0
SAMBAL TAHUN KERANG & BROKOLI MASAK SOS TIRAM


Iftar #8... sambal tahun kerang , brokoli masak sos tiram dan cencaru goreng

Semalam dok scroll fb , sambal tahun yang pernah save tahun bila ntah dulu naik semula. Masa save dulu memang dah kiv nak buat. Tangguh punya tangguh terus lupa. Tq ya fren yang share... kalau tak memang lupa dah... kat mana save pun tak ingat. Alang-alang dah lalu terus je buat untuk menu berbuka. Kebetulan kerang ada... beli sekilo ingat nak buat sambal tumis dengan nasi lemak. Takpe on sambal tahun ni dulu lagipun seumur hidup belum pernah rasa... sambal tumis esok esok boleh.

Dengan sekilo kerang yang ada , ngam-ngam separuh resipi. Resipi suh secawan cili api... maknanya kena guna half cawan... mak aihhh kepedasan nanti. Jadi saya buh 15 biji je... suku cawan pun tak sampai... hihi. Biar kurang pedas janji boleh makan abis... daripada membazir tak makan langsung.

Bila dah rasa... hmm sedapp... masih terasa pedas walaupun dah banyak kurangkan cili. Betul la depa cakap sambal tahun ni sangat sedap , makan dengan nasi panas sure makan tak ingat dan berjuraian air mata dek pedas berdesing. Aroma wanginya bangkit kerana penggunaan lengkuas yang banyak. Cuma nak describe tang rasa tu tak tau macam mana. Yang saya boleh cakap ia ada rasa yang istimewa dan tersendiri.

SAMBAL TAHUN KERANG
by House of SSK
source : Noor Dz Salleh

BAHAN-BAHAN :
  • 2 kg Kerang  |  rebus - buang kulit
  • 1 cwn Ikan Bilis  
  • 1 cwn Cili Api *
  • 3 biji Bawang Besar Merah *
  • 6 ulas Bawang Putih *  |  *dikisar 
  • 2 batang Serai  |  dititik
  • 1/2 cwn Air Asam Jawa
  • 2 cwn Santan Pekat
  • 1 cwn Lengkuas Muda  |  dihiris / dikisar sekali dgn bahan kisar
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak secukupnya
❀  Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak
❀  Masuk ikan bilis , tumis hingga garing
❀  Masuk kerang + air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa jika suka dan masak hingga kerang kecut
❀  Masuk santan dan renih hingga hampir kering


* lebih sedap selepas dipanaskan beberapa kali
* kerang boleh diganti dengan perut / kulit lembu... lagi power
* ada berbagai resipi sambal tahun... ada yang bubuh belacan , taucu... cara masa pun berlainan... ada yang rebuskan lengkuas bersama cili api , pastu tumiskan bahan-bahan lain baru campurkan... terserah pada selera masing-masing


CATATAN HoSSK :
# percubaan... 1 kg kerang - 15 biji cili api - 1 1/2 cwn santan pekat fresh - campuran gula pasir + gula perang - 1/2 kiub ikan bilis
# minyak jangan kurang kena lebihkan supaya bahan kisar dapat ditumis dengan baik dan garing 
# lengkuas dikisar sekali dengan bahan kisar




Dah empat hari brokoli dalam petisejuk... masih elok lagi cuma warna dah kurang hijau. Saja saja gugel... jumpa ini. Sedapp. Sos tiram dengan blackpeppernya terasa... dan kepekatan kuah pun cantik

BROKOLI MASAK SOS TIRAM
by House of SSK
source : Zalinah_Rempah Ratus

BAHAN-BAHAN :
  • 300 gm Brokoli  |  dipotong
  • 1 batang Lobak Merah  |  potong serong
  • 200 gm Isi Ayam  |  dihiris
  • 1 biji Bawang Merah Besar  |  dicincang
  • 4 ulas Bawang Putih  |  dicincang
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam
  • 3 sdm Sos Tiram
  • 3 sdm Kicap Manis
  • 1 sdb Tepung Jagung  |  bancuh dengan sedikit air
  • 1 cwn Air
  • 1/2 sdt Gula
  • Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
❀  Masukkan ayam /*udang dan tumis hingga masak
❀  Tuang sedikit air
❀  Masuk serbuk lada hitam
❀  Masuk karot dan brokoli
❀  Masuk sos tiram dan kicap manis
❀  Tuang air dan bancuhan tepung jagung
❀  Perasakan garam dan gula secukupnya , gaul rata
❀  Taburkan sedikit bawang goreng
❀  Sedia dihidang


CATATAN HoSSK :
# bawang besar... guna 8 ulas bawang merah kecil
# ayam... tukar 10 ekor udang besar
# karot... tak bubuh
# tambah 1 sdb minyak bawang putih diambil sekali dengan bawang putih goreng
# last sekali sebelum diangkat renjiskan sedikit minyak bijan dan kacau rata




0 sweet comments: