kisar halus - tapis ambil patinya saja - buang hampas tulang

❀  Satukan Bahan (B) + rempah gulai + rempah masak + cili kisar + kerisik - kacau rata - ketepikan

❀  Didihkan santan + asam keping + gula melaka + gula pasir + garam sehingga mendidih

❀  Masukkan campuran rempah tadi , rasa dulu dan tambah apa yang kurang... masam , masin , manis

❀  Kacau rata dan biarkan seketika

❀  Kemudian masukkan isi ikan yang dikisar tadi , pati ikan dan air

❀  Masak sehingga menggelagak

❀  Sementara itu panaskan minyak di kuali lain
Tumis cili kisar hingga masak , garing & pecah minyak
Curah ke dalam kuah laksa
Biarkan menggelegak seketika

❀  Kemudian renihkan kuah sehingga terbit minyak di permukaan

❀  Tutup api dan siap

❀  Hidangkan bersama laksa putih atau laksa gandum serta ulam-ulaman pilihan


Rempah Gulai & Rempah Masak Cap Bunga Rose khas dari Kemaman Terengganu.
Baru-baru ni on the way ke Kuala Terengganu sempat singgah sekejap di pasaraya tempat saya beli rempah rose dulu. Lagi pun kat rumah dah kehabisan stok. Lama dah tak ke situ... alhamdulillah pasaraya masih ada... rempah pun ada lagi jual. Kemaman kat mana? Sila ke SINI untuk info ya...


First time mencuba buat dan mencuba rasa laksa versi ganu. Juri-juri yang merasa semua cakap sedap & memuaskan. Pada saya ada sikit beza antara ikan dibakar dengan rebus. Bila bakar bau ikan dalam kuah tak begitu kuat berbanding rebus. Dan bila bercampur dengan rempah , kuah jadi wangi dan tak cepat muak. Apapun setiap versi ada keistimewaan tersendiri




0 sweet comments: