Resepi Kuah Kacang
Assalamualaikum...
Jumaat merupakan sebaik-baik hari. Hari yang terkandung satu detik dan ketika yang mana jika seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah, insyaAllah akan dikabulkan permintaannya.
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat. Jumaat berasal daripada bahasa arab "jama'a" bermakna 'berkumpul'. Berkumpulnya umat Islam menunaikan solat dan mendapatkan ilmu melalui khutbah dengan duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama jemaah lain tanpa mengira warna kulit dan kedudukan. Hari Jumaat juga hari untuk memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan bagi mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut sama mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Semoga kita mendapat iktibar dan panduan dari yang di atas.
Okeyyy masa untuk resepi...
Kuah kacang ni dah pernah buat sebelum ni bersama kuah lodeh sebagai sajian untuk tetamu yang datang beraya raya lepas. Masa tu tak sempat nak ambil gambar segala. Takkan lah depan tetamu kita sibuk-sibuk nak shoot gambar pulak kann...tak manis laa. Jadi hari ni Iza buat sekali lagi supaya boleh dientrikan agar boleh termuat dalam blog ini.
Kuah kacang memang feveret Iza. Kebiasaannya kalau buat kuah kacang dan ada lebih, Iza akan potong timun atau rebus kacang panjang ker pucuk ubi ker...cicah dengan kuah kacang...makan bersama nasi hangat...emmm, sedappp!!
KUAH KACANG
by Dayang Jacksharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
- 2 sudu makan gula merah/gula melaka
- garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
- air secukupnya
BAHAN KISAR :
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- 3 cm lengkuas
- 1/2 inci belacan bakar
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
❀ Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
❀ Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
❀ Hidangkan setelah masak.
TIPS
***Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jangan memasukkan kesemua kacang tanah sekaligus.***kuah kacang ini sangat enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
***untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dengan api perlahan.
4 comments:
nasi himpit mmg paling sedap makan ngan kuah kacang! tun boleh makan berulang2 dr pagi smp malam 2-3 hari. haha. melampau x? tp kalau raya mmg mcm tu la. berhari2 mkn nasi himpit kuah kacang. kalau ada satay lg la bertambah2.
Assalamualaikum Akma
sihat ke?Lama kak Nur tk singgah sini...aduh kuah kacang tu buat terliur ajaa...kak Nur suka kuah kacang mkn ngan lontong...sedap gitu.
Assalamualaikum Iza,
Rasa cam nak raya pulak hehehe.... Sedap sungguh nampak soto dan kuah kacang tu, merah menyala nyala kalernya....terliur akak kat sini dibuatnya
belacan klo xnk letak rase sme tak sedap?
Post a Comment