0
LOMPAT TIKAM yang sedap & mudah


Iftar #7

Kuih yang pastinya teratas dalam carta terutamanya bulan puasa. Tak puasa pun tetap dalam carta... tak gitew. Lebih lebih lagi bila makan hari panas... laju saja meluncur dalam tekak.

Dessert yang tak pernah saya tinggal di bulan puasa , wajib buat... kalau beli belum tentu dapat macam mana kita nak. Lompat tikam versi ni mudah je. Dia takde pulut merah macam hok kelate punya atau ganu dikukus. Lompat tikam ni sebenarnya lompat tikam Rubiah Suparman. Siapa tak kenal empunya nama tu kan... seorang pelakon dikenali ramai dan pemilik restoran Puteri.

Lama dah saya bookmark resipi ni , dua tiga tahun lepas. Baru la ni teringat nak buat. Puashati betul rasa dia. Bila makan tu rasa macam makan cendol... lembut halus je tekstur dia. Nak lagi sedap , kuih dengan air gula kena sejukkan dulu siap-siap dalam peti sejuk... time nak buka just tuang air gula... ambil sudu dan ngapp. Mesti tak cukup satu...



LOMPAT TIKAM RUBIAH SUPARMAN
by House of SSK
source : Azlina_TerminalHijrah  &  Ridzma_MyResipi

LAPISAN BAWAH :
  • 4 cwn Air Pandan  |  kisaran daripada 2 helai daun pandan 
  • 1 cwn Tepung Beras
  • 1 sdb Air Kapur
LAPISAN ATAS :
  • 4 cwn Santan Pekat
  • 1/2 cwn Tepung Beras
  • Sedikit Garam
AIR GULA MELAKA:
  • 2 ketul Gula Melaka
  • 4 cwn Air
  • 1 helai Daun Pandan  |  disimpul

CARA PENYEDIAAN :

❀  Air Gula Melaka
- Masakkan semua bahan sehingga mendidih dan gula larut
- Sejukkan

❀  Lapisan Bawah
- Tepung beras + air kapur + air pandan - sebatikan
- Tambah beberapa titis pewarna hijau jika mahu
- Masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat
- Tuangkan ke dalam bekas / acuan yang sesuai

❀  Lapisan Atas
- Campurkan kesemua bahan
- Masak atas api sederhana sekejap saja
- Apabila sudah pekat tutup api
- Tuang dan lapiskan atas lapisan bawah tadi

❀  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama air gula melaka





0 sweet comments: