Kuih Beko Kelapa
.... السلام عليكم
Salam bersua kembali...
Hari ini rutin anak-anak kembali seperti biasa meneruskan pembelajaran setelah seminggu bercuti.
Pada kaum ibu bapa, hari ini mungkin hari pertama memulakan tugasan setelah menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Semoga hari baru minggu baru ini mencetuskan semangat baru dalam diri untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang diceburi...
Pada kaum ibu bapa, hari ini mungkin hari pertama memulakan tugasan setelah menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Semoga hari baru minggu baru ini mencetuskan semangat baru dalam diri untuk lebih maju dalam apa jua bidang yang diceburi...
Pernah dengar nama kuih beko? Kuih beko ni kuih tradisi negeri kelantan. Kalau kat perlis kuih ni dipanggil kuih dangai dan kat brunei dipanggil kuih rangin. Macam-macam nama kan...lain tempat lain nama panggilannya...namun ada apa pada nama... ;) Biar seribu nama yang wujud, kuihnya lebih kurang sama kerana menggunakan bahan asas yang sama. Cuma yang membezakan kuih beko ada campuran air dan telur manakala dangai atau rangin tak ada.
KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
recipe : Resepi Citarasawan
sharing : Iza Akma SSK
❀ Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas. (iza bakar dalam loyang muffin jer...)
❀ Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
sharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm kelapa parut putih
- 80 gm gula kastor
- 150 gm tepung pulut
- 1 biji telur A - di pukul ringan
- 4 sudu besar air
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.❀ Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas. (iza bakar dalam loyang muffin jer...)
❀ Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
Tengoklah bahan-bahannya...mudah kan...tak perlu modal yang banyak...semua dah memang tersedia di dapur. Cara membuat pun tak banyak kerenah...sambil pejam mata pun daahh boleh siap...hehe
Pertama kali menggigit kuih beko ni teringat pada sejenis kuih yang pernah makan masa tengah study dulu-dulu...suka sangat sampaikan jadi feberet. Tapi sayang tak tau nama. Apa yang pasti keenakan kuih itu masih lagi terbayang hingga sekarang. Masa berlalu...persoalan terjawab sudah. Kini ku temui semula kuih yang pernah jadi kegilaan ku suatu waktu dulu...memang tak syak lagi. Kuih ni sedap dimakan panas-panas. Apalagi lepas keluar daripada dulang pembakar. Di luar rasanya rangup di dalamnya lembap. Jangan risau...bila dah sejuk sekalipun kuih maintain lembut tak liat walau diperbuat daripada tepung pulut.
~~ Selamat Mencuba ~~
والسلام
4 comments:
salam iza...arwah ma akk mmg suka kuih2 cmni, tp anak2 dia kurang sikit...hihii
Assalam Iza,
furst time dengar kuih beko, tapi terima kasih banyak kerana sudi kongsi info jadi banyaklah pengetahuan kita tentang kuih-muih di negara kita ni...
kak Ros suka kueh beko ni.Tapi kalu buat kena le makan sorang2 sebab tak ada yang suka makan kat sini.Teringin nak ambi sebiji.
Salam Iza,
Kuih beko tak pernah dengar lg, tp kuih dangai selalu, mmg sedap kuih tu rangup kat luar, cuma bentuk dan warnanya sedikit berlainan
Post a Comment