0
SAMBAL SOTONG BERSERAI

Sesekali bernasi lemak dengan sambal sotong , kena pulak dengan sambal beraroma serai... bersilih ganti tangan menyenduk nasi... masing-masing menambah makan. Si tukang masak yang melihat cuma tersenyum. Sambalnya sengaja saya buat sedikit berkuah tapi masih lagi pekat atas permintaan ahli rumah yang mahukan sambal ada kuah-kuah sikit. Memang besttt!

SAMBAL SOTONG BERSERAI
by House of SSK
source : CMG_DTS

BAHAN A :
  • 6 -7 ekor Sotong Segar
  • 1 biji Bawang Besar  |  hiris kasar 
  • 1/4 cwn Jus Asam Jawa
  • 1 cwn Cili Kisar   
  • 2 batang Serai  |  ketuk   
  • Garam dan Gula secukup Rasa
BAHAN B (kisar halus) :
  • 7 ulas Bawang Merah Kecil
  • 2 ulas Bawang Putih 
  • 3 biji Cili Merah Besar
  • 1/2 inci Halia  
  • 1/2 inci Kunyit Hidup   
  • Belacan sebesar ibu jari  |  bakar

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sotong dihiris dan buang mata. Cuci , tos dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Bilas dan toskan dalam tapis
❀  Panaskan minyak anggaran 1/3 cwn dalam kuali
❀  Tumis serai bersama bahan B hingga wangi
❀  Masuk cili kisar , masak dengan api kecil dan kacau sentiasa hingga cili garing dan pecah minyak
❀  Masuk jus asam jawa , kacau. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ikut sesuai selera.
❀  Bila sambal dah betul-betul garing dan pecah minyak masukkan sotong diikuti hirisan bawang besar
❀  Besarkan api dan kacau rata hingga sotong berubah warna
❀  Masak untuk seketika lagi dalam 1 - 2 minit
❀  Rasa dan jika ok boleh matikan api
❀  Hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak





0 sweet comments: