0
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG SAMA PETAI


Terkenang tiba-tiba lauk evergreen Masak Lemak Cili Padi campur petai macam ini. Kalau saya belah Perak masak gini dipanggil gulai. Gulai Perak dengan masak lemak Negeri Sembilan lebih kurang aje. Cuma bezanya perak guna bawang merah yang ditumbuk bersekali cili padi / cili merah dengan kunyit hidup... dan juga serai ditumbuk sekadar pecah-pecah... siat-siat daun kunyit masukkan ke dalam kuah untuk aroma... manakala negeri sembilan tak guna bawang hanya cili dengan kunyit. Tapi dari segi rasa jika dirasa betul betul memang ada sikit beza. Apapun pada saya dua dua sedap dan punya rasa tersendiri.

Sebelum ni saya dah cuba dengan udang + kacang buncis , udang + pucuk paku , ikan rebus + petai jeruk... memang sedap. Kali ni guna ikan kembung besar-besar + petai fresh pula. Masak begini memang feberet saya tapi kena hadkan... sesekali je boleh sebab masak ni kena pekat pekat baru sedap... kalau cair bukanlah gulai atau masak lemak namanya. Yang ni saya guna cili padi siam... itu je yang ada. Kalau cili padi kampung kurangkan sikit bilangannya takut nanti kepedasan. Oh ya salah satu petua untuk kurangkan pedas , guna cili padi dalam bilangan ganjil. Saya dah praktikkan... memang benar... rasa pedasnya tidaklah membahang sampai berjuraian air mata makan disamping ada sikit rasa lemak.

MASAK LEMAK CILI PADI
IKAN KEMBUNG SAMA PETAI
by House of SSK

BAHAN A :
  • 2 ekor besar Ikan Kembung 
  • 250 gm Santan Pekat Segar
  • 1 keping Asam Keping
  • 1 batang Serai  |  dititik
  • 1 helai Daun Kunyit  |  disiat-siat 
  • 3 papan Petai
  • 1 cwn Air *
  • 1 cwn Air**  (boleh lebihkan sedikit lagi ikut kepekatan kuah)
  • Garam
  • Gula
BAHAN B ~ tumbuk :
  • 17 biji Cili Padi Siam  (campur hijau & merah)
  • 1/2 inci Kunyit Hidup

CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan kuali dan masukkan Bahan (B) dengan air bertanda * , masak sehingga airnya hampir kering dan cili masak
❀  Masukkan ikan , serai , daun kunyit dan gaul mesra dengan bahan cili... terus masukkan santan berserta garam (ini petua supaya santan tak pecah minyak) , gula dan air bertanda **... kacau rata guna api yang sederhana saja
❀  Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah yang terhasil cantik
❀  Kemudian masukkan asam keping dan kacau selalu
❀  Bila kuah dah nampak cantik dan pekat bolehlah masukkan petai , biarkan sebentar dan tutup api  (supaya petai tak terlalu layu)





0 sweet comments: