0
SIAKAP KUKUS RED KEBAYA


Tercetus idea selepas membelek-belek katalog menu di satu restoran china muslim. Diteliti satu persatu gambar dalamnya. Ada satu gambar mencuri perhatian. Macam biasa kalau makan-makan di luar dan berkenan gambar dalam menu... saya keluarkan phone dan try search google. Mana tau untung sabut timbul. Dan alhamdulillah jumpa... di Nyonyacooking.com. Saya tak tunggu lama. Selang beberapa hari selepas study sikit resipi , terus buat. Resipi google tu cuma panduan je. Ada bahan lain saya tambah ikut citarasa dan selera sendiri. Ternyata usaha tak sia-sia. Panas-panas makan dengan nasi putih... pastu makan sekali dengan daun ketumbar hias tu... lagi naik rasa dia. Sedapp!

SIAKAP KUKUS RED KEBAYA
by House of SSK

BAHAN A :
  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 3 biji Cili Merah 
  • 3 biji Cili Padi
  • 8 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 cm Halia
  • 2 sdm Taucu
  • 2 sdt Sos Cili
  • 1 sdm Kicap Manis
  • 1 sdm Sos Tiram
  • 2 sdt Gula
  • Sedikit Pati Ayam Pekat Maggi
  • Beberapa Hirisan Halia
  • Sedikit Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sediakan paste
Kisar tanpa air / cincang halus -- cili merah + cili padi + bawang merah + bawang putih + halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masuk taucu , kicap manis , sos tiram , sos cili , pati ayam maggi dan sedikit air supaya tak kering. Kacau goreng untuk 1 minit dengan api kecil. Masukkan gula dan kacau rata. Ketepikan
❀  Panaskan kukusan hingga mendidih
❀  Letak ikan dalam pinggan tahan panas , aturkan hirisan-hirisan halia atas ikan dan kukus selama 6 minit
❀  Setelah masak buang semua halia , jika ada air ikan yang keluar buang juga , ratakan paste cili yang dimasak tadi menutupi ikan dan kukus semula untuk 6 minit lagi
❀  Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih





0 sweet comments: