0
KEK LAPIS RAINBOW CHEESE


Masih lagi kek raya , kek lapis pelangi cheese. Kek ni pun dah lama dalam senarai menanti menunggu giliran. Bila berkumpul ramai ramai time raya lah waktu yang di kira sesuai sangat buat. Masa masa camtu la banyak feedback daripada juri juri... kalau sendiri masak sendiri makan sukar sikit nak nilai.

Sehari sebelum buat kek ni hari tu , baru perasan pewarna ungu tak ada stock. Terpaksa google cari alternatif dan info pasal warna pelangi. Info tak menyebut ungu warna pelangi tapi violet dan indigo... emmm selamat teman. Daripada info tu juga ada cara bagaimana nak mix color untuk dapatkan warna violet dan indigo. Iaitu dengan mencampurkan pewarna merah dan biru... sekali lagi lega rasa sebab dua dua warna tu dah sedia ada. Esoknya sebelum mula operasi , mix dulu color siap-siap sampai dapat warna yang diingini. Violet tak ada masalah cuma indigo payah sikit dan info tu sebut lagi indigo lebih kurang warna blueberry atau paling mudah warna biru jeans. Banyak kali juga campur buang , campur buang... dapat juga akhirnya dan inilah hasil dia. Pada saya tak apalah bersusah sikit kerana dalam pada itu kita dapat belajar sesuatu.

Kek jenis moist juga... ada rasa lemak-lemak butter , cheese dan susu. Easy , simple and tasty!

KEK LAPIS RAINBOW CHEESE
by House of SSK
source : Nur Lokman

BAHAN-BAHAN :
  • 125 gm Butter
  • 200 gm Cream Cheese
  • 1 1/4 cwn Susu Pekat Manis
  • 1 sdb Ovalet
  • 2 1/2 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Susu Segar / Susu Cair
  • 5 biji Telur
  • 1/2 cwn Gula Halus 
  • Pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :
❀  Butter + cream cheese + susu pekat + gula halus... mixer hingga kembang
❀  Masukkan ovalet
❀  Masukkan telur satu persatu
❀  Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair / susu segar
❀  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
❀  Kukus 7-9 minit setiap lapisan


CATATAN HoSSK :
# butter... anchor unsalted
# gula halus boleh dikurangkan / abaikan jika tak suka manis
# tambah secubit garam dalam bahan yang di mixer
# warna warna pelangi - merah , oren , kuning , hijau , biru , indigo & violet
# violet - campuran warna biru & merah dengan nisbah yang sama 
# indigo - campuran warna biru & merah tapi lebihkan biru 





0 sweet comments: