0
IKAN SALMON GORENG BLACK PEPPER


Ada sikit salmon fillet dalam peti sejuk. Masa beli memang tak fikir nak masak apa main rembat je. Macam macam masakan sebenarnya yang boleh diteroka dengan salmon ni , tak semesti western saja. Sebagai percubaan saya dah buat Asam Pedas (dalam posting terdahulu) , Masak Kari (akan buat lagi nanti untuk dimuatkan dalam sini)... dua dua sedapp. Kali ini cuba pula Goreng Black Pepper , suatu yang simple tapi sedap. Gerenti semua pun boleh buat kann...

IKAN SALMON GORENG BLACK PEPPER
by House of SSK

BAHAN A :
  • 1 biji Capsicum Merah  |  dipotong dadu besar
  • 2 ulas Bawang Putih *  (ulas yang besar , jika kecil 3)
  • 1 inci Halia * | * ditumbuk
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam  (yang kasar) 
  • 1 sdb Sos Tiram
  • 3 sdb Kicap Manis Pedas Mahsuri 
  • 1 sdt Tepung Jagung **
  • 4 sdb Air** | ** dibancuh
  • 1 labu Bawang Holland  |  dipotong dadu besar
  • 2 tangkai English Parsley  |  dicincang kasar
  • Sedikit Minyak Bijan
  • Garam  &  Gula  (jika perlu)
  • Minyak Masak untuk menggoreng & menumis

BAHAN B :

CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng isi ikan yang diperap tadi.  Ketepikan
❀  Tinggalkan 125 ml minyak gorengan , tumiskan halia + bawang putih yang ditumbuk dan serbuk lada hitam sehingga wangi
❀  Masukkan 10 sudu besar air , kicap manis dan sos tiram. Biarkan mendidih
❀  Masukkan bawang holland dan capsicum
❀  Masukkan pula air bancuhan tepung jagung dan renjiskan sedikit minyak bijan. Kacau rata dan tutup api
❀  Dah sejuk sikit baru masukkan ikan , gaul sehingga rata dan hidangkan dengan taburan hirisan daun parsley


Yang pasti bukan anak anak saja suka ,
mak mak dan ayah ayah juga pasti turut menyukai sama... :)





0
AGAR-AGAR LUMUT & Ulangi FRUIT PASTRY CAKE Yang Sedap


Selepas 3 hari gantung kuali periuk , semalam berasap balik dapur. Cuti panjang tak pergi jauh pun cuma ke Utara je... makan angin di Darul Aman selepas setahun lebih tak ke sana. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana cuaca agak baik jadi dapatlah merata jalan. Alhamdulillah juga... sempat merasa masakan utara yang lama dok idam... :)

Walaupun masih penat dengan kain baju lagi berlambak nak kena basuh , masak tetap masak. Dapat juga siapkan dua juadah , Agar-Agar Lumut dengan Fruit Pastry Cake untuk minum petang semalam. Saya buat agar-agar lumut versi jernih yang langsung tak guna pewarna. Saja buat macam ni untuk nampak kelainan daripada kebiasaan berwarna hijau. Sebenarnya buat lumut pun ada dua cara... ikut tekstur lumut yang kita nak samada lumut kasar ataupun halus. Dua-dua ada teknik masing-masing. Yang saya buat ni adalah lumut bertekstur kasar.

AGAR-AGAR LUMUT
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 18 gm Agar-Agar Tali 
  • 600 gm Air
  • 600 gm Jus Pandan  |  6  helai daun pandan  + 600 gm air - kisar - tapis - timbang  (jika tak cukup 600 gm cukupkan dengan air)
  • 145 gm Gula Pasir  | ikut manis
  • 200 gm Santan Pekat Kotak 
  • 1 sdt Garam 
  • 2 biji Telur 

CARA PENYEDIAAN :

❀  Masukkan agar-agar dan 600 gm air ke dalam periuk dan masak hingga agar-agar larut
❀  Sementara itu satukan santan , telur  &  garam. Whisk kan hingga sebati , ketepikan
❀  Bila agar-agar sudah larut , masukkan gula dan kacau hingga gula larut
❀  Masukkan jus pandan , biarkan mendidih
❀  Masukkan campuran santan dan telur tadi , biar mendidih sampai nampak berketul-ketul
❀  Kacau dan selepas didih kali kedua , tutup api
❀  Tuangkan ke dalam acuan atau loyang , biarkan sejuk
❀  Masukkan dalam peti sejuk




FRUIT PASTRY CAKE  Again!

Buat lagi atas permintaan Puteri. Haritu buat , dia kat kampus tak dapat merasa... kesian pula. Sementara dia cuti ada kat rumah ni buatkan jugalah. Dalam posting lepas tak ada strawberi kali ni banyak ada... petik masa pi 'Gunung Jerai' haritu... hahha.

Masih guna resipi sama yang post sebelum ni. Kalau resipi lain guna creaming method , kena bagi butter lembut dulu... lambat. Jadi saya guna resipi FPC Danish Harraz... paling senang paling cepat... just campur-campur , kacau-kacau dan bakar.


Untuk homemade buttermilk kali ni saya guna cuka 15 gm menggantikan lemon / limau kasturi. Cara mengadun saya ubah sikit iaitu campurkan tepung , gula dan semua bahan liquid kecuali buttermilk dan kacau sekejap sekadar rata dengan senduk kayu dalam satu hala... baru masukkan buttermilk dan kacau lagi juga dalam satu hala sampai sebati tapi pastikan jangan terlebih kacau nanti kek tak moist. Begitu juga step gaul buah dengan gula , saya tak buat kali ini. Lain lain step sama.

Hasilnya... kesedapan , kehalusan dan kegebuan kek tetap sama cuma kali ini kejadiannya lebih moistt. Memang sedap , tak jemu makan. Maaf lah , snap gambar apa ada je... tak larat dah... pastu keluar hantar Puteri pula balik kampus :)




0
SPAGHETTI BOLOGNESE


Dinner semalam...
Saya pasta ni kurang sikit... maklumlah tekak melayu. Tapi atas permintaan anak-anak... saya turutkan saja. Dah saban hari jamu nasi... jadi sekali sekali tukar menu apa salahnya. Ok juga... inilah peluang untuk cuba bolognese style chef wan macam kat dalam astro tu... Tak ingat pula apa nama rancangan. Cara dia masak lebih kurang je macam bolognese kita dok selalu buat cuma ada tambah bahan lain. Saya follow resipi di bawah , olah dan tambah sikit bahan lebih kurang macam demo chef. Bahan 'optional' dalam resipi saya tak tinggalkan kecuali keju parmesan saya abaikan sebab tak ada. Sungguh sedap! Sos yang pekat , beraroma dan ada sikit sikit pedas menepati citarasa.

SPAGHETTI BOLOGNESE
by House of SSK
source : Mutiarazura_MyResipi

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm Spaghetti (sepeket) 
  • 500 gm Daging Lembu Cincang
  • 200 ml Susu
  • 1 labu Bawang Holland  |  dicincang halus
  • 1 ulas Bawang Putih  |  dicincang halus
  • 1 tin sederhana Tomato Puree
  • 4-5 biji Tomato Segar Ranum  |  didadu 
  • 1 batang Karot  |  didadu kecil
  • 2 batang Celery  |  didadu kecil
  • 1 tin Cendawan Butang  |  dihiris  (optional)
  • 1 Kuib Daging Lembu  (optinal)
  • 1/2 sdt Herba Oregano Kering  /  Italian Mixed Herbs
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • 3 sdb Minyak Zaitun /  Minyak Masak Biasa
  • 2 sdb Butter
  • Parutan Keju Parmesan  |  untuk menghidang

CARA PENYEDIAAN :

PASTA
❀  Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sdt garam
❀  Bila air mendidih masukkan spaghetti , kacau sekali sekala
❀  Masukkan 1 sdt minyak zaitun / minyak masak agar pasta tidak melekat
❀  Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan

SOS BOLOGNESE
❀  Gunakan periuk yang tinggi dan dalam
❀  Panaskan minyak zaitun , masukkan butter dan kacau
❀  Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu
❀  Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk / saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan
❀  Masukkan semua sayuran , goreng lagi hingga sayur-sayur lembut
❀  Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih , kacau selalu
❀  Bila nampak semua susu telah diserap daging , masukkan tomato puri dan tomato segar
❀  Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air , tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur
❀  Masukkan herba , kiub (jika guna) , garam dan gula secukup rasa


NOTA :

- Semua bahan bernota 'optional' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
- Resipi asal juga ada masuk 200 ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada , tak masukkan pun ok juga rasanya , tak banyak beza
- Jika guna kiub , tak masuk garam pun takpe sebab dah masin
- Gula cuma perlu 1/4 sdt saja sebab susu telah memaniskan sos
- Perlu diingat , mesti dirasa dan imbang sendiri masam , manis dan masin sos tersebut
- Biar mendidih lebih kurang 7 minit , kemudian perlahankan api paling kecil
- Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat
- Boleh hidang dengan parutan keju parmesan
- Orang Itali secara tradisi , mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama. Saya cuma reneh 1 jam kali ni , sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting , rasa 'authentic' Itali!

Catatan HoSSK :
# bawang holland & bawang putih - kisar

# karot & celery - kisar kasar
# bahan extra dalam sos - 1 tsp serbuk cili , serbuk lada hitam kasar , daun basil (koyak-koyakkan) , english parsley (hiris kasar)





0
FRUIT PASTRY CAKE


Mencuba Fruit Pastry Cake yang tengah hot masa kini. Kek ni sebenarnya pernah popular di kalangan bloggers sikit masa dulu. Lepas lama senyap tup tup meledak semula dan terus menjadi viral di facebook. Buka buka saja fb, pasti kek 'mewah' ni saja yang lalu lalang. Kalau sekali dua lalu tak apa , ambe boleh pejam mata... tapi nih hari hari dok lalu tak terpejam dah mata ambe ni... tergoda juga hehe.

Teringin juga nak try sedap ke sampai boleh jadi hot macam tu. Buah blueberi dah ada... tinggal cari strawberi dengan peach aje. Bersemangat ke Tesco ingat nak petik strawberi kat situ. Sampai je situ... sebiji strawberi pun tak ada... dah habis dipetik orang. Aduuhhai... hebat betul penangan kek ni sampai boleh habis strawberi... kalau tak , sentiasa ada je kat situ. Gerak pula ke tempat lain... pun tak ada. Sampai ke Putrajaya mencari... sama juga kehabisan. Last ambil kiwi... itu saja pilihan yang ada.

Sibuk mencari strawberi sampai lupa lemon. Jadi saya skip parutan kulit lemon. Macam tu juga buttermilk , ada limau kasturi dalam fridge... so saya guna jus limau kasturi menggantikan lemon. Kalau tak ada limau kasturi , limau nipis pun boleh juga. Buat kek ni tak susah... tak payah mixer pun... just masukkan semua bahan dalam 1 bekas , gaul gaul dan bakar.

Alhamdulillah... walau rupa tak cun tapi sedap , sangat moistt dan tak berapa manis. Semalam buat ada balance lagi sikit... pagi tadi makan sepotong , yesss lagi sedapp rasanya... :)

FRUIT PASTRY CAKE
by House of SSK
source : Danish Harraz

BAHAN-BAHAN :
  • 226 gm Tepung Naik Sendiri 
  • 160 gm Gula Kastor
  • 150 gm Salted Butter  |  dicairkan , biarkan sedikit sejuk
  • 3 biji Telur  (A)
  • 100  ml Buttermilk / Sourcream  (Danish guna homemade Buttermilk , caranya ada disertakan di bawah)
  • 1 sdt Vanila Extract
  • 1 biji Lemon  |  diparut kulit  (pastikan parut kulit kuning sahaja , nanti pahit) 
  • 500 gm Buah-Buah Fresh yang kurang berair atau jika guna yang dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan , dihiris dan gaul dengan 2 sdb Gula Kastor

CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan oven pada suhu 160C.
❀  Gris baking tray saiz 9"sq dengan butter dan alas dengan parchment paper. Jika guna loyang kecil kek akan jadi tebal , tak cantik

❀  Dalam bekas , masukkan tepung naik sendiri , gula , melted butter , telur , parutan kulit lemon , buttermilk dan vanila.
❀  Kaupbalik menggunakan senduk kayu sehingga rata dan sebati , jangan overmix nanti kek tak moist
❀  Kemudian tuangkan ke dalam baking tray , ratakan permukaan adunan kek


❀  Akhir sekali , ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya , nanti senang tenggelam
❀  Dah siap , masukkan dalam oven dan bakar selama 40 -50 minit , bergantung pada oven atau hingga kek masak. Tapi jangan terlebih bakar kerana kek akan jadi kering
❀  Sejukkan di atas cooling rak
❀  Jika suka , sprinkle dengan gula aising sebelum dihidangkan

CARA PENYEDIAAN HOMEMADE BUTTERMILK untuk kek ini :

❀  Masukkan 1 sudu besar lemon jus ke dalam measuring cup
❀  Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100 ml , kacau rata
❀  Biarkan selama 5 -10 minit sebelum digunakan


NOTA PENTING :

-  kek akan lagi sedap selepas semalaman
-  untuk menyimpan , simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik untuk kekalkan kelembapannya
-  oleh kerana mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin , ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari

Catatan HoSSK :
# bakar selama 40 minit suhu 160C api atas dan bawah tanpa kipas

# ayakkan snow powder waktu menghidang
# untuk warna ceria , tabur ceri merah  
# skip parutan kulit lemon coz takde
# untuk buttermilk homemade - ganti jus lemon dengan jus limau kasturi




0
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG SAMA PETAI


Terkenang tiba-tiba lauk evergreen Masak Lemak Cili Padi campur petai macam ini. Kalau saya belah Perak masak gini dipanggil gulai. Gulai Perak dengan masak lemak Negeri Sembilan lebih kurang aje. Cuma bezanya perak guna bawang merah yang ditumbuk bersekali cili padi / cili merah dengan kunyit hidup... dan juga serai ditumbuk sekadar pecah-pecah... siat-siat daun kunyit masukkan ke dalam kuah untuk aroma... manakala negeri sembilan tak guna bawang hanya cili dengan kunyit. Tapi dari segi rasa jika dirasa betul betul memang ada sikit beza. Apapun pada saya dua dua sedap dan punya rasa tersendiri.

Sebelum ni saya dah cuba dengan udang + kacang buncis , udang + pucuk paku , ikan rebus + petai jeruk... memang sedap. Kali ni guna ikan kembung besar-besar + petai fresh pula. Masak begini memang feberet saya tapi kena hadkan... sesekali je boleh sebab masak ni kena pekat pekat baru sedap... kalau cair bukanlah gulai atau masak lemak namanya. Yang ni saya guna cili padi siam... itu je yang ada. Kalau cili padi kampung kurangkan sikit bilangannya takut nanti kepedasan. Oh ya salah satu petua untuk kurangkan pedas , guna cili padi dalam bilangan ganjil. Saya dah praktikkan... memang benar... rasa pedasnya tidaklah membahang sampai berjuraian air mata makan disamping ada sikit rasa lemak.

MASAK LEMAK CILI PADI
IKAN KEMBUNG SAMA PETAI
by House of SSK

BAHAN A :
  • 2 ekor besar Ikan Kembung 
  • 250 gm Santan Pekat Segar
  • 1 keping Asam Keping
  • 1 batang Serai  |  dititik
  • 1 helai Daun Kunyit  |  disiat-siat 
  • 3 papan Petai
  • 1 cwn Air *
  • 1 cwn Air**  (boleh lebihkan sedikit lagi ikut kepekatan kuah)
  • Garam
  • Gula
BAHAN B ~ tumbuk :
  • 17 biji Cili Padi Siam  (campur hijau & merah)
  • 1/2 inci Kunyit Hidup

CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan kuali dan masukkan Bahan (B) dengan air bertanda * , masak sehingga airnya hampir kering dan cili masak
❀  Masukkan ikan , serai , daun kunyit dan gaul mesra dengan bahan cili... terus masukkan santan berserta garam (ini petua supaya santan tak pecah minyak) , gula dan air bertanda **... kacau rata guna api yang sederhana saja
❀  Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah yang terhasil cantik
❀  Kemudian masukkan asam keping dan kacau selalu
❀  Bila kuah dah nampak cantik dan pekat bolehlah masukkan petai , biarkan sebentar dan tutup api  (supaya petai tak terlalu layu)





0
CEMPEDAK GORENG


Dok pusing pusing cari durian nampak pula cempedak. Terfikir lama tak menggoreng cempedak. Selalunya terasa nak makan beli yang dah siap goreng je. Langsung beli sebiji seberat 4 kilo rm40 diskaun rm8... katanya cempedak patriot. Ingat separuh untuk goreng separuh lagi simpan untuk buat kuih. Last last bahagian untuk kuih habis juga kena bedal semua... tak sempat jadi kuih pun. Takpe lah... ada rezeki cari lain nanti.

Takat goreng cempedak / pisang alah basic je... semua orang pun tau. Teringat zaman zaman remaja dulu , asal nak goreng pisang ke keledek... part bancuh tepung dan goreng bonda mesti serahkan pada saya sebab katanya kalau saya yang buat , sedapp... rangupp. Bancuhannya hanya tepung gandum , tepung beras dan air yang dicampur sedikit garam. Cuma portion antara dua tepung dengan air kena betul untuk dapatkan rasa rangup.

Kali ini saja saja gatal tangan menerai cara orang lain pula. Mana tau lagi power. Saya merujuk kepada dua resipi , gabungkan keduanya dan jadikan dalam metrik. Bancuhan tak cair tak pekat supaya salutannya elok nipis dan tak tebal. Kalau nak salutan yang tebal bancuhan kena pekat sikit. Ok juga... sedap , rangup. Nak kata kekal rangup sampai 12 jam tu tidak la... Normal lah baru baru masak waktu panas memang rangup dan beransur hilang bila dah sejuk but still sedap. Saya letak sini 3 resipi , resipi gabungan oleh saya dan dua resipi yang saya rujuk...

CEMPEDAK GORENG
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 105 gm Tepung Gandum
  • 25 gm Tepung Beras
  • 15 gm Tepung Jagung
  • 1 biji Telur  (saiz kecil @ 43 gm)
  • 1 sdm Air Kapur
  • 2 sdm Minyak Masak Panas
  • 1 sdm Gula Pasir
  • 1/4 sdt Garam
  • 150 gm Air

CARA PENYEDIAAN :

❀  Adun semua bahan hingga rata dan sebati
❀  Celupkan cempedak dalam adunan bater dan masukkan ke dalam minyak panas
❀  Goreng dan balik-balikkan hingga masak keemasan 

GORENG CEMPEDAK / PISANG / UBI 
source : Aznie Khasri

BAHAN-BAHAN :
  • 2 cwn Tepung Gandum 
  • 1/2 cwn Tepung Beras
  • 2 sdb Tepung Jagung
  • 1 biji Telur (A)
  • 1/2 cwn Minyak Masak
  • 1 1/2 cwn Air
  • 2 sdb Gula
  • 1/2 sdt Garam
  • Sedikit Serbuk Kunyit

CARA PENYEDIAAN :

❀  Campurkan semua bahan di atas , sebatikan dan tapis
❀  Celupkan cempedak dan goreng hingga masak

# boleh juga untuk goreng pisang atau ubi , nak guna untuk goreng udang pun boleh juga.. buat macam tempura tapi bubuh sikit serbuk lada sulah.. nak pedas boleh tambah sedikit serbuk cili

GORENG CEMPEDAK RANGUP
source : Azahari Abdullah

BAHAN-BAHAN:
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 2 sdb Tepung Beras
  • 1 sdb Air Kapur
  • Serbuk Kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 2 sdb Minyak Masak Panas
  • 1/2 cwn Air Suam

CARA PENYEDIAAN :

❀  Bancuh semua bahan hingga nampak pekat atau likat
❀  Gaulkan cempedak dengan bancuhan tepung
❀  Goreng dalam minyak yang betul betul panas