0
BISKUT BLUEBERRY CEREAL KRUNCH


Selepas rasai sendiri keenakannya yang didemokan oleh Chef Anis di Giant sebelum Ramadan yang baru lalu , kukis blueberry cereal krunch ini terus tersenarai jadi kukis raya saya tahun ini. Mungkin rezeki hari tu dapat tengok chef buat demo live dan merasa air tangannya.

Alkisah semalam berpandukan resipi yang dapat kat demo tu saya adunkan adunan. Masa dok golek-golek dengan cereal lagi dah wangi baunya. Masa tengah bakar dalam oven , lagi berganda-ganda harum. Keluar je dari oven tak sabar rasanya nak rasa... ikut baunya dah sama macam chef buat... rasa tak tau lagi kena tunggu waktu buka nanti baru tau. Yesss... gumbiranya hati umpama dalam hati ada taman... hi hi... rasa dia alhamdulillah sama macam yang saya rasa hari tu. Kukis yang sangat sedap dan oatsome! Ia bukan saja harum dan crunchy tapi juga rasa lemak lemak

BISKUT BLUEBERRY CEREAL KRUNCH
by House of SSK
source : Quaker / Anis Nabilah

BAHAN-BAHAN :
  • 125 gm Marjerin
  • 100 gm Gula Kastor
  • 1 biji Telur
  • 150 gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/2 sdt Soda Bikarbonat
  • 60 gm Blueberry Kering
  • 1/2 sdt Garam Halus
  • Quaker Multigrain Cereal secukupnya

CARA PENYEDIAAN :
❀  Mixer marjerin + gula  hingga putih dan berkrim
❀  Masukkan telur , mixer sebati
❀  Masukkan tepung , blueberry dan garam. Gaul hingga sebati
❀  Tuangkan cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh adunan. Golekkan dalam cereal supaya disaluti cereal dan menjadi bentuk bebola
❀  Letakkan bebola dalam dulang pembakar dengan jarak 1 inci antara satu sama lain untuknya mengembang
❀  Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk menyejuk


CATATAN HoSSK :
# guna butter farmcow instead of marjerin
# garam halus secubit masuk ke dalam butter dan mixer sekali bersama gula
# telur... telur (B)
# tepung naik sendiri + soda bikarbonat , diayak
# blueberry... jika besar , gunting
# oven 125C api atas bawah plus kipas selama 20 minit + 20 minit


Bahan penting penyumbang keenakan. Adunan tak perlu lagi tambah vanila kerana adanya dua bahan ini dah cukup beri aroma pada biskut. Gabungan blueberry dengan cereal memberi rasa yang bagus sekali. Bila makan krup krap... krup krap... pas sekeping capai lagi sekeping... pastu sekeping lagi , lagi dan lagi... memang susah nak berhenti... percayalah. Dah cuba sendiri baru tahu... Highly recommended!





0 sweet comments: