Tepung Boko Ubi Kayu
Assalamualaikum...
Kuih Tepung Boko atau Tepung Boko Ubi Kayu, nama yang dikenali dalam masyarakat Kelantan.
"Boko" bermaksud Talam dalam bahasa Kelantan.
Kaedah membuat boko ubikayu ni lebihkurang sama jer macam talam ubi. Cuma bezanya, kuih talam ubi mempunyai lapisan santan@kepala santan yang dikukus sekali bersama lapisan ubi dan kuih boleh dipotong cantik manakala boko ubi hanya mempunyai adunan ubi yang dikukus...dengan tekstur yang lebih lembut...dihidangkan bersama sos santan pekat sebagai pelengkap. Rasa ubi kayu yang lemak manis disirami lagi dengan sos santan pekat yang lemak masin membuatkan kuih ini cukup enak untuk dinikmati.
Dalam google hampir semua tepung boko ubi asli bewarna hijau kerana penggunaan jus pandan.
Iza tak ada daun pandan. Tak ada daun pandan bukan alasan untuk tak mencuba kan. Apa yang Iza buat...bubuh sedikit perisa pandan dalam adunan...bahagikan adunan...warnakan hijau dan kuning. Kemudian kukus berselang warna menjadi tiga lapisan.
Setelah dicuba rasa, kuih ni sedap...lapisan ubinya lembut, cukup manisnya (pada yang tak suka manis boleh dikurangkan sedikit gula). Bila dimakan bersama santan pekat tu rasanya tak ubah seperti makan talam ubi. Jadi pada sesiapa yang rasa-rasa tiada kerajinan nak buat talam ubi sebab leceh kan tapi mengidam sesungguh...tepung boko ubi kayu inilah alternatifnya...cuba lah dan rasakan sendiri. Terima kasih kak Wan...
BAHAN A :
- 500gm ubi kayu
- 200ml air
BAHAN B :
- 50gm tepung ubi
- 220gm gula
- 400ml air
- 8 helai daun pandan
- sedikit pewarna hijau
BAHAN C : (SOS SANTAN PEKAT)
- 200ml santan pekat KARA
- 300ml air
- 30gm tepung beras
- 1 sudu teh garam halus
Loyang 8"
CARA PENYEDIAAN :
❀ Kupas, buang urat dan potong kecil ubi kayu. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air hingga halus. Tapis ubikayu ke dalam mangkuk, biarkan selama 15 minit. Keluarkan air jernih dari dalam mangkuk dan ambil mendapan pati ubi kayu, campurkan bersama parutan ubi yang ditapis.
❀ Bahan B, Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapis. Satukan bersama bahan B yang lain. Masukkan parutan ubi kayu, gaul rata.
❀ Panaskan pengukus dan loyang. Tuangkan adunan ubi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
❀ Sebatikan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kental.
❀ Cara Menghidang, sudukan ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan diatasnya.
3 comments:
Salam ...nampak sweet sangat membuatkan saya lapar nak makan,
Salam, kalau manis kurangkan gula. Jom ke blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/ boleh kongsi resipi. Insyaallah.
Assalam Iza....waaahhh terpegun akak tengok kuih tepung boko tuh, cantiiik kejadiannya...adeeeii ubi kayu xda laks....xkan nak ganti dgn labu kot...hahahaa
Post a Comment