0
SECRET SPICES - Keenakan Yang Tersembunyi Lain Daripada Yang Lain


Oopps! Rempah tertumpah lagi...

Rempah diadun daripada campuran rempah ratus terpilih , dikisar dan seterusnya dijadikan sebagai ramuan utama @ secret spices dalam masakan. Ia homemade , tiada di pasaran terbuka mahupun di pencarian google. Sudah beberapa kali adun & kisar... sebelum puasa , masa puasa and again masa raya pun... sambutan dan permintaan tetap berterusan. Dengan Secret Spices rasa masakan lebih superlicious , lebih beraroma dan menangkap selera sesiapa saja yang merasa. Sekali rasa pasti takkan lupa. Rahsianya hanya ada dalam Secret Spices.

Antara masakan yang guna Secret Spices sebagai ramuan utama...

DAGING NEGRO
(sama sekali tak sama dengan daging masak hitam)

NASI GANJA
(sama sekali tak sama dengan nasi ganja di fb / google)

GULAI DAGING MERAH
(pekat , likat dan mewah rasa)

RENDANG AYAM LEGASI
(resipi warisan turun temurun)

ACAR REBUNG
(campuran rebung dengan buah-buah acar)




0
KEK LAPIS RAINBOW CHEESE


Masih lagi kek raya , kek lapis pelangi cheese. Kek ni pun dah lama dalam senarai menanti menunggu giliran. Bila berkumpul ramai ramai time raya lah waktu yang di kira sesuai sangat buat. Masa masa camtu la banyak feedback daripada juri juri... kalau sendiri masak sendiri makan sukar sikit nak nilai.

Sehari sebelum buat kek ni hari tu , baru perasan pewarna ungu tak ada stock. Terpaksa google cari alternatif dan info pasal warna pelangi. Info tak menyebut ungu warna pelangi tapi violet dan indigo... emmm selamat teman. Daripada info tu juga ada cara bagaimana nak mix color untuk dapatkan warna violet dan indigo. Iaitu dengan mencampurkan pewarna merah dan biru... sekali lagi lega rasa sebab dua dua warna tu dah sedia ada. Esoknya sebelum mula operasi , mix dulu color siap-siap sampai dapat warna yang diingini. Violet tak ada masalah cuma indigo payah sikit dan info tu sebut lagi indigo lebih kurang warna blueberry atau paling mudah warna biru jeans. Banyak kali juga campur buang , campur buang... dapat juga akhirnya dan inilah hasil dia. Pada saya tak apalah bersusah sikit kerana dalam pada itu kita dapat belajar sesuatu.

Kek jenis moist juga... ada rasa lemak-lemak butter , cheese dan susu. Easy , simple and tasty!

KEK LAPIS RAINBOW CHEESE
by House of SSK
source : Nur Lokman

BAHAN-BAHAN :
  • 125 gm Butter
  • 200 gm Cream Cheese
  • 1 1/4 cwn Susu Pekat Manis
  • 1 sdb Ovalet
  • 2 1/2 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Susu Segar / Susu Cair
  • 5 biji Telur
  • 1/2 cwn Gula Halus 
  • Pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :
❀  Butter + cream cheese + susu pekat + gula halus... mixer hingga kembang
❀  Masukkan ovalet
❀  Masukkan telur satu persatu
❀  Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair / susu segar
❀  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
❀  Kukus 7-9 minit setiap lapisan


CATATAN HoSSK :
# butter... anchor unsalted
# gula halus boleh dikurangkan / abaikan jika tak suka manis
# tambah secubit garam dalam bahan yang di mixer
# warna warna pelangi - merah , oren , kuning , hijau , biru , indigo & violet
# violet - campuran warna biru & merah dengan nisbah yang sama 
# indigo - campuran warna biru & merah tapi lebihkan biru 





0
KEK LAPIS RED VELVET OREO CHEESE


Kek yang paling saya suka buat , kek lapis. Walau membuatnya agak renyah , memenatkan dan banyak bahan premium diguna tapi bila melihat lapisan demi lapisan berwarna-warni , hilang segala penat malah rasa seronok dan satu kepuasan. Hanya di musim perayaan saja dapat buat , di luar musim buat juga sesekali bagi memenuhi tempahan.

Buat kek lapis perlu minat dan kesabaran. Paling penting kena tahu asas dan teknik yang betul sebab kaedah penyediaannya tak sama macam kita buat kek biasa. Ada banyak kaedah dalam pembuatan kek lapis sebenarnya. Penggunaan jumlah telur pun berbeza mengikut resipi... ada yang guna telur sikit , ada yang banyak , ada yang kuning melebihi putih dan ada juga yang guna telur putih saja. Cara masak pula samada dikukus atau dibakar.


Dalam posting terdahulu pernah buat KL Red Velvet Cheese. Kali ni masih red velvet juga cuma kita top up kan dengan oreo. Tapi resipi tak sama ya... yang dulu lain , yang ini lain.

Setiap lapisan saya timbang supaya dapat sama tebal. Caranya , kena mathematic jap... timbang berat adunan... pastu kira berapa lapis kita nak... kemudian bahagi dan darab kan... tapi lapisan jangan terlalu nipis takut kek jadi kering pula... so pandai-pandai agak. Semasa proses membakar , jika ada gelembung cucuk dengan lidi dan ratakan lapisan dengan penekan kek... tekan jangan kuat , manja-manja jer. Teknik yang dipelajari sewaktu berguru dengan tiga orang sifoo kek lapis dulu (seorang tu orang sarawak) masih saya praktikkan hingga sekarang. Dulu bukan macam sekarang... nak ilmu kena attend kelas face to face dengan yuran pun boleh tahan. Sekarang senang , dah banyak PJJ Online boleh join.

Masa raya hari tu red velvet cheese lapis oreo ni bukan saja menarik minat anak-anak , mak bapak anak pun tak nak kalah. Sambutan di luar jangkaan... hidang jer habis , hidang jer habis... laku keras sungguh. Sangat moist... lagi lama simpan lagi moist. Manis pun sedang elok , tak manis sangat.

KEK LAPIS RED VELVET OREO CHEESE
by House of SSK

BAHAN A :
  • 500 gm Butter
  • 85 gm Gula Kastor
  • 1 sdb Ovalet
  • 10 biji Telur (A)
  • 1 tin Susu Pekat Manis
  • 70 gm Seri Kaya
  • 1 sdb Esen Vanila
  • 150 gm Horlick
  • 275 gm Tepung Hong Kong
BAHAN B :
  • 250 gm Cream Cheese
  • 1 sdb Coklat Paste
  • 1 sdb Red Velvet Paste
  • Pewarna Merah secukupnya
  • Pewarna Putih sedikit
BAHAN C :
  • Biskut Oreo secukupnya  |  kisar 
  • Pewarna Putih secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Putar butter + gula + ovalet sehingga kembang
❀  Masukkan telur satu persatu sambil di putar hingga kembang
❀  Masukkan esen vanila , susu pekat dan seri kaya... putar lagi hingga sebati
❀  Akhir sekali masukkan tepung dengan horlick... putar hingga rata dan sebati
❀  Bahagikan kepada 2 bahagian yang sama - putih & merah (red velvet) , ketepikan dahulu
❀  Sementara itu , putar cream cheese sehingga lembut dan halus. Masukkan coklat & red velvet paste dan putar sehingga rata. Ketepikan
❀  Kembali semula pada adunan yang dibahagi 2 tadi :
- adunan putih... tambahkan pewarna putih secukupnya
- adunan merah...  masukkan adunan cheese tadi - tambahkan secukupnya pewarna merah dan sedikit pewarna putih - putar rata dan sebati - bahagi lagi kepada 2 bahagian untuk atas dan bawah

CARA MELAPIS :
❀  Panaskan oven pada suhu 160-170C
❀  Masukkan 2 1/2 senduk kecil adunan merah - ratakan - bakar dengan api atas bawah sehingga masak
❀  Lapisan kedua hingga habis adunan dibakar guna api atas sahaja
❀  Lapiskan pula adunan putih - ratakan - tabur oreo di atasnya - bakar hingga ia masak - ulang melapis hingga habis adunan putih
❀  Ulang lagi proses melapis untuk adunan merah - habiskan hingga habis adunan digunakan


CATATAN HoSSK :
# susu pekat.. 500 gm
# ovalet.. 20 gm
# butter.. anchor unsalted
# tepung HK + horlick + secubit garam halus - diayak
# loyang.. gris sikit butter pada dasar - alas dasar dgn baking paper - gris sikit butter atas paper , keliling tak perlu
# buat guna loyang 8" dgn setiap layer 132gm tapi tak muat untuk satu adunan so next time kena guna loyang 8.5"
# untuk adunan red velvet.. pewarna bright red & sedikit saja pewarna putih
# sdb.. guna sudu metrik
Jadi rebutan para tetamu yang bertandang...





1
KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera serta Salam 12 Syawal 1439H daripada SSK untuk semua pengunjung seleraputeri.blogspot.my

Kek dah selamat habis , baru ada masa entri. Berkira-kira juga awalnya nak buat kek nih. Sebabkan belum pernah cuba tambah lagi sudah tersimpan lama keinginan nak buat , terhasil juga akhirnya. Kek yang moist... makin lama simpan... lagi moist. Buah yang bertabur cantik , tak mendap dan tak begitu manis... manis-manis buah kata orang. Masam-masam prune menyeimbangkan lagi rasa dan menambah sedap serta mewah pada kek. Untuk hasil yang baik sila ikuti tips yang disertakan di bawah. 

KEK BUAH KUKUS
by House of SSK
source : Chef Asma_Uli Uli Aidilfitri RTM

BAHAN A :
  • 250 gm Butter
  • 75 gm Gula Perang
  • 3 biji Telur
  • 1 tsp Esen Vanila
  • 100 gm Buah Prune  |  cicncang halus
  • 350 gm Buah-Buahan Campuran
  • 350 gm Tepung Gandum
  • 1/2 tsp Baking Powder
  • 1/4 tsp Soda Bikarbonat
  • 1/4 tsp Serbuk Kayu Manis
  • 1/2 tbsp Gula Hitam
BAHAN B :
  • 150 gm Gula Pasir

CARA PENYEDIAAN :
❀  Putar butter dan gula perang sehingga berkrim
❀  Masukkan telur , vanila dan gula hitam.. putar sebati
❀  Satukan kesemua bahan kering dan masukkan ke dalam adunan.. adun rata
❀  Masak gula pasir Bahan (B) sehingga kekuningan dan tuangkan ke dalam adunan kek (semasa masih panas)
❀  Adun sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke atas permukaan kek
❀  Kukus selama 4 jam dalam kukusan yang sudah betul-betul mendidih. Jika air kukusan berkurang selama tempoh mengukus.. tambah dengan air panas mendidih
❀  Sejukkan seelok-eloknya semalaman sebelum dipotong


Tips daripada Chef Asma :

** lagi moist dari yang dikukus dalam tupperware 2 jam
** resipi ini untuk 1 loyang 6 in x 6 in x 3.5 in  (nak buh dalam loyang apa pun boleh.. ikut suka tapi jangan guna tupperware plastik.. tak sesuai untuk kukus 4 jam)
** wajib kukus 4 jam.. jangan kurang dari itu
** gula hitam adalah black trackle / golden syrup pun boleh
** tak suka serbuk kayu manis , boleh bubuh serbuk pala atau tak payah bubuh
** nak lagi lembap tambah 1/2 tbsp glycherin
** buah prune wajib bubuh baru sedap





1
BISKUT BLUEBERRY CEREAL KRUNCH


Selepas rasai sendiri keenakannya yang didemokan oleh Chef Anis di Giant sebelum Ramadan yang baru lalu , kukis blueberry cereal krunch ini terus tersenarai jadi kukis raya saya tahun ini. Mungkin rezeki hari tu dapat tengok chef buat demo live dan merasa air tangannya.

Alkisah semalam berpandukan resipi yang dapat kat demo tu saya adunkan adunan. Masa dok golek-golek dengan cereal lagi dah wangi baunya. Masa tengah bakar dalam oven , lagi berganda-ganda harum. Keluar je dari oven tak sabar rasanya nak rasa... ikut baunya dah sama macam chef buat... rasa tak tau lagi kena tunggu waktu buka nanti baru tau. Yesss... gumbiranya hati umpama dalam hati ada taman... hi hi... rasa dia alhamdulillah sama macam yang saya rasa hari tu. Kukis yang sangat sedap dan oatsome! Ia bukan saja harum dan crunchy tapi juga rasa lemak lemak

BISKUT BLUEBERRY CEREAL KRUNCH
by House of SSK
source : Quaker / Anis Nabilah

BAHAN-BAHAN :
  • 125 gm Marjerin
  • 100 gm Gula Kastor
  • 1 biji Telur
  • 150 gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/2 sdt Soda Bikarbonat
  • 60 gm Blueberry Kering
  • 1/2 sdt Garam Halus
  • Quaker Multigrain Cereal secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Mixer marjerin + gula  hingga putih dan berkrim
❀  Masukkan telur , mixer sebati
❀  Masukkan tepung , blueberry dan garam. Gaul hingga sebati
❀  Tuangkan cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh adunan. Golekkan dalam cereal supaya disaluti cereal dan menjadi bentuk bebola
❀  Letakkan bebola dalam dulang pembakar dengan jarak 1 inci antara satu sama lain untuknya mengembang
❀  Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk menyejuk


CATATAN HoSSK :
# guna butter farmcow instead of marjerin
# garam halus secubit masuk ke dalam butter dan mixer sekali bersama gula
# telur... telur (B)
# tepung naik sendiri + soda bikarbonat , diayak
# blueberry... jika besar , gunting
# oven 125C api atas bawah plus kipas selama 20 minit + 20 minit


Bahan penting penyumbang keenakan. Adunan tak perlu lagi tambah vanila kerana adanya dua bahan ini dah cukup beri aroma pada biskut. Gabungan blueberry dengan cereal memberi rasa yang bagus sekali. Bila makan krup krap... krup krap... pas sekeping capai lagi sekeping... pastu sekeping lagi , lagi dan lagi... memang susah nak berhenti... percayalah. Dah cuba sendiri baru tahu... Highly recommended!





0
BISKUT MAZOLA yang sedap dan cair di mulut


Semalam last batch siapkan tempahan... alhamdulillah lega rasa semua dah settle. Sekarang dah boleh fokus untuk sendiri pula. Biskut mazola setiap tahun memang tak tinggal... dah jadi biskut wajib. Cuma resipi tak tetap... berubah ikut budi bicara tangan yang membuat nih. Alaa... mazola pusing tang mana pun hampir sama ja semua. Yang berubah adalah jenis kacang yang diguna samada kacang tanah / hijau / hazel atau kekacang lain. Biskut ini sedap , ringan ja... masuk mulut terus lesap... manis pun sedang elok. Sekali hadap tak sedar suku balang dah habiss... :))


BISKUT MAZOLA
by House of SSK
source : Cik Dayang Zuhaila

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm Kacang Tanah  |  disangai  &  ditumbuk / kisar halus
  • 500 gm Tepung Gandum
  • 50 gm Tepung Jagung
  • 200 gm Gula Aising
  • 1 sdt Baking Powder
  • 3 sdb Minyak Sapi
  • Sedikit Garam
  • Minyak Mazola secukupnya
HIASAN :
  • Kuning Telur
  • Kacang Tanah / Kuaci / Badam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Ayak tepung gandum + tepung jagung + baking powder
❀  Masukkan gula aising , gaul rata
❀  Masuk kacang tanah tumbuk / kisar , gaul rata
❀  Masuk minyak sapi , gaulkan lagi
❀  Masuk minyak mazola sikit-sikit sambil diuli sampai jadi doh yang lembut dan tak lekat di tangan
❀  Bentukkan samada bulatkan atau canai dan terap  (jika bulatkan ,  guna sudu metrik 1 tsp supaya sama saiz)
❀  Sapu kuning telur dan hias dengan kekacang pilihan


CATATAN HoSSK :
# selepas sangai , buang kulit kacang dan kisar
# tambah secubit garam halus dalam tepung untuk bagi rasa lemak lemak
# canai dan terap 
# glaze... kuning telur + pewarna kuning + sedikit susu segar / susu cair (sedikit saja jangan banyak nanti tercair pula)
# hiasan... tabur kacang tanah kisar
# oven 125C api atas bawah plus kipas selama 20 minit + 20 minit





0
SEMPERIT SUSU


Akhir-akhir Ramadan ni kebizian yang amat sangat. Masih ada lagi menu Ramadan yang tak sempat post pada masanya. Tak mengapalah dah lapang-lapang sikit nanti saya post.
Sesuai dengan mood raya , posting berkaitan raya mengambil tempat. Apalagi kalau tak kukis kan. Ini pun last minute memikir biskut apa la yang nak dibuat. Koleksi banyak... kutip sana sini... pjj online pun ada. Untuk sendiri decide buat yang mudah-mudah je. Buat sambil-sambil jer nih... sambil siapkan tempahan , bakar sekali sendiri punya... orang kata rezeki jangan ditolak...


Semperit susu ni macam-macam versi ada. Tapi saya memilih yang ini sebab tengok bahan saya tahu akan menghasilkan semperit yang ringan dan cair di mulut. Yesss... tepat sekali. Bila makan ringan sangat rasa... masuk jer mulut terus hilang. Kemanisan just nice tidak terlalu manis. Saya tambah secubit garam halus bagi menaikkan rasa lemak.


Oh ya sebelum terlupa... dalam posting biskut yang lepas lepas ada pengunjung yang bertanyakan soalan dalam ruangan komen... berapa suhu oven dan berapa lama nak bakar. Jawapannya ada dalam 'Catatan' di bawah tu ya. Itu adalah suhu dan jangkamasa untuk oven Zanussi saya. Walaupun standard suhu untuk biskut adalah 150C tetapi lain oven lain ragam... so kena selalu bereksperimen untuk kenali ragam dan untuk dapatkan setting yang sesuai.

Okay tuan tanah berundur dulu... sambung balik bersauna kat dapur... :)

SEMPERIT SUSU
by House of SSK
rcp : Wendy Kor

BAHAN-BAHAN :
  • 250 gm Butter
  • 150 gm Susu Pekat Manis
  • 180 gm Tepung Jagung
  • 200 gm Tepung Kentang
  • 10 gm Susu Tepung

CARA PENYEDIAAN :
❀  Butter keluar dari petisejuk , biar dalam suhu bilik lebih kurang 30 minit sehingga lembut... potong kecil-kecil dan kacau dengan whisk sehingga lembut
❀  Masukkan susu pekat manis , whisk lagi dalam 5 minit
❀  Masukkan semua tepung yang sudah diayak , gaul sebati
❀  Bentukkan dengan nozzle 852
❀  Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150C selama 15-20 minit


CATATAN HoSSK :
# tambah secubit garam halus ke dalam butter untuk menaikkan rasa lemak
# acuan semperit pecah 15
# oven 125C api atas bawah plus kipas selama 20 minit + 20 minit